MyBPR 2021 (Log Masuk, Mohon, Update & Check Status Online)

Jika anda masih lagi belum buat permohonan BPR, sila berbuat demikian melalui portal MyBPR 2021 di bpr.hasil.gov.my sebelum tarikh akhir 15 Februari 2021.

Mana-mana pendaftaran BPR dan permohonan selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.

Ringkasan MyBPR 2021

Berikut ialah beberapa ringkasan perkara yang anda boleh lakukan di MyBPR:

#1 Log Masuk MyBPR 2021

  1. Layari laman utama portal rasmi BPR Hasil 2021 untuk login di sini: https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Masukkan No MyKad anda
  3. Sila pastikan No MyKad adalah dalam 12 digit seperti dalam Kad Pengenalan
  4. Isikan tanpa tanda sempang (-) atau dash 
  5. Contohnya, jika Nombor MyKad ialah 870230-01-5555, masukkan 870230015555
  6. Tekan butang Semak
  7. Jika tidak ada apa-apa masalah dalam proses BPR login, anda akan boleh Log Masuk ke dalam sistem
  8. Walau bagaimanakan, andai kata anda belum pernah mendaftar lagi, akan akan terpapar ralat “ID pengenalan belum didaftarkan. Sila Ke Halaman Daftar Akaun Untuk Mendaftar.” 
  9. Maka, anda perlu buat pendaftaran Bantuan Prihatin Nasional terlebih dahulu.

 

#2 Permohonan baru MyBPR 2021

  1. Layari pautan untuk permohonan baru di sini: https://bpr.hasil.gov.my/PermohonanBPR.aspx
  2. Permohonan BPR ini terbahagi kepada 3 bahagian yang boleh dilihat di bahagian atas laman iaitu:
    • Permohonan
    • Pengesahan
    • Hantar
  3. Mulakan dengan bahagian Permohonan terlebih dahulu
  4. Untuk bahagian yang pertama iaitu Permohonan, sila lengkapkan Maklumat Pemohon seperti berikut:
    • No MyKad (tekan butang Semak untuk sahkan Nombor Kad Pengenalan)
    • Nama
    • Umur
    • Jantina
    • No Telefon Rumah
    • No Telefon Bimbit
    • Pekerjaan
    • Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon dan Pasangan)
    • Status Perkahwinan
    • Alamat
    • Poskod
    • Negeri
    • Bandar
    • Nama Bank
    • No Akaun Bank
    • Alamat Emel
  5. Masih lagi di bahagian Permohonan, anda dikehendaki muat naik atau upload Dokumen Sokongan seperti:
    • Sijil Kahwin
    • Sijil Cerai
    • Sijil Kematian Pasangan
    • Pengesahan Pasangan
    • Pengesahan Bank
  6. Seterusnya, tekan butang Muat Naik
  7. Untuk Maklumat Wakil, pilih salah satu:
    • Ada Wakil
    • Tiada Wakil
  8. Tekan butang Teruskan
  9. Sekarang, anda berada di bahagian Pengesahan
  10. Akan ada mesej “Untuk teruskan proses permohonan, sila isi Captcha dan tandakan pengakuan untuk paparkan bahagian Simpan / Hantar”
  11. Masukkan Captcha seperti yang tertera
  12. Klik Sahkan Captcha
  13. Di bahagian Akuan Pengesahan, sila tick ruangan tersebut
  14. Ini bermaksud anda bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan
  15. Klik butang Hantar jika anda bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan
  16. Permohonan di MyBPR 2021 sudah selesai

 

#3 Update maklumat terkini di MyBPR 2021

Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk buat proses kemaskini BPR.

  1. Layari laman utama portal rasmi untuk login BPR di sini: https://bpr.hasil.gov .my
  2. Tekan pautan Log Masuk pada bahagian Menu atas sebelah kanan
  3. Masukkan No MyKad iaitu Nombor Kad Pengenalan anda
  4. Tekan butang Semak
  5. Akan keluar soalan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda?”
  6. Jika yang terpapar ialah kata kunci anda, tekan Ya
  7. Masukkan Kata Laluan anda
  8. Tekan butang Log Masuk
  9. Jika tidak ada apa-apa masalah, anda akan dapat Log Masuk ke dalam sistem
  10. Akan terpapar beberapa butang yang anda dapat lihat:
    • Profil
    • Semakan Status
    • Kemaskini Permohonan
    • Cetakan
    • Peti Mel
    • Maklum Balas
  11. Untuk update, tekan Kemaskini Permohonan
  12.  Sila kemaskini sekiranya ada maklumat diri anda yang sudah berubah dari sebelum ini
  13. Maklumat yang paling selalu berubah ialah:
    • Nombor Akaun Bank
    • Status Perkahwinan
    • Nombor Telefon
    • Maklumat Anak

 

#4 Check status permohonan BPR dihantar / diterima

Untuk meringkaskan lagi panduan ini, sila ikuti cara login BPR di bpr.hasil.gov.my seperti yang dikongsikan di atas sehingga berjaya masuk ke dalam sistem.

Jika sudah berjaya Log Masuk, teruskan dengan panduan di bawah untuk melihat status semakan samada permohonan BPR telah dihantar dan diterima:

  1. Setelah berjaya Log Masuk Bantuan Prihatin Rakyat 2021, anda akan dapat lihat paparan “Selamat Datang, NAMA ANDA”
  2. Contohnya, “Selamat Datang, MUHAMMAD AKRAM BIN SABTU”
  3. Anda akan lihat butang-butang berikut:
    • Profil
    • Semakan Status
    • Kemaskini Permohonan
    • Cetakan
    • Peti Mel
    • Maklum Balas
  4. Tekan butang Peti Mel
  5. Tekan perkataan Surat di bahagian atas
  6. Kini anda akan dapat lihat Senarai Surat
  7. Anda akan dapat lihat Subjek Permohonan BPR 2021
  8.  Tekan Permohonan BPR 2021
  9. Akan keluar contoh paparan seperti ini
    • “Dengan ini permohonan anda telah berjaya dihantar. Sila rujuk BPR untuk semakan permohonan:Nombor MyKad Pemohon: 780202-01-5555
      Nama Pemohon: MUHAMMAD AKRAM BIN SABTU
      Tarikh & Masa: 25/01/2021 15:30 PM”
  10. Semakan permohonan dihantar / diterima oleh LHDN sudah selesai

 

#5 Cek status kelulusan BPR

Seperti biasa, sila Log Masuk MyBPR 2021 terlebih dahulu.

  1. Tekan butang Semakan Status
  2. Jika anda berstatus LULUS, anda akan dapat lihat paparan lain bahagian pertama iaitu:
    • BPR
      • Ada butang Maklumat BPR. Boleh muat turun maklumat tersebut.
    • Amaun Keseluruhan BPR Diterima
      • Contohnya RM800.00
  3. Jika anda berstatus LULUS, anda akan dapat lihat paparan lain bahagian kedua iaitu:
    • Jadual Bayaran
      • Ada butang Maklumat Bayaran BPR. Boleh muat turun maklumat tersebut.
    • Paparan jika anda tidak download adalah seperti berikut:
      • Tarikh Kredit
      • No. Pengenalan Akaun Dikredit
      • Fasa
      • Jumlah Dikredit
      • Status Kredit
      • Nama Bank
      • No Akaun
      • Kod Tidak Berjaya
      • Nombor Siri
      • Tarikh Tunai
  4. Untuk mengetahui samada duit BPR sudah masuk atau belum, pastikan Status Kredit dalam Jadual Bayaran adalah Berjaya Kredit
  5. Jika Status Kredit dalam Jadual Bayaran adalah Gagal Kredit, sila baca cara dapatkan No Baucar BPR untuk tebus di BSN.
  6. Tekan butang Kembali untuk kembali ke paparan sebelum ini
  7. Tekan butang Papar Borang untuk memaparkan keseluruhan Semakan Status ini

 

Maklumat lanjut berkenaan BPR

Jika anda adalah salah seorang yang sudah baca panduan MyBPR 2021 ini, namun masih lagi mempunyai masalah untuk Log Masuk dan dalam masa yang sama ingin tahu maklumat lanjut berkenaan pendaftaran BPR, permohonan BPR, kemaskini dan lain-lain lagi, sila hubungi nombor hotline BPR di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di sini:

  • 1-800-88-2747

Alternatif lain, sila hubungi nombor hotline BPR di Kementerian Kewangan Malaysia di talian berikut:

  • 03-8882 4565
  • 03-8882 4566

Anda juga boleh cuba hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:

  • 03- 89111000

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian berkenaan portal MyBPR 2021 ini dapat memudahkan lagi urusan anda untuk login, buat permohonan dan dalam masa yang sama untuk kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat.

Insya Allah, dipermudahkan segala urusan.

Selepas selesai semua proses daftar BPR, mohon BPR dan kemaskini BPR, barulah boleh buat semakan BPR untuk melihat status pembayaran.

Semoga bermanfaat.

6 thoughts on “MyBPR 2021 (Log Masuk, Mohon, Update & Check Status Online)”

  1. Dulu masa kerja dapat M40 dah bila dibehentikan kerja tak lulus alasan tiada pasangan. Pasangan masih ada hidup lagi, soalnya siapa yang delete rekod pasangan. Lhdn jawab apa yang kamu buat.

    Reply
  2. mengapa saya tidak dpt lgi duit bpr dn duit tambahan bpr..kenapa duit saya tk berjaya dikreditkan kedalam akaun bank bsn saya..kerana disebabkn duit bpr yg saya mohon tdk dpt dikredit..saya kehilangan sumber pendapatan dan juga gagal membuat bayaran hutang yg terbengkalai..

    Reply

Leave a Comment