Pinjaman Peribadi BSN Untuk Kakitangan Kerajaan 2020

Berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan seperti guru dan polis mungkin menjadi impian sesetengah pihak. Selain jadual kerja yang tetap dan skop kerja yang mungkin tidak sesukar pekerjaan di sektor swasta, anda diberi jaminan dengan gaji yang setimpal dengan kerja anda dan cuti yang tetap pada setiap minggu. Tapi, anda perlu tahu bahawa menjadi kakitangan kerajaan tidak menjamin kestabilan kewangan anda. Ada sahaja kakitangan kerajaan yang menghadapi masalah kewangan, dan terpaksa membuat pinjaman bank. Kali ini, kami akan kongsikan cara buat pinjaman peribadi BSN untuk kakitangan kerajaan.

#1 Pinjaman peribadi BSN untuk kakitangan kerajaan awam persekutuan

Tahukah anda? Bank Simpanan Nasional atau BSN ada menyediakan perkhidmatan pinjaman peribadi untuk kakitangan kerajaan seperti anda. Skim Kakitangan Awam Persekutuan (SKAP) atau BSN SKAP ialah skim pinjaman peribadi yang disediakan bagi anda pelanggan BSN yang mungkin menghadapi masalah kewangan.

SKAP adalah pinjaman peribadi Islamik tak bercagar yang disediakan oleh Bank Simpanan Nasional. Seperti namanya, pinjaman peribadi ini adalah khusus untuk kakitangan awam yang berada di bawah Kerajaan Persekutuan. Pinjaman ini tidak dibuka kepada mereka yang berkhidmat di bawah Kerajaan Negeri.

 

Kelebihan SKAP

Apakah keistimewaan SKAP ini? Apakah faedah yang boleh dinikmati oleh kakitangan kerajaan seperti anda? SKAP mempunyai ciri-ciri yang menarik termasuklah:

  • Pinjaman peribadi Islamik yang menggunakan konsep Tawarruq serta tidak bercagar (tidak perlu untuk mengemukakan sebarang cagaran atau memperkenalkan penjamin untuk membuat permohonan)
  • Kadar keuntungan yang rendah (caj bermula daripada 2.48% p.a)
  • Jumlah pembiayaan yang fleksibel (boleh memohon sehingga maksimum RM400,000)
  • Tempoh pembiayaan yang panjang, di mana pilihan untuk tempoh bayaran balik bermula daripada 24 bulan (2 tahun) dan boleh dipanjangkan sehingga 10 tahun
  • Tidak perlu menukar akaun gaji
  • Tidak memerlukan tandatangan daripada majikan untuk membuat permohonan
  • Mudah untuk membuat penyatuan hutang dengan institusi perbankan yang lain
  • Tiada caj dikenakan untuk pemprosesan permohonan
  • Tiada caj penamatan awal dikenakan sekiranya anda ingin melangsaikan pinjaman anda lebih awal daripada tempoh perjanjian
  • Bayaran ansuran bulanan adalah melalui pemotongan gaji
  • Tidak dipengaruhi oleh rekod CCRIS (Pemohon yang mempunyai rekod buruk CCRIS masih boleh memohon, tetapi terpulang kepada bank selepas menyemak rekod kredit pemohon dan mengira risiko yang perlu ditanggung oleh bank)
  • Tempoh kelulusan dari 1 hari sehingga 7 hari bekerja
  • Juga terbuka untuk kakitangan Kerajaan Persekutuan yang bukan bekerja tetap (kontrak/sementara)

 

Syarat kelayakan pinjaman peribadi BSN SKAP

Syarat kelayakan bagi kakitangan kerajaan untuk membuat permohonan:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 tahun hingga 60 tahun.
  • Berkhidmat dibawah Kerajaan Persekutuan.
  • Berpendapatan RM1,500 sebulan (atau lebih) atau RM18,000 setahun (atau lebih).
  • Tidak disenarai hitamkan oleh AEON atau mana-mana Bank di Malaysia.
  • Tiada Akaun di Bawah Pemerhatian Khas (SAA).
  • Bukan di bawah selaan AKPK.

 

Terdapat juga syarat khas yang perlu dipenuhi bagi membuat permohonan:

  • Bagi kakitangan Kerajaan Persekutuan yang bekerja tetap, mestilah telah berkhidmat lebih dari 3 bulan perkhidmatan
  • Bagi kakitangan Kerajaan Persekutuan yang berstatus kontrak/sementara, mestilah telah berkhidmat lebih dari 12 bulan dan perlu ada penjamin. Penjamin mestilah kakitangan Kerajaan Persekutuan yang telah berkhidmat lebih dari 6 bulan.

 

Dokumen yang diperlukan untuk buat pinjaman peribadi BSN SKAP

Bagi anda yang ingin memohon, sediakan dokumen-dokumen seperti di bawah:

  • Salinan Kad Pengenalan (MyKad) depan dan belakang.
  • Salinan 2 bulan slip gaji terkini.
  • HRMIS atau Surat pengesahan majikan yang mengandungi maklumat berikut – Nama, nombor Kad Pengenalan, jawatan, status, gaji bulanan, tarikh mula berkhidmat, dan tarikh bersara
  • Borang pemotongan gaji (BSN 09-D).

 

#2 Pinjaman peribadi BSN untuk kakitangan kerajaan negeri

Kakitangan kerajaan yang bekerja bawah Kerajaan Negeri tidak boleh memohon skim SKAP. Sebaliknya, mereka perlu memohon Skim Kakitangan Awam Negeri atau SKAN. Skim Kakitangan Awam Negeri atau SKAN ialah pinjaman peribadi Islamik yang ditawarkan oleh Bank Simpanan Nasional, dan hanya khusus untuk kakitangan kerajaan di bawah Kerajaan Negeri. Sama seperti SKAP, SKAN juga mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.

  • Pinjaman peribadi Islamik yang menggunakan konsep Tawarruq serta tidak bercagar (tidak perlu untuk mengemukakan sebarang cagaran atau memperkenalkan penjamin untuk membuat permohonan)
  • Kadar keuntungan yang rendah (caj bermula daripada 2.48% p.a)
  • Jumlah pembiayaan yang fleksibel (boleh memohon sehingga maksimum RM400,000)
  • Tempoh pembiayaan yang panjang, di mana pilihan untuk tempoh bayaran balik bermula daripada 24 bulan (2 tahun) dan boleh dipanjangkan sehingga 10 tahun
  • Tidak perlu menukar akaun gaji
  • Tidak memerlukan tandatangan daripada majikan untuk membuat permohonan
  • Mudah untuk membuat penyatuan hutang dengan institusi perbankan yang lain
  • Tiada caj dikenakan untuk pemprosesan permohonan
  • Tiada caj penamatan awal dikenakan sekiranya anda ingin melangsaikan pinjaman anda lebih awal daripada tempoh perjanjian
  • Bayaran ansuran bulanan adalah melalui pemotongan gaji
  • Tidak dipengaruhi oleh rekod CCRIS (Pemohon yang mempunyai rekod buruk CCRIS masih boleh memohon, tetapi terpulang kepada bank selepas menyemak rekod kredit pemohon dan mengira risiko yang perlu ditanggung oleh bank)
  • Tempoh kelulusan dari 1 hari sehingga 7 hari bekerja
  • Juga terbuka untuk kakitangan Kerajaan Negeri yang bukan bekerja tetap (kontrak/sementara)

 

Syarat kelayakan pinjaman peribadi BSN SKAN

Syarat kelayakan untuk membuat permohonan:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 tahun hingga 60 tahun.
  • Berkhidmat dibawah Kerajaan Persekutuan.
  • Berpendapatan RM1,500 sebulan (atau lebih) atau RM18,000 setahun (atau lebih).
  • Tidak disenarai hitamkan oleh AEON atau mana-mana Bank di Malaysia.
  • Tiada Akaun di Bawah Pemerhatian Khas (SAA).
  • Bukan di bawah selaan AKPK.

 

Terdapat juga syarat khas yang perlu dipenuhi bagi membuat permohonan:

  • Bagi kakitangan Kerajaan Negeri yang bekerja tetap, mestilah telah berkhidmat lebih dari 3 bulan perkhidmatan
  • Bagi kakitangan Kerajaan Negeri yang berstatus kontrak/sementara, mestilah telah berkhidmat lebih dari 12 bulan dan perlu ada penjamin. Penjamin mestilah kakitangan Kerajaan Negeri yang telah berkhidmat lebih dari 6 bulan

 

Dokumen yang diperlukan untuk buat pinjaman peribadi BSN SKAN

Bagi anda yang ingin memohon, sediakan dokumen-dokumen seperti di bawah:

  • Salinan Kad Pengenalan (MyKad) depan dan belakang.
  • Salinan 2 bulan slip gaji terkini.
  • HRMIS atau Surat pengesahan majikan yang mengandungi maklumat berikut – Nama, nombor Kad Pengenalan, jawatan, status, gaji bulanan, tarikh mula berkhidmat, dan tarikh bersara
  • Borang pemotongan gaji (BSN 09-D).

 

Akhir kalam

Kesimpulannya, anda sebagai kakitangan kerajaan boleh memohon pinjaman peribadi daripada Bank Simpanan Nasional. Dapatkan pinjaman peribadi ini, sama ada SKAP atau SKAN, dan segera selesaikan masalah anda. Semak dulu jadual gaji 2020 samada cukup atau tidak untuk meneruskan kehidupan bagi bulan mendatang.

Semoga dipermudahkan semua urusan untuk buat pinjaman peribadi BSN untuk kakitangan kerajaan. Sebagai alternatif, boleh juga cuba pinjaman peribadi Bank Rakyat, pinjaman peribadi Agro Bank dan juga pinjaman peribadi Bank Rakyat untuk blacklist.

 

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment