Temujanji Bank Rakyat (Tempah Slot Online Di eAppointment)

Jika anda ingin berurusan di Kaunter Bank Rakyat, kini anda boleh membuat temujanji secara online khususnya pada waktu pandemik ini. Pihak Bank Rakyat telah menaiktaraf perkhidmatan mereka dengan memperkenalkan sistem eAppointment untuk mempermudahkan urusan orang ramai yang ingin berurusan di cawangan Bank Rakyat.

Mari ikuti perkongsian kami mengenai cara untuk tempah slot online di eAppointment.

Izinkan kami berkongsi.

1. Apakah perkhidmatan yang boleh dibuat untuk tempah slot temujanji online di Bank rakyat?

Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkhidmatan yang boleh dilakukan untuk membuat temujanji di eAppointment. Antaranya adalah seperti berikut:

  1. Ar-Rahnu
    • Gadaian
    • Tebus Gadai
  2. Transaksi Perbankan
    • Pembukaan Akaun
    • Pengeluaran/Simpanan
    • Penghantaran Wang (IBG/Rentas/Remittance)
    • Perkhidmatan Tabung Haji
    • Permohonan Pembiayaan-i
    • Permohonan Penyata Akaun
    • Penggantian Kad Debit-i
    • Susulan Kredit (Bayaran Ansuran/Perundingan)
    • Deposit Syiling

 

2. Cara buat temujanji Bank Rakyat secara online di eAppointment

Rujuk panduan di bawah untuk mengetahui cara-cara buat temujanji bank rakyat secara online. Cara-caranya adalah seperti ini:

  1. Sila layari laman web rasmi Bank Rakyat di sini: https://www.appointment.bankrakyat.com.my
  2. Anda akan dibawa ke laman Bank Rakyat eAppointment.
  3. Sila pilih Bahasa untuk penggunaan di laman appointment.
  4. Tekan bahagian Janji Temu Baharu.
  5. Lengkapkan maklumat yang diminta seperti:
    • Negeri & Perkhidmatan
    • Jenis Perkhidmatan
    • Perkhidmatan
  6. Tekan Seterusnya.
  7. Pilih Cawangan.
  8. Pilih Tarikh.
  9. Pilih Masa.
  10. Tekan Seterusnya.
  11. Isikan maklumat di bahagian Informasi Anda seperti:
    • Nama Penuh(*)
    • Nombor IC(*)
    • Nombor Telefon(*)
    • Emel
    • Komen
  12.  Tekan Seterusnya.
  13. Sila semak maklumat anda di bahagian Pengesahan.
  14. Tekan Hantar.
  15. Tahniah! Tempahan temujanji Bank Rakyat anda telah berjaya.

PERHATIAN

  • Anda boleh memilih Bahasa English atau Melayu untuk digunakan di laman membuat appointment.
  • Bahagian yang bertanda (*) adalah wajib diisi.
  • Pastikan maklumat anda adalah tepat.
  • Sila screenshot/muat turun/cetak Paparan Temujanji anda sebagai rujukan di kaunter semasa temujanji.
  • Anda boleh terus membuat tempahan temujanji Bank Rakyat tanpa perlu apa-apa pendaftaran atau Login akaun.

 

3. Bagaimana cara untuk cari maklumat temujanji?

Jika anda ingin mengetahui maklumat mengenai temujanji anda, anda boleh menyemak maklumat temujanji tersebut dengan cara ini:

  1. Layari laman web Bank Rakyat eAppointment di sini: https://www.appointment.bankrakyat.com.my
  2. Pilih Bahasa.
  3. Sila tekan bahagian Semak Janji Temu.
  4. Tekan icon Cari.
  5. Maklumat Temujanji anda akan dipaparkan.
  6. Selesai.

 

4. Adakah anda mengalami masalah semasa membuat tempahan temujanji atau ada soalan lanjut?

Sekiranya anda mengalami sebarang masalah semasa membuat tempahan temujanji atau mempunyai sebarang soalan lanjut untuk diajukan, anda boleh menghubungi pihak Bank Rakyat di talian 1-300-80-5454. Anda juga boleh menghantar emel kepada [email protected].

Selain itu, jika anda ingin mengetahui maklumat atau pengumuman terkini oleh Bank Rakyat, anda boleh mengikuti akaun Facebook Bank Rakyat di https://www.facebook.com/myBANKRAKYAT/.

 

Akhir kalam

Diharapkan perkongsian ini akan memberikan panduan kepada anda yang ingin membuat tempahan temujanji Bank Rakyat secara online. Sistem ini juga adalah salah satu usaha untuk melancarkan perjalanan anda ketika berurusan di cawangan Bank Rakyat pilihan anda.

Sekadar berkongsi, kepada peminjam PTPTN yang ingin berurusan di kaunter PTPTN, pastikan anda membuat temujanji PTPTN online terlebih dahulu untuk mempermudahkan hari anda.

Semoga bermanfaat.

 

Leave a Comment