Adakah anda antara orang yang tak sabar-sabar dan selalu ingin tahu duit BPN 2.0 bila masuk akaun bank? Jangan bimbang, kalau sudah login BPN dan mendapat status lulus, duit bantuan akan tetap masuk. Cuma perlu semak tarikh bayaran BPN 2.0 dahulu. Untuk Bantuan Prihatin Rakyat 2021, anda perlu rujuk tarikh bayaran BPR Fasa 2 yang terkini.
Izinkan kami berkongsi berkenaan BPN bila dapat seperti di bawah. Untuk makluman tentang bila duit BPR masuk, sila langkau artikel ini.
Duit BPN 2.0 bila masuk?
Maklumat ini adalah berdasarkan laporan Berita Harian yang memetik pengumuman dari Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. berkata bayaran BPN fasa kedua ini dipercepatkan disebabkan pelaksanaan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).
Pembayaran duit bantuan bagi BPN 2.0 ini terbahagi kepada dua fasa iaitu Fasa Pertama dan Fasa Kedua.
#1 Bila boleh dapat bayaran BPN 2.0 bagi Fasa Pertama?
Untuk makluman, tarikh bayaran BPN 2.0 Fasa Pertama sudah selesai dibayar kepada penerima bermula hari Isnin, 26 Oktober 2020 yang lalu.
#2 Bila boleh dapat bayaran BPN 2.0 bagi Fasa Kedua pula?
Pembayaran seterusnya dijangka pada:
-
-
Khamis, 21 Januari 2021
-
Seperti sedia maklum, semua bayaran bantuan dari kerajaan adalah secara beperingkat. Maksudnya, ada individu yang akan dapat tepat pada tarikh tersebut. Akan ada pula yang menerima hari esoknya, atau minggu depannya.
Jadi, jangan panik jika duit BPN belum dapat. Perlu bersabar.
Bila duit BPN 2.0 masuk ikut bank?
Ada desas-desus mengatakan bahawa pemegang akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) telah menerima bayaran bantuan atau tarikh pengkreditan BPN 2.0 yang lebih awal iaitu antara 19 hingga 22 Oktober 2020. Jika anda salah seorang daripadanya, sila komen di bawah untuk pengesahan.
Apa-apa pun, di bawah ini adalah perkongsian tarikh kemasukan duit BPN 2.0 untuk bank-bank terpilih:
- Bank Simpanan Nasional (BSN)
-
Bermula 21 Januari 2021
- CIMB Bank / CIMB Islamic Bank
-
Bermula 21 Januari 2021
- Hong Leong Bank / Hong Leong Islamic
-
Bermula 21 Januari 2021
- Affin Bank / Affin Islamic Bank
-
Bermula 21 Januari 2021
- RHB Bank / RHB Islamic Bank
-
Bermula 21 Januari 2021
- Bank Muamalat
-
Bermula 21 Januari 2021
- Maybank / Maybank Islamic
-
Bermula 21 Januari 2021
- Bank Islam
-
Bermula 21 Januari 2021
- Public Bank / Public Islamic Bank
-
Bermula 21 Januari 2021
- Agro Bank
-
Bermula 21 Januari 2021
- Ambank / AmIslamic Bank
-
Bermula 21 Januari 2021
Amaun wang BPN 2.0 yang bakal masuk bank
Untuk lebih mudah faham, kami asingkan maklumat tentang pembayaran mengikut kategori seperti di bawah:
#1 Kategori Bujang B40
- Jumlah bantuan BPN 2.0 bagi golongan Bujang B40 ialah RM500.
Bila duit BPN masuk?
- Bayaran BPN 2.0 Fasa Pertama sebanyak RM350 akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank pada 26 Oktober 2020. Pemegang akaun BSN dan CIMB akan menerima lebih awal.
- Bayaran BPN 2.0 Fasa Kedua sebanyak RM150 akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank bermula 21 Januari 2021.
#2 Kategori Bujang M40
- Jumlah bantuan BPN 2.0 bagi golongan Bujang M40 ialah RM300
Bila duit BPN masuk?
- Bayaran Fasa Pertama adalah sebanyak RM200. Akan dikreditkan pada 26 Oktober 2020. Pemilik akaun BSN dan CIMB dijangka akan terima duit bantuan lebih awal.
- Bayaran Fasa Kedua adalah sebanyak RM100. Akan dikreditkan pada 21 Januari 2021.
#3 Kategori Isi Rumah B40 (Berkahwin)
- Jumlah bantuan BPN 2.0 bagi golongan Isi Rumah B40 ialah RM1,000.
Bila BPN 2.0 masuk?
- Bayaran ansuran Fasa Pertama sebanyak RM700 akan dimasukkan ke dalam akaun bank pada 26 Oktober 2020. Pemegang akaun BSN dan CIMB akan menerima lebih awal.
- Ansuran kedua, iaitu baki sebanyak RM300 pula akan dikreditkan ke bank pada 21 Januari 2021.
#4 Golongan Isi Rumah M40 (Berkahwin)
- Jumlah bantuan BPN 2.0 bagi golongan Isi Rumah B40 ialah RM600.
Bila BPN 2.0 masuk?
- Ansuran pembayaran Fasa Pertama ialah pada 26 Oktober 2020 berjumlah RM400. Pemilik akaun BSN dan CIMB dijangka akan terima duit bantuan lebih awal.
- Ansuran pembayaran Fasa Kedua ialah pada bulan Januari 2021 berjumlah RM200.
- Belum ada informasi lanjut mengenai tarikh bayaran Fasa 2. Akan diberitahu oleh LHDN nanti.
Akhir kalam
Tahniah pada yang sudah terima duit pembayaran BPN 2.0. Bagi yang masih menunggu bila BPN 2.0 masuk, bersabarlah. Duit itu tetap ada, cuma mungkin lambat sedikit. Teruskan buat semakan bayaran BPN 2.0 melalui portal LHDN.
Diharapkan agar perkongsian tarikh pembayaran BPN 2.0 ini dapat melegakan hati anda. Jangan lupa semak cara bayaran BPN 2.0 juga.
Semoga bermanfaat.
B40 bujang sepatutnya rm500 dn bagi pembayaran pertama fasa 2 sepatutnya rm350 tetapi kenapa abang saya yang bujang hanya dapat rm200 byrn pertama ada yang dapat hanya rm100…kenapa ada terjani begini sekiranya bujang bagi b40 sepatutnya menerima jumlah rm500 keseluruhan tetapi bila claim di bsn jumlah tidak sama seperti dalam semakan status kelulusan..?sila bagi pencerahan.
tak masu pun dah 21 jan
Rhb tak masuk pown
Bila maybank punya?
Mybank bila masuk
Saya tunggu dh 3 hari msuk hrini tp x msuk2 pn… Akaun cimb bile msuk?
Knpa AmBank Bpn tk masuk lagi
Sy punya pun ak masuk q..
Sy punya pun tak masuk
Saya guna hong leong bank..sampai hari pun belum masuk..
AmBank knpa tk masuk lgi
Assalamualaikum saya nak tnye kenapa amount kelayakan status x sama dgn kita dapat ye.. S
Ade yg sama mcm saya x
Saya cimb pun belum masuk, cakap cimb masuk awal, cl lhdn lagi la, cl..cl..cl, asyik sambung, sambung,sambung, putus..putus..putus. Apa patut saya buat
Bila tarikh bayaran untuk standard chartered bank?
Duit BPN2.0 FASA KE 2 M40
JADUAL 25HB TAPI CHEK AKAUN BANK TAK ADA PUN
PEMEGANG AKAUN BANK CIMB
Saya tak dapat lagi bpn bagi bujang b40 akaun bank CIMB
BPN 2.0 Fasa B40,
Maybank belum masuk lagi.
patut masuk start masuk 21 jan tapi sampai sekarang pun tak da masuk
Jadual untuk M40 sepatutnya sudah start masuk dari semalam 25 Jan
tapi B40 pun tak bayar lagi. Camtu M40 lagi tunggu lama
B40 bujang pon belom masokk bile masoknye sembanggg laaa
lgsg xmsuk..da lbih 21/1 da pon..haha ??
Kenapa duit bujang bpn 2.0 belum masuk maybank lagi.hari ni dah tarik 26/01/21.bila masuk diut bpn 2.0
Sama maybank bpn utk bujang. Tak Ada pergerakkan apa2
Tipu…tipu…tipu…. maybank x masuk pn lg…hmmm
Sy pon x masok lg…5 hari dah tunggu
Maybank M40 bujang belum masuk…Knp ni lambat sangat
Cimb bila masok..sy tunggu tak masok pon
B40 RM150 dah masuk MBB pd 27 Jan 2021. Tunggu 6 hari baru masuk. Aku nk hubungi BPN knp xada duit masuk awal2 lagi.
Bila tak tau duit bpn ni nak masuk…Sampai skrg lum msuuk lagi
Apesal x masuk lagi rhb .. genap harini dh seminggu
Bujang B40 kenapa Maybank tak masok tak dapat2 pun laslgi
Public bank pun sama,imfo 25haribulan bagi yang ketogeri M40,tapi yang saya punya sekarang pun belum masuk
pelik yg pakai voucer semua dah dapat,,,aku yang pakai akuan bank tak dapat lagi .. aku yg sedang hairan… knp nak bantu tapi susahkan orang
Lagi i tak dapat bpn 2.0 kali kedua RM300. 00.
Knpa sya pnya pmbyarn fasa 2 sya smpai skrg blum ad kmsukn lgi. Hri2 sya btw semakan status pmbyaran fasa 2 tpi ttp blum ad, skrg msuk bln 2 sdh nie msi lgi blum ad. Sya M40 bujang, n sya pn ad akaun bank bsn
Susah masuk Rm100. TQ!
Duit bpn belum masuk..sda 10 JANUARY SDA..!!!
kekadang aku pun tak paham bila dalam berita perh cakap tak nak jatuh 500 n the lastly dapat RM200 pastu bila nak check bg tempoh macam tgak masuk akal macam mana 500 jadi 200 adakah sistem malaysia masih kuno yg tak pernah kotakan apa dari nya sndiri aku harap kali ni dapat la balance x kan makan dalamdiam kita bukan tau
BPR
Sy punya pun tak masuk lagi i tak depat BPN
Mesej dapat lulus bpn tapi tak pernah masuk duit