Cara Guna ePenjana (Boost, Grab, Touch n Go RM50 Wallet)

Kami pasti, anda ke sini kerana mahu tahu cara guna ePenjana Boost, Grab dan Touch n Go; yang membolehkan anda tebus atau claim RM50 dari aplikasi MySejahtera.

Untuk pengetahun, anda tidak boleh tebus dari dalam aplikasi MySejahtera. Sebaliknya, anda perlu tebus melalui aplikasi eWallet Boost, Grab Pay dan juga Touch n Go sahaja.

Sedikit mengenai ePenjana

Menurut siaran media dari Menteri Kewangan Malaysia,  YB Tengku Zafrul, kerajaan telah mengumumkan program RM750 juta kredit ePenjana untuk rakyat Malaysia..

Bagi anda yang sudah muat turun My Sejahtera, anda boleh claim atau tebus RM50 dari Grab Pay, Boost dan Touch ‘n Go.

Walau bagaimanapun, amaun RM50 ini bukan dalam dalam bentuk tunai kerana ia akan dimasukkan sebagai kredit e-wallet.

Tempoh mohon ePenjana

Tempoh memohon RM50 kredit ePenjana adalah pada 31 Julai hingga 24 September 2020. Untuk makluman, tarikh akhir penggunaan ePenjana adalah pada 30 September 2020.

Cara guna ePenjana Boost

Sebenarnya, pertama sekali anda perlu claim RM50 itu terlebih dahulu. Jika sudah ada kredit dalam Boost, barulah boleh guna untuk beli apa sahaja yang diingini.

Berikut ialah cara tebus ePenjana sebanyak RM50:

  1. Download aplikasi Boost terlebih dahulu
  2. Jika anda menggunakan Apple, sila ke AppStore di sini
  3. Jika anda menggunakan Android, sila ke Google Play di sini
  4. Install sehingga selesai
  5. Buka aplikasi Boost dalam telefon anda
  6. Akan ada paparan yang tertulis “Let’s Boost the economy together with the Government’s PENJANA Program! Claim RM50 through ePENJANA. Support local heroes throught Boost’s MSME Marketplace and shop with Shop Malaysia Online for rewards”
  7. Tekan butang berwarna merah Let’s Do It
  8. Anda kini berada di dalam aplikasi Boost
  9. Lihat bahagian RM50 ePENJANA yang tertulis “Claim with us and Boost #KasiTambah rewards to tal-up to more thatn RM130!”
  10. Tekan butang merah Claim Now
  11. Anda kini berada di laman penebusan RM50 ePENJANA
  12. Ikuti proses setersunya dengan memastikan ada tanda ‘tick’ untuk di bawah untuk memulakan cara guna ePenjana Boost:
    • Verify IC untuk mengesahkan identiti anda menggunakan MyKad
    • Check Eligibility untuk semak kelayakan anda iaitu:
      • Warganegara Malaysia
      • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tahun 2020
      • Pendapatan tahunan di bawah RM100,000 (mengikut rekod dan data dari LHDN)
      • Sudah daftar aplikasi MySejahtera
    • RM50 ePENJANA untuk tempoh masa 5 hari untuk menerima RM50 selepas Kad Pengenalan atau MyKad anda disahkan
  13. Tekan butang merah Submit

 

Boost Partner eWallet

Anda boleh tebus RM50 ePENJANA dengan Boost dan nikmati tambahan Lifestyle Rewards dengan Boost Partner eWallet yang bernilai lebih RM80. Anda juga berpeluang untuk memenangi banyak hadiah yang menarik.

Senarai Boost Partner adalah seperti di bawah:

  • Celcom Axiata
  • Aspirasi
  • Great Eastern
  • Secret Recipe
  • Kenny Rogers Roasters
  • Mydin
  • Old Town White Coffee
  • Petron
  • Tesco

 

Claim ePenjana Touch n Go

Berikut ialah cara guna ePenjana Touch n Go:

  1. Download Touch ‘n Go eWallet terlebih dahulu
  2. Jika anda menggunakan Apple, sila ke AppStore di sini
  3. Jika anda menggunakan Android, sila ke Google Play di sini
  4. Sahkan atau verify akaun Touch ‘n Go eWallet 
  5. Claim MySejahtera RM50 My Sejahtera

 

 

Tebus Grab Pay e-wallet

Berikut ialah cara guna ePenjana Grab:

  1. Download app Grab terlebih dahulu
  2. Grabpay memang sudah sedia ada didalam app Grab
  3. Jika anda menggunakan Apple, sila ke AppStore di sini
  4. Jika anda menggunakan Android, sila ke Google Play di sini
  5. Aktifkan Grabpay
  6. Masukkan nama dan nombor kad pengenalan (IC)
  7. Ambil gambar kad pengenalan
  8. Tekan hantar
  9. Anda akan terima pengesahan jika semuanya dihantar dengan betul
  10. Tebus kredit MySejahtera RM50 mengikut arahan yang diberikan

 

Akhir kalam

Secara asasnya, kami berpendapat, tindakan kerajaan adalah tepat pada waktunya, dan sangat bijak apabila menggunakan kesempatan ini bagi menggalakkan lagi penggunaan cashless society yang kini popular di negara-negara lain.

Bagi anda yang sedang dalam proses untuk claim RM50, semoga ini adalah langkah pertama untuk kita sama-sama merebakkan lagi penggunaan eWallet yang bakal menggantikan wang tunai.

Diharapkan agar cara guna ePenjana Boost, Grab dan Touch n Go e-wallet ini dapat memudahkan lagi hidup anda.

Dalam masa yang sama, semoga kita semua dilindungi dan dipelihara oleh Allah dari wabak COVID-19 ini.

Semoga bermanfaat.

8 thoughts on “Cara Guna ePenjana (Boost, Grab, Touch n Go RM50 Wallet)”

Leave a Comment