Cara Download Video YouTube (Di Laptop, Tanpa Aplikasi)

Pasti ada ketikanya, kita suka akan sesuatu video yang ditonton di YouTube. Masalahnya, tak boleh nak download. Jika ingin tahu penyelesaiannya, izinkan kami kongsi cara download video YouTube seperti di bawah ini.

Cara download video YouTube

Terdapat banyak cara sebenarnya untuk anda download video yang anda suka di laman YouTube.

Salah satunya adalah dengan menggunakan laman savefrom.net. Ikuti langkah di bawah untuk cara download serta cara install perisian ini.

  1. Layari laman web https://en.savefrom.net/1-youtube-video-downloader-1/. Anda akan dibawa ke portal net.
  2. Terdapat dua cara untuk anda download video di YouTube menggunakan perisian ini.

 

Cara download video YouTube tanpa aplikasi

  1. CARA PERTAMADownload secara terus dari portal net menggunakan URL. Pertama sekali buka YouTube. Kemudian, cari video yang anda ingin download.
  2. Kemudian, setelah jumpa video tersebut, pergi ke atas skrin desktop/komputer/laptop anda. Kemudian, highlight URL yang tertera dan tekan Copy. Untuk telefon pintar, pada video tersebut, tekan butang Share. Kemudian, ambil Copy Link.
  3. Seterusnya, pergi ke laman depan net. Terdpat ruangan yang tertulis Enter the URL.
  4. Masukkan URL ataupun link video yang anda telah copy ke dalam ruangan tersebut dengan menekan Paste.
  5. Kemudian, tekan butang Download di sebelah ruangan tersebut.
  6. Tunggu sebentar. Kemudian, video yang anda inginkan akan tertera.
  7. Pilih sama ada anda inginkan resolusi yang tinggi atau rendah pada video anda. Resolusi yang tinggi akan memakan ruang yang besar untuk video tersebut, dan begitulah jika sebaliknya. Tekan butang yang tertera MP4 serta 720. Anda boleh memilih resolusi video anda di situ.
  8. Kemudian, tekan butang Download. Video anda akan dimuat turun (download).

 

Cara muat turun video YouTube di laptop

  1. CARA KEDUA – Install net ke Google Chrome di komputer/laptop anda (savefrom.net tidak disediakan dalam bentuk aplikasi). Pada laman depan savefrom.net, scroll ke bawah dan tekan butang INSTALL yang berwarna hijau.
  2. Pada laman seterusnya, tekan butang Instructions yang berwarna hijau.
  3. Kemudian, akan terpapar cara-cara untuk install net ke Google Chrome anda, di mana ia boleh digunakan untuk download video bukan sahaja di YouTube, malahan di platform lain. Pertama sekali, tekan butang kecil ADD NOW yang tertera pada langkah 1 untuk menambah extension MeddleMonkey. Kemudian, pada paparan seterusnya, tekan butang Add to Chrome.
  4. Sebuah pop-up notification akan tertera. Tekan butang Add extension.
  5. Kemudian, kembali semula ke laman savefrom.net, dan masuk ke langkah 2.
  6. Tekan ADD NOW pada langkah 2 untuk menambah skrip savefrom.net.
  7. Pada laman seterusnya, tekan butang Confirm installation yang tertera di bahagian atas.
  8. Anda berjaya install savefrom.net untuk Google Chrome Untuk mengujinya, anda hanya perlu buka YouTube dan pilih video yang anda ingin download. Kemudian, di bawah video tersebut, tertera butang berwarna hijau dengan gambar anak panah ke bawah. Tekan butang tersebut. Anda akan berjaya downloadvideo yang anda inginkan.

 

Muat turun video untuk Mac OS

Jika anda menggunakan Macbook atau iMac dengan perision Mac OS, cara download video YouTube yang terbaik ialah menggunakan aplikasi 4K Downloader

  1. Layari laman web 4K Download
  2. Download dan install sehingga selesai
  3. Buka aplikasi tersebut
  4. Copy URL yang dikehendaki dari Facebook
  5. Tekan Paste Link
  6. Pilih saiz video yang dikehendaki
  7. Pilih format video
  8. Muat turun

Untuk makluman, dengan menggunakan aplikasi ini, anda juga boleh convert video YouTube ini ke MP3.

 

Akhir kalam

Sekarang, walaupun cara download video YouTube sudah jadi mudah, jangan pula muat turun video yang bukan-bukan.

Pastikan juga berkongsi video yang sahih sahaja. Elakkan berkongsi yang tidak pasti.

Untuk cara download video YouTube melalui iPhone dan Android, kami akan kongsikan dalam artikel yang akan datang. Klik sini untuk panduan muat turun video dari Facebook pula.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment