Semak Baki Pinjaman Bank Rakyat (Pinjaman Peribadi & Car Loan)

Selain boleh semak baki akaun Bank Rakyat secara online, kami juga berbesar hati untuk berkongsi cara semak baki pinjaman Bank Rakyat secara ringkas dan mudah. Jadi, anda boleh tahu berapa balance pinjaman yang perlu dibayar.

Persediaan

Bank Rakyat menawarkan pinjaman kepada sektor awam dan swasta. Antara pinjaman yang ditawarkan ialah:

  • Pembiayaan Peribadi-i
  • Pembiayaan Kenderaan-i
  • Pembiayaan Perumahan-i
  • Pajak Gadai-i
  • Pembiayaan Pendidikan-i

Cara semak baki pinjaman Bank Rakyat

Berikut merupakan panduan semakan baki pinjaman Bank Rakyat melalui tiga cara.

1. Check baki pinjaman melalui irakyat.com.my

Berikut merupakan cara semakan baki pinjaman secara online banking seperti di bawah.

  1. Layari laman web https://www.irakyat.com.my/
  2. Klik Login.
  3. Klik Personal Banking.
  4. Masukkan Username.
  5. Klik Login.
  6. Sahkan Secure Phrase bagi memastikan cara semakan baki pinjaman anda dapat diteruskan dengan mudah.
  7. Klik Yes.
  8. Masukkan Password.
  9. Klik Login bagi memulakan proses semak baki pinjaman akaun anda.
  10. Klik Accounts Info.
  11. Klik Account Overview.
  12. Semua maklumat tentang akaun misalnya tentang pinjaman dan pembiayaan peribadi anda akan terpapar. (Financing Account-i)
  13. Selesai.

 

2. Semakan baki pinjaman melalui talian Tele-Rakyat

Anda juga boleh menghubungi talian tele-rakyat di 1-300-80-5454 bagi semak baki pinjaman anda. Talian ini dibuka untuk 24 jam.Pihak bank akan bertanyakan beberapa soalan bagi tujuan pengesahan diri anda. Anda boleh terangkan kepada pegawai bank yang anda ingin membuat semakan baki pinjaman anda dengan Bank Rakyat.

 

3. Semakan baki melalui e-mel

Selain itu, anda juga boleh check loan balance menggunakan e-mel. Anda perlu sediakan e-mel untuk bertanyakan tentang baki pinjaman dan menghantarkan ke [email protected].

 

4. Check loan balance di cawangan Bank Rakyat

Lawati cawangan Bank Rakyat yang terdekat. Bawa MyKad anda. Kemudian, anda boleh bertanya dengan pegawai bank tersebut tentang keperluan anda lawat ke bank. Anda boleh terangkan bahawa urusan anda ingin semak baki pinjaman di bank tersebut.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian cara semak baki pinjaman Bank Rakyat seperti di atas telah memudahkan lagi urusan anda.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment