GrabFood merupakan salah satu servis yang disediakan oleh syarikat Grab. Sama dengan Foodpanda dan ShopeeFood, GrabFood juga adalah perkhidmatan penghantaran makanan terus kepada pengguna. Dalam artikel ini, kami akan berkongsi cara daftar GrabFood rider, agar anda dapat menambah pendapatan.
Cari duit untuk tambah pendapatan dengan platform Grab ini, bukan hanya ada Grab Food sahaja. Kalau anda ada kereta, jemput baca cara daftar Grab driver pula untuk jadi pemandu secara part-time atau full-time.
Yang mencari alternatif kepada Grab Food, langkau artikel ini untuk terus baca cara jadi rider makanan seperti Foodpanda, Pop Meals (dulu dikenali dengan Dah Makan).
Bagi yang mempunyai kedai makan dan mencari rider yang boleh hantar makanan, boleh rujuk cara daftar Grab Food Merchant dan juga Foodpanda Merchant.
Sedikit mengenai Grab
Grab ataupun nama penuhnya GrabTaxi Holdings Pte. Ltd. Merupakan sebuah syarikat pengangkutan yang berpengkalan di Singapura.
Pernah mempunyai ibu pejabat di Malaysia sekitar tahun 2012-2014, syarikat ini menawarkan perkhidmatan ini melalui aplikasi di Singapura dan negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Filipina, Vietnam, Thailand, Myanmar dan Kemboja.
Syarikat ini pernah mempunyai saingan yang menjalankan perkhidmatan yang sama iaitu Uber.
Tetapi, pada tahun 2018, Grab mengambil alih Uber untuk menjadi syarikat perkhidmatan secara perkongsian yang pertama di Asia Tenggara.
Aplikasi Grab menghantar teksi dan kereta peribadi yang diupah kepada penumpang yang berdekatan menerusi sistem perkongsian lokasi. Syarikat ini menembusi pasaran di banyak negara dan setiap kali berjaya menembusi pasaran di sesebuah negara, syarikat ini membelikan telefon pintar untuk pemandu yang bekerja dengan mereka di negara tersebut, dan pemandu itu dapat membayar ansuran setiap hari untuk telefon tersebut.
Syarikat ini membuat keuntungan dengan memotong bayaran tempahan.
Grab menjangkau terus ke pemandu teksi dengan menandatangani mereka di lapangan terbang, pusat penjaja, beratur teksi, dan depot. Syarikat itu juga mendidik pemandu teksi menggunakan telefon pintar dan aplikasi mudah alih mereka. Sebagai tambahan kepada bandar-bandar besar, Grab juga telah berjaya menembusi pasaran bandar kecil.
Kini, Grab mempunyai bukan sahaja servis pengangkutan untuk penumpang, malahan mempunyai servis lain seperti GrabExpress yang menghantar dokumen, bungkusan dan hadiah, serta Grabfood, servis penghantaran makanan.
Kandungan
Kelayakan Grab Food rider
Untuk menjadi seorang rider Grabfood, beberapa perkara perlu dilakukan. Pertama sekali, terdapat beberapa kriteria yang anda perlu penuhi jika anda ingin bergelar seorang rider untuk Grabfood.
- Mempunyai telefon pintar (iOS atau Android) dengan plan data yang aktif (sebolehnya anda pakai line kerana waktu kerja anda akan menggunakan Internet secara kerap)
- Berumur 18 tahun dan ke atas.
- Warganegara Malaysia.
- Mempunyai motosikal sendiri. Sekiranya anda mempunyai motosikal tetapi bukan milik anda, pastikan anda mempunyai insurance’s cover note yang merupakan cover jenis All Rider. Pastikan cukai jalan anda aktif.
- Mempunyai lesen menunggang motosikal yang sah (penunggang yang masih mempunyai lesen dalam tempoh percubaan atau lesen P tidak boleh memohon menjadi rider)
Cara daftar GrabFood rider
Sekiranya anda dapat memenuhi kriteria-kriteria ini, anda boleh menjadi rider. Berikut merupakan langkah yang anda perlu lakukan:
- Pergi ke laman web rasmi Grab https://www.grab.com/my/.
- Scroll mouse anda ke butang Grab Our Partner. Tertera pilihan di bawah butang ini; Grab Driver, Grab Delivery Partner, Food Merchant dan Pay Merchant. Pilih Grab Delivery Partner.
- Pada laman seterusnya, masukkan nama penuh anda pada ruangan Full Name
- Masukkan nombor telefon anda di ruangan Phone
- Masukkan bandar tempat tinggal anda di ruangan City.
- Tick pada checkbox reCaptcha.
- Tekan butang Submit.
- Anda akan dihubungi oleh pihak Grab untuk mengesahkan sama ada anda ingin membuat servis GrabExpress atau Grabfood. Pilih GrabFood. Sebelum itu, anda akan menerima SMS daripada pihak Grab yang mengandungi pin code enam digit. Masukkan enam digit tersebut pada kotak yang keluar dari laman seterusnya daripada laman pertama.
- Pada laman seterusnya, lengkapkan segala keperluan yang diperlukan oleh pihak Grab daripada anda, bermula daripada borang profil anda, sehinggalah ke borang untuk Maklumat Kenalan Kecemasan. Isi kesemuanya.
- Pada laman seterusnya, muat naik gambar profil anda. Ikuti segala syarat yang perlu dipenuhi untuk kriteria gambar tersebut.
- Pada laman seterusnya, baca dan fahami segala terma yang perlu dipenuhi mengenai diri anda untuk menjadi rider, dan sekiranya diri anda memenuhi kriteria yang dinyatakan, tick pernyataan tersebut. Klik butang yang terbawah menandakan anda terima dan bersetuju dengan terma tersebut.
- Pendaftaran anda sebagai rider GrabFood telah selesai
Kami pasti anda sudah ikut cara daftar Grab Food seperti di atas.
Sekarang, perlu menunggu sekejap.
Pihak Grabfood akan menghubungi anda untuk anda menjalani latihan dan akhirnya, mengambil kit Delivery-Partner anda di Grab Driver Centre, Jaya One. Kemudian, kehidupan anda sebagai rider Grabfood bermula! Anda juga boleh terus ke Grab Driver Office atau mana-mana kiosk Grab untuk membuat pendaftaran menjadi rider SECARA OFFLINE.
Apa kebaikan menjadi rider GrabFood?
Jangan daftar GrabFood rider semata-mata untuk cari duit. Anda perlu tahu kelebihan menjadi seorang rider GrabFood yang tidak ada pada kerja-kerja yang lain.
Antaranya ialah:
- Waktu bekerja adalah lebih bebas, di mana tiada jadual bekerja untuk dipilih atau disediakan untuk anda sebagai rider. Tempoh bekerja adalah bergantung kepada anda.
- Gaji anda sebagai rider bergantung kepada jumlah pesanan yang anda dapat.
- Anda sebagai rider perlu pastikan setiap pesanan tersebut masuk ke dalam aplikasi di telefon anda, supaya pesanan tersebut mendapat bayaran.
Gaji Grab Food rider
- Setiap pesanan mampu mendapat bayaran dalam RM7-RM15, dan ini bergantung kepada waktu pesanan dibuat dan jarak antara restoran/kedai dengan pelangagan.
- Katakan sehari ada 10 pelanggan
- Kita kira purata, satu pelanggan, kita dapat gaji RM10
- Ini bermakna, satu hari sudah dapat income RM100
- Kalau cuma kerja 20 hari sahaja pun, sudah boleh dapat gaji RM2000
- Semakin jauh jarak kedai dengan pelanggan, dan apabila pesanan dibuat pada waktu peak hour, maka tinggilah bayaran yang anda dapat.
- Ada insentif mingguan.
Apa beza GrabFood dan Foodpanda rider?
Secara ringkasnya, terdapat beberapa perbezaan antara menjadi rider foodpanda dan Grabfood:
- Waktu bekerja rider foodpanda adalah fleksibel tetapi dalam syif, manakala waktu bekerja untul Grabfood adalah bebas tanpa syif, dan boleh memilih untuk meletakkan status anda sebagai rider sebagai online untuk menjalankan tugas atau offline untuk berehat daripada tugas.
- Bayaran gaji untuk rider foodpanda adalah secara mingguan serta akan di bank-in, manakala gaji untuk rider Grabfoodadalah secara harian, dan masih akan di bank-in.
Walau bagaimanapun, cara daftar Grab Food rider agak berlainan dengan Food Panda. Mohon rujuk pautan yang kami beri di atas tadi.
Akhir kalam
Kesimpulannya, tidak kira anda menjadi rider untuk foodpanda mahupun Grab rider, kerja sebegini adalah kerja yang mencabar dan sangat memenatkan, tetapi menyeronokkan kerana banyak pengalaman anda dapat peroleh, lebih-lebih lagi apabila berdepan pelanggan yang mempunyai kerenah yang berbeza.
Cara daftar GrabFood rider sudah ada. Kini, segala-galanya terletak pada diri sendiri. Mahu atau tidak mahu sahaja. Kalau rajin, dapatlah duit lebih.
Jika tidak minat untuk buat delivery makanan, boleh rujuk senarai kerja rider di Malaysia dan dialu-alukan untuk cuba kerja hantar barang seperti Lalamove, BungkusIT dan Shopee Express rider.
Tambahan lagi, kerja sebegini berbaloi untuk mencari duit poket lebih, serta untuk pelajar atau lepasan universiti mencari pengalaman kerja.
Biar kita susah, tak apa. Jangan sesekali menyusahkan orang lain terutama sekali mak ayah sendiri.
Semoga bermanfaat.
Saya ingin menjadi rider GrabFood.
sy ingin menjadi rider grab food
hi buat grab food ni ada credit wallet jugak ke mcm grabcar? mohon pencerahan.
Assalamualaikum mcm MNA sya nk daftar sebagai grabfood
saya sudah daftar gradfood
tapi saya belum dihubungi oleh pihak grabfood dan belum ada keputusan sama ada lulus atau tidak??? sebulan dah tunggu
ye sy mahu jadi rider grab food
Hi nak tanya pasal bayaran untuk id baru (diamond id)?
Brp bayaran minimum dia
Kalau grabfood full time berapa jam? Dan kalau part time berapa jam?
Saya ingin menjadi rider grab food
Saya mahu menjadi grab food sekitar kl dan selangor
Saya ingin jadi ridir grab
ya…saya ingin…diharap pihak tuan dapat dan boleh menerima saya sebagai salah seorg daripada pekerja…saya sudah melengkapkan segala data peribadi…hnya menunggu proses shja…hanya mencuba n memohon…seandainya diberi peluang dan terpilih… syukur alhamdulillah…
Saya berminat ingin menjadi seorang rider grabfood di jajahan Klang Valley.
NAK DAFTAR GRAB FOOD
Saya mahu mendaftar grab food
Ye nak jadi rider grab food
Nak jadi rider grab food
Bak jadi rider grab food
Saya ingin menjadi rider grab food
Ye saya mahu menjadi rider grap food
saya nak jadi pekerja grab food
daftar masuk kerja grab food
Ye
Saya bru daftar untuk GF tapi Tak dapat apa² panggilan…ke saya kene tunggu beberapa Hari lagi?
Klu kita ada grab car tpi nak bawa grab food pakai motor kena tutup dulu ke akaun grab car?
Ya ingin
ya saya ingin menjadi grab food rider
Tambah data punyer income gaji
Have been apply for so long but no reply thanks
Ada k.w.s.p x..?
Saya ingin jadi gradfood, macamana cara untuk memohon ya… boleh tolong saya?
Sye nk jdi rider grabfood
Saya nak buat grab food rider
Saya ingin bekerja grb food tapi takde acc bank, bank mintak pengesahan grab food. Tapi saya tak boleh summit kalau tak isi bahagian bank . Boleh tolong saya macam mana cara nak buka acc bank dan dapatkan confirm letter yang mengesahkan saya kerja grabfood
Saya ingin bekerja sebagai raide grab food
Pendaftaran GrabFood Rider (Kuala Lumpur, Selangor & Putrajaya)
Nama Penuh (Seperti dalam IC) :
No Tel (Aktif & boleh terima SMS) :
Email (Gmail shj) :
-Dengan syarat belum pernah daftar Grab Rider/Driver
-Lesen P & Full sahaja
Pendaftaran GrabFood Rider (Kuala Lumpur, Selangor & Putrajaya)
Nama Penuh (Seperti dalam IC) :
No Tel (Aktif & boleh terima SMS) :
Email (Gmail shj) :
-Dengan syarat belum pernah daftar Grab Rider/Driver
-Lesen P & Full sahaja
Pendaftaran GrabFood Rider (Kuala Lumpur, Selangor & Putrajaya)
Nama Penuh (Seperti dalam IC) :
No Tel (Aktif & boleh terima SMS) :
Email (Gmail shj) :
-Dengan syarat belum pernah daftar Grab Rider/Driver
-Lesen P & Full sahaja
Pendaftaran GrabFood Rider (Kuala Lumpur, Selangor & Putrajaya)
Nama Penuh (Seperti dalam IC) :
No Tel (Aktif & boleh terima SMS) :
Email (Gmail shj) :
-Dengan syarat belum pernah daftar Grab Rider/Driver
-Lesen P & Full sahaja
Saya Sudah daftar..tapi Di tolak ..Adakah Cara untuk Di terima