Cara Update No Telefon Bank Islam (Tukar di bankislam.biz & ATM)

Perbankan online ataupun online banking merupakan salah satu kaedah yang menjadi pilihan ramai pada masa kini untuk melakukan transaksi perbankan mereka. Namun setelah sekian lama, pasti ada sahaja perkara yang boleh berlaku seperti kehilangan telefon anda dan sekaligus kehilangan nombor telefon anda yang telah berdaftar. Oleh itu, pada hari ini kami akan membahas tentang cara update no telefon Bank Islam anda.

Cara update no telefon Bank Islam

Jadi bagaimana cara tukar no telefon Bank Islam anda? Perlu diingat bahawa proses penukaran nombor telefon Bank Islam boleh dilakukan dengan dua kaedah iaitu di ATM Bank Islam dan secara online.

Baiklah ikuti langkah yang kami sediakan untuk panduan anda di bawah untuk proses menukar nombor telefon anda.

#1 Update nombor telefon di mesin ATM Bank Islam

  1. Anda perlu mencari lokasi cawangan ATM Bank Islam yang berdekatan dengan kawasan tempat tinggal anda.
  2. Setelah itu anda perlu ke lokasi tersebut untuk memulakan proses penukaran nombor telefon anda.
  3. Masukkan kad ATM anda ke dalam ruangan slot yang disediakan pada mesin ATM Bank Islam.
  4. Kemudian anda perlu memasukkan nombor PIN anda.
  5. Pada menu pilihan, anda perlu memilih Online Banking.
  6. Pada ruangan nombor telefon, masukkan nombor telefon baru anda.
  7. Setelah itu, ambil resit yang keluar dan selesai sudah proses anda di ATM Bank Islam.

#2 Kemaskini nombor telefon secara online melalui bankislam.biz

  1. Buka laman web rasmi Bank Islam atau anda boleh klik pada pautan yang disediakan.
  2. Masukkan nama pengguna anda ke dalam ruangan yang disediakan.
  3. Kemudian masukkan kata laluan anda.
  4. Pada menu utama, anda perlu klik Settings.
  5. Seterusnya, klik Maintenance Mobile Number.
  6. Pada tempat kosong, masukkan nombor telefon baru anda.
  7. Selesai proses penukaran nombor telefon anda.

 

Maklumat lanjut

Sekiranya berlaku sebarang masalah untuk menukar nombor telefon anda di ATM Bank Islam, anda boleh terus ke cawangan bank yang terdekat dan mohon bantuan dari Customer Service Bank Islam untuk mengemas kini nombor telefon baru anda. Anda boleh mendapatkan nombor telefon cawangan Bank Islam yang berhampiran dengan anda pada laman web rasmi Bank Islam.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian pada hari ini akan dapat memudahkan urusan anda untuk menukar nombor telefon anda.

Semoga bermanfaat.

2 thoughts on “Cara Update No Telefon Bank Islam (Tukar di bankislam.biz & ATM)”

  1. Saya nk tukar no tel bank islam di ATM tapi tidak berjaya.
    dekat ATM tiada online banking.
    saya nk ambil di bahagian apa ye…lain lain ke???

    Reply

Leave a Comment