Cara Claim eBelia eWallet 2021 (Tebus RM150, Tiada Permohonan)

Jika sebelum ini ada program eBelia IYRES yang memberikan manfaat dengan menawarkan bantuan untuk cari kerja kosong melalui ebelia.iyres.gov.my, kini kerajaan mengorak langkah lebih jauh dengan bantuan kewangan eBelia 2021 dalam bentuk kredit eWallet.

Tak perlu cerita panjang-panjang. Anda pun tak mahu baca apa itu eBelia pun kan? Yang penting, anda nak tahu macam mana nak buat permohonan eBelia 2021 dan seterusnya macam mana nak claim supaya masuk dalam eWallet pilihan.

Izinkan kami berkongsi.

1. Berapa banyak bantuan eBelia 2021?

Ini bukan bantuan dalam bentuk tunai, tetapi dalam bentuk kredit eWallet sahaja. Bantuan ini adalah berjumlah RM150 untuk setiap penerima.

Bantuan ini juga adalah one-off sahaja, iaitu hanya diberikan sekali sahaja dan tidak akan ada tambahan yang lain, melainkan dimaklumkan oleh kerajaan.

Untuk makluman, di bawah Belanjawan 2021, sejumlah RM200 juta telah diperuntukkan bagi menyalurkan RM100 kredit e-tunai bagi setiap belia yang layak. Kerajaan telah menambahbaik inisiatif ini dengan peruntukan tambahan sejumlah RM100 juta di bawah keseluruhan peruntukan bagi program ini sebanyak RM300 juta.

 

2. Siapa yang layak claim eBelia 2021?

Bukan semua orang layak terima bantuan ini. Jadi, pastikan anda benar-benar layak untuk mendapat kredit eWallet RM150 ini.

Penebusan kredit ini hanya layak untuk golongan berikut:

  • Belia yang berusia dari 18 – 20 tahun sahaja
  • Belia yang sedang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi secara sepenuh masa sahaja

 

3. Macam mana nak buat permohonan eBelia 2021?

Kami berasakan bahawa tidak ada permohonan yang perlu dilakukan sepertimana dalam program ePenjana sebelum ini.

Kami juga berasakan bahawa kelayakan adalah secara automatik.

Data untuk sesiapa yang layak akan disemak silang dengan IPT yang berdaftar.

Walau bagaimanapun, kami akan kemaskini sekiranya ada aspek lain yang perlu dilengkapkan untuk memohon eBelia ini

 

4. Aplikasi eWallet apa yang boleh claim dalam eBelia 2021 ini?

Setakat ini, ada empat penyedia perkhidmata eWallet yang menyertai program ini:

  1. BigPay
  2. Boost
  3. ShopeePay
  4. Touch n Go

 

5. Cara tebus eBelia eWallet

Pertama sekali, sila pastikan bahawa anda menepati kriteria dan layak untuk menerima bantuan ini seperti yang dinyatakan di atas.

Untuk makluman, cara untuk claim eBelia adalah berlainan mengikut penyedia perkhidmatan. ShopeePay, BigPay, Boost dan Touch n Go ada cara mereka yang tersendiri.

Kami akan kemaskini maklumat di sini untuk memudahkan lagi urusan anda.

 

6. Bila tarikh boleh tebus kredit eWallet ini?

Sila baca ini baik-baik. Sila tebus & claim eBelia pada:

  • 1 Jun – 22 Julai 2021

Seterusnya, sila habiskan kredit yang diterima:

  • Sebelum 31 Julai 2021

Ini bermakna, jika anda claim tepat pada 1 Jun 2021, anda mempunyai masa selama 2 bulan untuk menghabiskan kredit percuma yang diterima.

Jika tidak dihabiskan, kredit eWallet akan expired.

 

Akhir kalam

Kami menyambut baik usaha kerajaan yang sentiasa cakna dengan keperluan belia-belia di Malaysia.

eBelia 2021 adalah kolaborasi bersasar oleh Kementerian Kewangan bersama Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Semoga lebih ramai belia-belia di Malaysia mendapat manfaat daripada kolaborasi seperti ini. Jika anda masih menganggur, jangan lupa dapatkan bantuan belia RM1000 juga.

Semoga bermanfaat.

5 thoughts on “Cara Claim eBelia eWallet 2021 (Tebus RM150, Tiada Permohonan)”

Leave a Comment