eWallet 2021 (Bantuan eBelia PEMERKASA Untuk Pelajar IPT)

Dalam pakej bantuan PEMERKASA yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini, ada satu bantuan belia RM100 dan juga eBelia 2021 yang memberikan bantuk dalam bentuk kredit eWallet yang dikhususkan untuk belia.

1. Siapa yang layak dapat bantuan eWallet 2021 yang terkini ini?

Tidak semua orang layak menerima bantuan ini. Ia hanya untuk:

  • Belia yang berusia dalam lingkungan umur 18 – 20 tahun
  • Belia yang sedang menuntut di IPTA / IPTS secara sepenuh masa
  • IPTA / IPTS mestilah berdaftar dengan kementerian
  • Bantuan ini hanya untuk pelajar yang belajar di peringkat diploma, SKM4 dan ke atas.

 

2. Berapa banyak duit bantuan eWallet 2021?

Wang bantuan yang akan dimasukkan ke dalam akaun e-Wallet terpilih ialah RM150 sahaja. Walaupun tidaklah besar mana, namun untuk pelajar IPT, itu adalah satu jumlah yang cukup besar.

 

3. Bila tarikh untuk dapat bantuan ini?

Seperti yang dimaklumkan dalam pengumuman tempohari, perlaksanaan program ini akan dilakukan dala bulan Jun 2021.

 

2. Cara untuk tebus bantuan e Wallet PEMERKASA 2021

Kami rasa, tidak banyak beza dengan cara claim eWallet yang dilancarkan sebelum ini melalui ePenjana; melalui tiga penyedia yang terpilih iaitu:

  1. Boost
  2. Touch n Go
  3. BigPay
  4. ShopeePay

Untuk makluman, GrabPay tidak termasuk dalam program ini.

 

#1 Tebus eWallet Boost

Berikut ialah cara tebus ePenjana sebanyak RM50 sebelum ini. Kami akan kemaskini untuk PEMERKASA nanti.

  1. Download aplikasi Boost terlebih dahulu
  2. Jika anda menggunakan Apple, sila ke AppStore di sini
  3. Jika anda menggunakan Android, sila ke Google Play di sini
  4. Install sehingga selesai
  5. Buka aplikasi Boost dalam telefon anda
  6. Akan ada paparan yang tertulis “Let’s Boost the economy together with the Government’s PENJANA Program! Claim RM50 through ePENJANA. Support local heroes throught Boost’s MSME Marketplace and shop with Shop Malaysia Online for rewards”
  7. Tekan butang berwarna merah Let’s Do It
  8. Anda kini berada di dalam aplikasi Boost
  9. Lihat bahagian RM50 ePENJANA yang tertulis “Claim with us and Boost #KasiTambah rewards to tal-up to more than RM130!”
  10. Tekan butang merah Claim Now
  11. Anda kini berada di laman penebusan RM50 ePENJANA
  12. Ikuti proses setersunya dengan memastikan ada tanda ‘tick’ untuk di bawah untuk memulakan cara guna ePenjana Boost:
    • Verify IC untuk mengesahkan identiti anda menggunakan MyKad
    • Check Eligibility untuk semak kelayakan anda iaitu:
      • Warganegara Malaysia
      • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tahun 2020
      • Pendapatan tahunan di bawah RM100,000 (mengikut rekod dan data dari LHDN)
      • Sudah daftar MySejahtera
    • RM50 ePENJANA untuk tempoh masa 5 hari untuk menerima RM50 selepas Kad Pengenalan atau MyKad anda disahkan
  13. Tekan butang merah Submit

#2 Tebus e Wallet Touch n Go

Berikut ialah cara guna ePenjana Touch n Go. Daftar Touch n Go dahulu jika belum.

  1. Download Touch ‘n Go eWallet terlebih dahulu
  2. Jika anda menggunakan Apple, sila ke AppStore di sini
  3. Jika anda menggunakan Android, sila ke Google Play di sini
  4. Sahkan atau verify akaun Touch ‘n Go eWallet 
  5. Claim MySejahtera RM50 My Sejahtera

 

 

#3 Tebus Grab Pay e-wallet

Berikut ialah cara guna ePenjana Grab:

  1. Download app Grab terlebih dahulu
  2. Grabpay memang sudah sedia ada didalam app Grab
  3. Jika anda menggunakan Apple, sila ke AppStore di sini
  4. Jika anda menggunakan Android, sila ke Google Play di sini
  5. Aktifkan Grabpay
  6. Masukkan nama dan nombor kad pengenalan (IC)
  7. Ambil gambar kad pengenalan
  8. Tekan hantar
  9. Anda akan terima pengesahan jika semuanya dihantar dengan betul
  10. Tebus kredit MySejahtera RM50 mengikut arahan yang diberikan

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian mengenai bantuan eWallet PEMERKASA 2021 dari Boost, Grab dan Touch n Go ini dapat memudahkan lagi hidup anda.

Dalam masa yang sama, semoga kita semua dilindungi dan dipelihara oleh Allah dari wabak COVID-19 ini.

Semoga bermanfaat.

1 thought on “eWallet 2021 (Bantuan eBelia PEMERKASA Untuk Pelajar IPT)”

Leave a Comment