Bantuan PEMERKASA 2021 (Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi)

Dalam usaha untuk menolong rakyat melalui cabaran getir semasa pandemik Covid-19, kerajaan mengumumkan satu lagi bantuan yang dinamakan bantuan PEMERKASA. Ini adalah pakej rangsangan ekonomi yang juga dikenali sebagai Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA).

Peruntukan dalam pakej bantuan PEMERKASA adalah bernilai RM20 bilion dengan suntikan fiskal baharu kerajaan berjumlah RM11 bilion.

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membuat siaran langsung yang boleh diikuti di YouTube, PEMERKASA akan menumpukan 20 inisiatif strategi bagi melonjak pertumbuhan ekonomi, menyokong perniagaan dan meneruskan bantuan bersasar kepada rakyat dan sektor terjejas

Bantuan sebelum ini

Sebelum ini kerajaan memperkenalkan lima pakej bantuan iaitu:

  1. Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) bernilai RM250 bilion pada Mac 2020
  2. Prihatin Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Tambahan berjumlah RM10 bilion pada April 2020
  3. Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) membabitkan perbelanjaan RM35 bilion pada Jun 2020
  4. Pakej Kita Prihatin dengan peruntukan RM10 bilion pula pada Oktober 2020
  5. Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion pada Januari 2021

Tujuan kerajaan tidak lain tidak bukan, untuk memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan susulan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Senarai bantuan PEMERKASA secara ringkas

#1 Untuk individu

Berikut ialah beberapa bantuan yang disenaraikan dalan pakej bantuan PEMERKASA:

  1. Bantuan khas COVID-19 sebanyak RM200 sebulan untuk petugas penjawat awam yang terlibat dalam program imunisasi di PPV
  2. Bantuan Moratorium Bersasar akan diteruskan kepada 1.4 juta peminjam individu dan juga PKS yang terjejas. Kadar kelulusan yang ditetapkan oleh Bank Negara kini dinaikkan sehingga 95%
  3. Kerajaan akan memberikan subsidi pembelian telefon sebanyak RM300. Ini adalah khusus untuk isi rumah yang mempunyai anak yang bersekolah.  Peruntukan kini dinaikkan kepada RM2 bilion.
  4. SKMM melancarkan Program MyBAIKHATI iaitu satu inisiatif crowdsourcing untuk peranti. Pengagihan peranti dan komputer riba ini akan diserahkan kepada Pusat Internet Komuniti dan pertubuhan komuniti yang terpilih.
  5. Bantuan tunai sebanyak RM1.2 bilion akan diberikan kepada 2.4 juta individu
  6. Bantuan tunai one-off lagi sebanyak RM500 setiap seorang akan diberikan kepada golongan B40
  7. Bayaran tambahan RM500 juga akan diberikan kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah.
  8. Anjung Kelana ditubuh sebagai satu pusat perlindungan sementara untuk golongan gelandangan atau homeless.

 

#2 Untuk syarikat dan perniagaan

  1. Syarikat akan ada potongan cukai tambahan sehingga RM50,000. Ini adalah khas untuk syarikat yang berdaftar dengan MITI dan lulus audit pematuhan Safe@Work
  2. Syarikat akan diberikan potongan cukai jika membuat ujian saringan pekerja dengan perbelanjaan sendiri. Tempoh sah adalah untuk perbelanjaan yang dibuat sehingga 31 Disember 2021 sahaja.
  3. Kerajaan akan melaksanakan projek-projek kecil yang bakal memberi manfaat kepada kontraktor kecil kelas G1 hingga G4 di selurugh negeri. Nilai projek akan dinaikkan dari RM2.5 bilion ke RM5 bilion. Kebanyakan projek adalah untuk pembaikan dan pembinaan infrastruktur dan fasiliti awam.
  4. Geran Khas Prihatin (GKP 3.0) bakal memberikan bantuan one-off sebanyak RM1,000. Boleh mohon GKP 3.0 apabila dibuka pada 1 April 2021 nanti.
  5. PERKESO akan memberikan RM200 kepada majikan untuk setiap pekerja yang ditempatkan dalam pekerjaan jangka pendek mahupun ekonomi gig seperti Grab dan foodpanda.
  6. PERKESO meneruskan lagi Program Subsidi Upah (PSU 3.0) dengan peruntukan RM700 juta. Peruntukan ini adalah untuk 3 bulan sahaja. Bantuan ini akan memberikan manfaat kepada 400,000 pekerja dan 37,000 majikan. Sektor yang akan mendapat manfaat terbesar dari bantuan ini pelancongan, perdagangan borong dan juga runcit.
  7. PenjanaKerjaya diteruskan dengan Program Perantisan selama 6 bulan lagi. Mereka ini akan diberikan RM800 sebulan.
  8. Had pengumpulan dana untuk Equiti Crowdfunding oleh Suruhanjaya Sekuriti dinaikkan dari RM10 juta ke RM20 juta
  9. Program Equity Crowdfunding seperti PitchIn akan diperluaskan kepada syarikat berhad yang tidak tersenarai
  10. SSM menaikkan nilai ambang keberhutangan dari RM10,000 ke RM50,000
  11. SSM mengecuali pembayaran bagi pendaftaran perniagaan kepada golongan B40 dan pelajar IPT
  12. Suruhanjaya Koperasi Malaysia akan memberikan insentif pembiayaan sehinggan RM100,000 tanpa cagaran. Tabung Modal Pusingan akan menjadi RM50 juta yang bakal dinikmati oleh 14,000 koperasi
  13. BSN akan meneruskan Geran Padanan Digitalisasi yang akan diperluaskan juga kepada koperasi

 

#3 Pinjaman & pembiayaan untuk syarikat

  1. Pembiayaan mikro kredit akan ditambah. Pemohon boleh memohon pinjaman ini dari BSN, TEKUN, MARA dan SMECORP.
  2. Pinjaman BSN adalah sebanyak RM300 juta dengan had pembiayaan maksimum RM50,000. Kadar faedah juga diturunkan dari 3.5% ke 3% sahaja.
  3. Pinjaman TEKUN pula adalah sebanyak RM60 juta dengan jumlah sebanyak RM5,000
  4. TEKUN Mobilepreneur diteruskan dengan pemberian pembiayaan RM10,000 untuk baik pulih atau pembelian motosikal baharu. Setiap pembelian juga akan diberikan pengecualian duti eksais sebanyak 100%. Tempoh sah adalah dari 1 April 2021 – 3 Disember 2021 sahaja.
  5. TEKUN POS-preneur diperkenalkan. Bantuan ini lebih tinggi dari Mobilepreneur iaitu sebanyak RM20,000 untuk baik pulih kenderaan. Bantuan RM50,000 pula akan diberikan untuk pembelian van atau lori.
  6. Pinjaman MARA pula berjumlah RM50 juta. Pemohon boleh mendapatkan pembiayaan sehingga RM50,000 dengan kadar faedah serendah 3% sahaja.
  7. Pinjaman SMECorp juga berjumlah RM50 juta. Untuk membantu usahawan PKS tempatan, SME Corp akan memberikan pembiayaan sebanyak RM50 juta. Nilai pembiayaan maksimum adalah sehingga RM250,000. Kadar faedah pula cukup rendah iaitu 3% sahaja.

 

#4 Untuk industri pelancongan

  1. Mendapat pengecualian cukai pelancongan dan perkhidmatan
  2. Melanjutkan galakan cukai
  3. Mendapat penangguhana pembayaran cukai
  4. Mendapat pengecualian duti hiburan
  5. Mendapat pelepasan cukai individu sebanyak RM100
  6. Mendapat pengecualian cukai levi
  7. Mendapat diskaun khas bil elektrik sebanyak 10% dengan jumlah subsidi sebanyak 135 juta

 

#5 Untuk OKU

  1. Elaun pekerja OKU dinaikkan kepada RM1,500 sebulan
  2. Ini adalah penambahan RM26 juta untuk 5,000 orang OKU di seluruh Malaysia
  3. Usahawan OKU juga boleh mendaftar SSM secara percuma
  4. Skim pinjaman mikro kredit akan diberikan kepada golongan OKU yang berjumlah RM25 juta

 

#6 Untuk belia

  1. eBelia diwujudkan dengan bantuan sebanyak RM300 juta yang bakal dinikmati oleh 2 juta orang belia di Malaysia
  2. Boleh mohon bantuan eWallet 2021 untuk belia dan pelajar IPT seluruh Malaysia

Maklumat lanjut mengenai bantuan yang tersenarai dalam pakej bantuan PEMERKASA ini akan menyusul.

9 thoughts on “Bantuan PEMERKASA 2021 (Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi)”

  1. Saya telah membuat pemohonan kepada perkeso untuk insuran pekerja sebelum tarikh pemohonan tamat sehinggalah tamat tarikh pemohonan pelbagai cara saya lakukan melalui talian sehingga ke hari ini saya masih tidak berjaya untuk membuat pemohonan tersebut…. pertama saya ke pejabat tenaga kerja setelah maklumat disediakn tuntutan saya terhadap majikan di tolak oleh pihak jabatan tenaga kerja… tuntutan saya berkaitan majikan memberhentikan saya secara diskriminasi… tanpa notis tanpa surat amaran… keduan tuntutan saya kepada perkeso tidak mengikut syarat2 yg di tetapkan oleh perkeso di sebabkan tuntutan saya di JTK di tolak oleh pengawai JTK itu sendiri….

    Reply
  2. Saya ingin bertanya jika saya diberhentikan dari pekerja kerajaan selama 6tahun….
    apakah kerajaan tiada ada beri apa apa imbuhan selama sy berkhidmat 19tahun dan dimana keadilan kerajaan ?
    segala hutang saya tertunggak dan segala bil bil elektrik tertunggak dan saat rumah kini menunggu lelonggan …
    apakah selaku kerajaan tiada belas ehsan pada pekerja seperti kami ini diberhentikan tanpa musnasabah diatas tidak kehadiran tanpa sebab…?
    segala surat permohonan cuti sakit siap ada tapi diberhentikan ?
    Dato bandar ipoh dahulu yg memberhentikan sy…dah laa nak berhenti esoknya dato bandaraya ipoh….
    Tapi dia buang ramai pekerja BANDARAYA IPOH…
    ingat kami tak halalkan kamu dunia akhirat sampai kami yg diberhentikan tanpa sbb ?
    ingat hidup kamu bagus sangat mempunyai kedudukan di bandaraya ipoh dahulu…
    jika nak tahu dia lah abg kepada Ustaz kazim ?
    kami tetap akan mendoakan hidup kamu itu dilaknati dan dibalas oleh allah swt…
    segala perilakumu tak anak dimaafkan sampai mati kerana membiarkan hidup kami sekeluarga susah ditanggung hutang sekian dari pekerja14054 🖋️

    Reply
  3. Dulu dapat bpn… Sekarang dah jadi bpr.. Habuk pun tak dapat…perniagaan pun terjejas akibat penyakit wabak covid19… Mcm mana nk berniaga dh lokdown… Harap bpr tak masuk.. Kemas kini pun susah buat masa skrg ni.. Kemaskini online pun tdk dpt….

    Reply

Leave a Comment