Cara Login CIMB Bank Online (cimbclicks.com.my)

Bagi anda yang mahu tahu cara login CIMB Bank online, pastikan anda sudah daftar akaun CIMB Bank terlebih dahulu.

Sedikit mengenai CIMB Clicks

Perkhidmatan Perbankan Internet (online banking) CIMB Clicks merupakan perkhidmatan yang diperkenalkan CIMB sebagai cara untuk memudahkan urusan harian pelanggannya dengan menjalankan transaksi keluar dan masuk wang secara atas talian (online).

Dengan hanya berbekalkan komputer atau telefon bimbit dan capaian Internet, anda akan mendapat full access kepada segala servis yang ditawarkan oleh CIMB melalui CIMB Clicks.

Perkhidmatan CIMB Clicks ini hanya boleh digunakan oleh pemegang akaun bank CIMB dan juga pemegang akaun CIMB Islamic Bank.

Cara login CIMB Bank online

Sekiranya anda mempunyai akaun bank CIMB dan ingin memulakan perbankan Internet menggunakan servis CIMB Clicks, apa yang harus anda lakukan? Di bawah merupakan langkah-langkahnya.

Syarat sebelum daftar CIMB Bank

Pertama sekali, anda perlulah:

  1. Mempunyai akaun CIMB serta Kad Debit CIMB Bank (Kad ATM)
  2. Mendapatkan E-PIN/ATM PIN dan mendaftarkan nombor telefon anda terlebih dahulu dengan menggunakan mesin ATM CIMB. Sila rekodkan E-PIN anda bagi memudahkan anda mengingatinya.

 

Cara dapatkan E-PIN/ATM PIN & daftar nombor telefon

  1. Pergi ke mana-mana mesin ATM CIMB yang berfungsi dan masukkan kad ATM anda.
  2. Masukkan nombor pin enam digit kad ATM CIMB anda.
  3. Pilih Others.
  4. Pilih CIMB Clicks, kemudian diikuti dengan TAC Registration.
  5. Tetapkan E-PIN/ATM PIN anda.
  6. Daftarkan nombor telefon anda.
  7. Anda akan menerima slip/resit yang menyatakan pendaftaran anda telah berjaya.

Kemudian, anda akan masuk ke fasa seterusnya iaitu fasa pendaftaran akaun CIMB Clicks secara atas talian.

 

Cara register CIMB Bank online

  1. Layari laman web https://www.cimbclicks.com.my
  2. Anda akan dibawa ke laman hadapan CIMB Clicks.
  3. Pada bahagian atas laman, tekan butang Register for CIMB Clicks.
  4. Pada laman seterusnya, terdapat dua pilihan; CIMB ATM, DEBIT & CREDIT CARD serta INVESTMENT, LOAN/FINANCING. Pilih butang CIMB ATM, DEBIT & CREDIT CARD.
  5. Pada bahagian bawah butang, tertera beberapa ruangan untuk diisi.
  6. Pada ruangan ATM/Debit/Credit Card Number, masukkan nombor kad debit 16 digit anda.
  7. Pada ruangan ATM PIN, masukkan nombor E-PIN/ATM PIN yang diperoleh ketika pendaftaran di mesin ATM.
  8. Pada ruangan Enter text as per above, masukkan ayat/perkataan/digit yang anda lihat dalam kotak di atas ruangan tersebut.
  9. Tandakan pada kotak untuk Terms & Conditions jika bersetuju dengan syarat daftar dan login CIMB Clicks
  10. Tekan butang Next.
  11. One Time Activation Code akan dihantar secara SMS ke telefon pintar anda. Sekiranya anda tidak mendaftar di mesin ATM terlebih dahulu, anda tidak akan mendapat activation code
  12. Masukkan nombor One Time Activation Code tersebut pada ruangan seterusnya.
  13. Klik butang Continue.
  14. Pada laman seterusnya, pada ruangan ID, masukkan username atau nama yang anda ingin gunakan untuk akaun CIMB Clicks anda.
  15. Pada ruangan Password, masukkan kata laluan yang anda ingin gunakan untuk akaun ini. Kata laluan ini perlulah mempunyai kombinasi huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol (sekurang-kurangnya mempunyai 8 aksara)
  16. Pada ruangan Re-enter Password, masukkan semula kata laluan yang anda baru sahaja cipta untuk akaun anda.
  17. Pada ruangan Mother’s Maiden Name, masukkan nama ringkas ibu anda. Disyorkan anda menggunakan nama panggilan untuk ibu anda serta nama panggilan untuk bapa kepada ibu anda. Misalnya, Kamisah Kassim.
  18. Pada ruangan Email Address, masukkan emel anda.
  19. Pada ruangan Create Your Secure Word, masukkan apa sahaja perkataan yang anda ingin gunakan sebagai langkah keselamatan untuk akaun anda. Misalnya, Naga Merah.
  20. Pastikan anda simpan semua rekod maklumat di atas untuk rujukan pada masa hadapan.
  21. Pada laman seterusnya, kosongkan semua ruangan kerana bahagian ini, yang merupakan bahagian Enter Your Introducer’s Details tidak perlu diisi (optional).
  22. Klik butang I agree & submit.
  23. Proses pendaftaran anda berjaya.

 

Cara daftar CIMB Bank online

  1. Pergi ke laman web https://www.cimbclicks.com.my
  2. Pada bahagian atas laman, tekan butang Login to CIMB Clicks.
  3. Pada laman seterusnya, terdapat pilihan pada ruangan I want to; View My Dashboard, View My Accounts, Transfer Money, Pay Bills, JomPAY dan Top Up. Pilih View My Dashboard untuk mendapat akses dan melihat secara keseluruhan serivs yang ditawarkan oleh CIMB melalui CIMB Clicks.
  4. Masukkan ID/username anda pada ruangan Enter User ID untuk teruskan proses login CIMB Clicks
  5. Kemudian, sebuah perkataan akan keluar, di mana perkataan tersebut merupakan Secure Word anda. Tandakan Yes, this is my SecureWord sekiranya perkataan tersebut merupakan secure word
  6. Masukkan kata laluan anda pada ruangan Password.
  7. Tekan butang Login.
  8. Log masuk anda berjaya.

 

Akhir kalam

Kini, urusan perbankan anda menjadi lebih mudah dengan CIMB Clicks.

Daftarkan akaun anda dan nikmati perkhidmatan yang ditawarkan CIMB melalu CIMB Clicks.

Login CIMB Clicks dan gunakan segala perkhidmatan yang ada seperti bayar bil dan transfer duit ke mana-mana akaun.

Jika sudah lama guna, jangan lupa untuk tukar password CIMB Bank.

Semoga bermanfaat.

2 thoughts on “Cara Login CIMB Bank Online (cimbclicks.com.my)”

Leave a Comment