Cara Tukar Password CIMB Clicks (Sebab Forgot Password)

Bagi anda yang agak risau dan bimbang dengan keselamatan perbankan peribadi anda, boleh ikuti cara tukar password CIMB Clicks seperti di bawah ini.

Jika anda belum lagi ada akaun, langkau artikel ini untuk baca cara daftar CIMB Clicks secara online. Selepas selesai, boleh terus login CIMB Bank untuk melakukan pelbagai transaksi.

Sedikit mengenai CIMB Clicks

Online banking (Internet banking) atau perbankan secara atas talian/perbankan Internet merupakan satu inisiatif yang diwujudkan di bank komersial yang terdapat di seluruh Malaysia.

Ini adalah salah satu cara untuk memudahkan pelanggan melakukan transaksi keluar dan masuk wang dari akaun bank mereka, untuk menyelesaikan pelbagai urusan harian, seperti pembayaran hutang, bil, serta membeli keperluan dan kehendak secara pembayaran atas talian, tanpa perlu pergi ke mesin ATM atau cash deposit untuk melakukan transaksi.

Dengan hanya berbekalkan laptop, telefon bimbit dan capaian Internet yang berkualiti, anda akan mendapat full access kepada segala servis yang ditawarkan untuk melakukan online banking.

Salah satu yang menawarkan perkhidmatan ini ialah CIMB melalui CIMB Clicks. Perkhidmatan CIMB Clicks ini hanya boleh digunakan oleh pemegang akaun bank CIMB dan juga pemegang akaun CIMB Islamic Bank.

Kenapa perlu reset kata laluan?

Bagi anda yang sudah mendaftar akaun CIMB Clicks, pasti anda akan mendapati bahawa segala urusan anda menjadi lebih mudah.

Tambahan pula, keselamatan akaun anda sentiasa terjaga dengan CIMB, asalkan anda tidak mendedahkan username dan password anda kepada orang lain.

Akan tetapi, sekiranya anda mendapati ada penambahan atau pengurangan jumlah wang di dalam akaun tanpa pengetahuan anda, apakah maksudnya?

Amat logik untuk anda mengandaikan bahawa terdapat individu lain yang dapat memecah masuk akaun anda.

Dengan mengetahui username anda dan juga kata laluan anda, individu tidak bertanggungjawab ini boleh melakukan segalanya, daripada mencuri wang anda sehinggalah menggunakan akaun bank anda untuk melakukan jenayah.

Oleh itu, anda perlu bertindak pantas. Cara yang terbaik dan boleh anda lakukan setelah anda dapat akses masuk ke akaun CIMB Clicks milik anda, adalah dengan menukar kata laluan. Bagaimana caranya?

Cara tukar password CIMB Clicks

Berikut ialah beberapa cara yang mudah untuk menukar kata laluan CIMB Clicks. Selalunya, orang akan tukar password sebab Forgot Password.

Jika anda guna Maybank, sila teruskan untuk baca cara tukar password Maybank2u.

 

#1 Cara tukar password CIMB Clicks guna laptop / desktop

  1. Pergi ke laman depan rasmi CIMB Clicks. Tekan butang Login to CIMB Clicks.
  2. Pada laman seterusnya, login seperti biasa dengan memasukkan username dan password Anda juga perlu mengesahkan SecureWord anda.
  3. Pada laman seterusnya, scroll ke bawah dan klik butang Settings (ikon berbentuk gear).
  4. Kemudian, pada laman seterusnya, tekan butang Change Password.
  5. Terdapat beberapa ruangan yang perlu diisi. Pada ruangan CIMB Clicks ID, masukkan username anda yang anda sedang gunakan.
  6. Pada ruangan CIMB Clicks Password, masukkan password anda yang anda sedang gunakan dan ingin tukar.
  7. Pada ruangan New Password, masukkan password baru yang anda ingin gunakan.
  8. Patuhi panduan yang diberikan oleh CIMB untuk mencipta password untuk akaun anda. Pastikan:
  9. Password anda mempunyai minimum lapan aksara/karakter/abjad atau nombor.
  10. Password anda mesti alphanumeric (mempunyai gabungan abjad dan nombor) serta mempunyai sekurang-kurangnya satu karakter istimewa yang merangkumi “@”, “!” dan sebagainya.
  11. Password mempunyai gabungan huruf kecil dan huruf besar.
  12. Password anda tidak boleh mempunyai sebarang PERKATAAN (bukan abjad) yang sama seperti di dalam username atau SecureWord.
  13. Tidak digalakkan menggunakan password yang mempunyai huruf atau abjad yang disusun berturut-turut. Misalnya password “abcd123456”, di mana password ini mengandungi abjad a sehingga d yang disusun mengikut urutan, serta abjad 1 sehingga 6 yang disusun secara urutan.
  14. Isi semua ruang yang perlu diisi. Kemudian, tekan butang Save.
  15. Akan keluar satu lagi butang untuk memasukkan nombor TAC. Tekan link Request TAC dan tunggu sehingga CIMB menghantar SMS yang mengandungi nombor TAC tersebut ke telefon anda. Isikan nombor TAC tersebut. Tekan butang Continue.
  16. Proses penukaran password anda berjaya.

 

#2 Cara reset kata laluan CIMB Clicks guna telefon bimbit

Proses menukar password ini adalah SAMA sekiranya anda ingin melakukannya di telefon pintar anda, asalkan anda membuka akaun CIMB Clicks anda melalui browser.

Hal ini kerana anda tidak boleh menukar password akaun anda melalui aplikasi CIMB Clicks kerana fungsi tersebut tidak disediakan.

Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menukar password anda, sila cuba semula dan patuhi semua syarat yang diberikan oleh CIMB.

Sekiranya tidak boleh juga, cuba kemudian atau hubungi nombor yang terdapat di belakang kad debit atau kredit anda untuk mendapatkan bantuan.

 

Akhir kalam

Berhati-hati dengan username dan password perbankan anda. Semakin banyak scammer online yang kadang-kadang kita juga boleh tertipu.

Diharapkan dengan adanya artikel mengenai cara tukar password CIMB Clicks ini, hilang kerisauan anda.

Bukan sahaja perlu selalu tukar password CIMB Clicks untuk mengelakkan pencerobohan. Anda juga dinasihatkan untuk kemaskini, update atau tukar no telefon CIMB yang terkini untuk mengelakkan penipuan berkaitan TAC.

Semoga bermanfaat.

3 thoughts on “Cara Tukar Password CIMB Clicks (Sebab Forgot Password)”

Leave a Comment