Semenjak tular wabak Coronavirus COVID-19 dan dengan adanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita semua diarahkan untuk duduk di rumah. Jika ingin buat pergerakan, perlu buat permohonan Gerak Malaysia. Bukan itu sahaja, kita juga mempunyai aplikasi MySejahtera dan MyTrace. Untuk memudahkan semua, izinkan kami kongsi cara daftar MySejahtera.
Sila klik sini untuk baca cara download MySejahtera dan seterusnya tebus RM50 kredit eWallet yang akan diberikan oleh kerajaan melalui inisiatif PENJANA.
Klik sini juga untuk membaca cara daftar MySejahtera untuk syarikat. Ini adalah penting untuk mana-mana peniaga yang mempunyai bisnes atau premis perniagaan yang dikunjungi pelanggan dalam tempoh PKPP.
Langkau artikel ini untuk terus merujuk cara buat QR Code My Sejahtera.
Kandungan
Apa itu MySejahtera?
MySejahtera mmerupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia. Ia adalah bertujuan untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di Malaysia.
MySejahtera membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan sendiri.
Pada masa yang sama, MySejahtera juga membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.
Dengan kata lain, MySejahtera boleh bantu Kerajaan Malaysia untuk bantu kita semua dalam melindungi diri dan keluarga dari Coronavirus COVID-19. Ia bertujuan untuk:
- Menilai tahap kesihatan terhadap risiko COVID-19 untuk diri kita dan keluarga
- Mendapatkan panduan kesihatan terkini berkaitan COVID-19
- Mendapatkan panduan tindakan yang perlu diambil berdasarkan kategori risiko COVID-19
- Mendapatkan maklumat lokasi fasiliti kesihatan yang berdekatan
- Menerima maklumat yang terkini dan panduan mengenai COVID-19 dari sumber yang sahih
Cara daftar MySejahtera
Berikut ialah langkah dan cara daftar MySejahtera seperti yang dikongsikan dalam laman web rasmi mysejahtera.malaysia.gov.my
- Muat turun atau download dahulu aplikasi MySejahtera
- Klik Daftar Di Sini
- Daftar dengan nombor telefon atau email
- Masukkan OTP yang diterima melalui SMS
- Klik pautan pengesahan dalam email
- Anda kini berada dalam langkah 1 dalam proses daftar MySejahtera
- Masukkan atau kemaskini butiran pendaftaran
- Nama pengguna
- Nama penuh
- Nombor telefon
- Nombor Kad Pengenalan atau Passport
- Umur
- Jantina
- Bangsa
- Alamat semasa
- Anda kini berada dalam Langkah 2 dalam proses daftar MySejahtera
- Tetapkan Kata Laluan
- Tekan butang Sahkan
- Pendaftaran MySejahtera anda telah berjaya
- Anda akan menerima mesej “Terima kasih! Hampir selesai. Sila klik pautan di bawah untuk memuat turun aplikasi MySejahtera. ID Pengguna anda ialah [email protected] Kata laluan anda adalah seperti yang dimasukkan dalam halaman sebelumnya”
- Tekan Tutup
- Kini anda sudah boleh login MySejahtera
Cara login MySejahtera
Berikut ialah langkah-langkah atau cara login MySejahtera. Pastikan anda sudah install app MySejahtera dan mengikuti cara daftar MySejahtera.
- Buka aplikasi MySejahtera
- Tunggu sehinga siap loading sepenuhnya
- Masukkan ID Pengguna
- Klik Log Masuk
- Jika terlupa kata laluan, klik Lupa Kata Laluan
- Sekiranya semuanya berjalan lancar, anda boleh login MySejahtera
Tebus MySejahtera RM50
Menurut siaran media dari YB Tengku Zafrul, Menteri Kewangan, kerajaan mengumumkan program RM750 juta kredit ePENJANA untuk rakyat Malaysia..
Bagi anda yang sudah muat turun My Sejahtera, anda boleh claim atau tebus RM50 dari Grab Pay, Boost dan Touch ‘n Go.
Amaun RM50 ini bukan dalam dalam bentuk tunai kerana ia akan dimasukkan sebagai kredit e-wallet.
Tempoh memohon RM50 kredit ePenjana adalah pada 31 Julai hingga 24 September 2020, dan tarikh akhir penggunaan ePEJANA adalah pada 30 September 2020.
Cara daftar MySejahtera sudah ada. Kini kami akan kongsikan pula cara untuk claim atau tebus kredit seperti di bawah.
Boost e-wallet
Sila layari dan baca cara guna ePenjana Boost untuk panduan yang lebih terperinci.
Touch n Go e-wallet
- Download Touch ‘n Go eWallet terlebih dahulu
- Jika anda menggunakan Apple, sila ke AppStore di sini
- Jika anda menggunakan Android, sila ke Google Play di sini
- Sahkan atau verify akaun Touch ‘n Go eWallet
- Claim MySejahtera RM50 My Sejahtera
Grab Pay e-wallet
- Download app Grab terlebih dahulu
- Grabpay memang sudah sedia ada didalam app Grab
- Jika anda menggunakan Apple, sila ke AppStore di sini
- Jika anda menggunakan Android, sila ke Google Play di sini
- Aktifkan Grabpay
- Masukkan nama dan nombor kad pengenalan (IC)
- Ambil gambar kad pengenalan
- Tekan hantar
- Anda akan terima pengesahan jika semuanya dihantar dengan betul
- Tebus kredit MySejahtera RM50 mengikut arahan yang diberikan
Soalan lazim MySejahtera
My Sejahtera untuk apa?
MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.
Apa bagusnya MySejahtera?
Ia dapat membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak COVID-19. Ia juga membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak COVID-19. Bukan itu sahaja, MySejahtera boleh bantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID-19. Dan pastinya dengan MySejahtera, seseorang itu boleh mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID-19.
Siapa yang buat MySejahtera?
Aplikasi MySejahtera dibangunkan melalui kerjasama strategik antara Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Apakah undang-undang yang berkaitan dengan pelaksanaan aplikasi MySejahtera?
Aplikasi MySejahtera dibangunkan untuk menyokong pelaksanaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 Akta 342. Mengemukakan maklumat palsu adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 22 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 Akta 342 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 Akta 588.
Apakah keperluan minimum peranti untuk menggunakan aplikasi MySejahtera?
Anda hanya perlukan elefon pintar dengan sistem pengoperasian Android 4.0 ke atas atau iOS 10 ke atas. Tidak dilupakan, anda juga perlu sambungan internet dan telefon anda juga boleh menerima SMS bagi proses penghantaran One-Time-Pin (OTP).
Macam mana nak download MySejahtera?
Aplikasi MySejahtera boleh dimuat turun dari Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA), Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.
Adakah saya perlu membayar untuk muat turun aplikasi MySejahtera?
Aplikasi MySejahtera adalah PERCUMA. Tidak perlu bayar apa-apa.
Adakah maklumat peribadi saya yang dimasukkan dalam MySejahtera ini selamat?
Aplikasi ini dimiliki oleh Kerajaan Malaysia dan diuruskan oleh KKM sebagai pentadbir aplikasi dengan dibantu oleh MKN dan MAMPU. Kerajaan memberi jaminan bahawa maklumat peribadi anda akan digunakan bagi tujuan pemantauan dan pencegahan wabak COVID-19 sahaja. Maklumat peribadi anda tidak akan dikongsi atau diberikan kepada mana-mana pihak yang lain.
Saya ada masalah untuk daftar dan guna MySejahtera. Siapa saya boleh hubungi?
Anda boleh mendapatkan bantuan melalui fungsi 'Bantuan Teknikal' dalam aplikasi MySejahtera.
Akhir kalam
Mungkin anda rasa terlalu banyak mahu install. Apa-apa pun, kita percaya, kerajaan tahu apa yang terbaik untuk rakyat.
Diharapkan agar perkongsian cara daftar MySejahtera ini dapat memudahkan lagi pencarian maklumat anda.
Semoga kita semua dilindungi dan dipelihara oleh Allah dari wabak COVID-19 ini.
Semoga bermanfaat.
Carian dari Google:
- mysejahtera daftar
- cara daftar mysejattera
- daftar fasiliti mysejahtera
Because of technical problem, when i register again, system said that my phone number already exist, can’t proceed again. What should i do now?
Firstly, i register using email, but i can’t bring my pc to enter work place. So i using phone number, maybe several times i register, they are allowed me to register again.
why it’s always say incorrect user id or password? hm untill now i cannot login
I have the above problem.How can I solve it
How do i get the rm 50 in the my sejahtera ewallet?
sya dh daftar my sejahtera.tpi kena tunggu di aktifkan melalui email @ no hnset.masalahnya 1/6 daftar.tpi tak ad apa2 maklumat..pening lh mcm ni.
Sy tlh mendftar my sejahtera tetapi hnya sempat mngisi password dan pengesahan password…selepas itu tiada apa2 respon..sepatutnya sy mndapat no id utk penggunaanya ttpi x dpt…bila sy klik my sejahtera dan ltak no telepon dan password yg sy cipta tu sy masih x dpt mmbukanya…apa yg perlu sy buat…
No otp hantar lebih dri 200 kali dah kat fon msj fon sy,hantar msj yg sama je,tolong hentikan..serabut la mcm nie,
Kenapa nak log in tak boleh. Sedangkan email dgan pasword semuanya betul. Asyik incorrect. Please fix it 😓
Why cannot log in back after log out
Semuanya pnya masalah yg sama ,saya pun dah register nk login tak boleh padahal smua dah betul ..please fix it
Saya dah daftar mu sejahtera dah berbulan..tiba harini nak redeem rm50 dkt tng ewallet dia tulis mysejahtera belum daftar..apa benda
Saya cuba daftar my sejahtera,bila mohon otp daapt..tp bila nak masuk otp…system reply otp invalid…padahal baru dpt..mcmana tu😔
invalid otp.. any solution.. dah try banyak kali.. same problem
same problem
Samala kes sy ni.. tk tau nk buat apa.. otp dh dpt.. dh taip tp asik invalid otp..pening
invalid otp.. any solution.. dah try banyak kali.. same problem
same here
TNG ewallet reply not successful cause they can’t find my IC on mysejatera. I have been using it so long.
Saya juga ada masalah yg sama bila dah siap isi data nak yg seterusnya tiada respon apa2.
Same issue like show ” Invalid user ID” when using Iphone, but i change to Android phone log in with Email still can & no problem. Is this iphone problem ???
why it’s always say incorrect user password? hm untill now i cannot login. What is password?