Cara Keluarkan Duit Tabung Haji (Di Kaunter, ATM & Online)

Ada yang menyimpan di Tabung Haji sebab memang mahu pergi haji. Namun, tidak dapat disangkal, ada yang simpan duit di Tabung Haji sebagai alternatif dari bank. Ini kerana zakat sudah dibayar sekali. Berbanding dengan ASB, penyimpan tidak perlu bayar zakat selepas dapat dividen. Soalnya, apabila tarikh keluar dividen diumumkan, ramai akan tercari-cari cara keluarkan duit Tabung Haji.

Maka, izinkan kami berkongsi.

Langkau artikel ini untuk baca cara daftar Tabung Haji melalui Maybank2u.

Langkau juga artikel ini untuk mengetahui cara masukkan duit Tabung Haji.

Rukun Islam kelima

Menunaikan haji merupakan rukun kelima yang terkandung dalam Rukun Islam. Haji tu sendiri merupakan suatu ziarah suci yang dilakukan oleh umat Islam seluruh dunia ke Makkah di Arab Saudi setiap tahun dan merupakan yang terbesar di dunia.

Menunaikan haji ini adalah wajib dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup bagi mereka yang berkemampuan mengerjakannya. Haji melambangkan perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan Muslim serta suatu bentuk penyerahan jiwa kepada Allah SWT. Ia dilakukan pada 8 hingga 12 hari bulan Zulhijjah, yang juga merupakan bulan terakhir dalam takwim Islam.

Dari segi syarak, haji membawa maksud mengunjungi rumah Allah SWT dalam bulan-bulan haji atas sebab melakukan pekerjaan seperti wukuf di padang Arafah, sa’i dan sebagainya menurut syarat-syarat dan rukun-rukun tertentu dengan niat mendapat haji yang mabrur (haji diterima oleh Allah SWT dengan syarat niat menunaikan haji hanyalah kerana Allah SWT).

Menyimpan untuk menunaikan Haji

Dalam Islam, banyak jenis persediaan yang perlu dilakukan terutama dari segi persiapan awal mental dan rohani, supaya pemergian kita ke tanah suci benar-benar dapat menyucikan jiwa dan menguatkan akidah. Antaranya:

  • Perbetulkan iktikad dalam memaknakan lafaz syahadah
  • Ikhlas niat dan muhasabah diri
  • Taubat nasuha
  • Hindari riak
  • Memahami sifat mahmudah dan mazmumah
  • Tawakal

Selain daripada yang di atas, persediaan daripada segi kewangan juga amat penting untuk memastikan kita benar-benar dapat pergi menunaikan haji. Jujur, bukan semudah yang anda sangka jika anda ingin menunaikan haji. Anda perlu mengeluarkan kos untuk menunaikan haji, kerana anda perlu menjelajah ke negara orang. Kosnya juga bukanlah murah, jadi anda perlu membaut perancangan lebih awal sekiranya anda betul-betul bersedia untuk menunaikan haji. Adalah lazim untuk kita menyimpan wang secukupnya untuk memastikan niat kita berjaya.  Mungkin hakikat yang kita perlu telan adalah kos tinggi untuk menunaikan ibadah suci ini. Malahan, statistik yang diperoleh daripada syarikat AIA juga menyatakan bahawa kos pelaburan untuk menunaikan haji boleh mencecah sehingga RM 10,000 seorang. Mungkin mudah untuk dikatakan bahawa kita perlu menabung dari awal untuk mengumpul jumlah tersebut, akan tetapi dengan komitmen kepada diri dan keluarga, agak sukar untuk mengumpulnya, ditambah pula dengan ekonomi pada zaman kini. Oleh hal yang demikian, anda perlu mengambil langkah alternatif untuk mengumpul wang berjumlah lima angka ni, iaitu dengan membuka akaun Tabung Haji.

Lembaga Tabung Haji

Tabung Haji (TH) ialah singkatan bagi “Lembaga Tabung Haji” atau LTH. Sebelum ini, TH dikenali sebagai “Lembaga Urusan dan Tabung Haji” atau LUTH di Malaysia, di mana ia berperanan untuk menguruskan perjalanan jemaah haji dari Malaysia pergi ke Makkah pada setaip tahun. TH sentiasa memainkan peranan sebagai sebuah institusi kewangan yang memastikan perjalanan operasi haji berjalan lancer dan efisyen. Ditubuhkan pada tahun 1969 hasil daripada gabungan Perbadanan Wang Simpanan Bakal-bakal Haji bersama dengan Pejabat Urusan Hal Ehwal Haji, TH ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji 1969. Antara tujuan utama TH diwujudkan termasuklah:

  • Membolehkan orang-orang Islam menyimpan secara beransur-ansur bagi memenuhi perbelanjaan menunaikan fardhu haji atau lain-lain perbelanjaan bermanfaat
  • Membolehkan orang-orang Islam melalui wang simpanan mereka, mengambil bahagian yang lebih berkesan di bidang penanaman modal melalui cara yang halal di sisi Islam
  • Memberi perlindungan, pengawalan dan kebajikan kepada jemaah haji yang menunaikan fardhu haji dengan mengadakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan

Atas kesedaran terhadap perkembangan di negara kita serta seluruh dunia, akta baru Tabung Haji iaitu Akta Haji 535, Akta Lembaga Tabung Haji 1995 dikuatkuasakan, memansuhkan akta lama dan menggantikan nama Lembaga Urusan dan Tabung Haji kepada Lembaga Tabung Haji pada 28 Ogos 1997, serta huruf TH diperkenalkan sebagai singkatan kepada Tabung Haji.

Simpanan Tabung Haji

Akaun simpanan Tabung Haji hanya dibuka untuk warganegara Islam, dan boleh dibuka dengan modal serendah RM10 sahaja. Simpanan di TH adalah berdasarkan konsep Wadi’ah Yad Dhamanah (Simpanan dengan Jaminan). Ia adalah patuh syariah serta dijamin sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia. Konsep ini mewujudkan suatu bentuk kontrak yang membolehkan pendeposit iaitu anda menyimpan wang dan TH sebagai penjaga (custodian) bersetuju untuk menjaga wang tersebut.

Apabila anda menyimpan wang di Tabung Haji, tiada had jumlah simpanan dikenakan. Selain itu, simpanan boleh dibuat menggunakan wang tunai, cek, pindahan dana atau kaedah-kaedah berikut:

  • Kaunter Perkhidmatan TH (Ibu Pejabat dan Pejabat Cawangan)
  • Kaunter Mudah Alih TH
  • Potongan Gaji
  • Perbankan Elektronik dan Internet
  • Kaunter Perkhidmatan Rakan Strategik
  • Ejen Kutipan

Di samping itu, simpanan Tabung Haji anda juga dikecualikan daripada bayaran cukai. Malahan, simpanan anda tersebut telah dibayar zakat sebanyak 2.5%. Ini bermakna anda tidak perlu mengeluarkan sendiri 2.5% daripada jumlah simpanan anda untuk dijelaskan zakat kerana Tabung Haji telah menguruskannya.

(Apabila seseorang Muslim mempunyai jumlah simpanan yang cukup nisab (jumlah) dan haul (tempoh), maka diwajibkan ke atasnya untuk mengeluarkan zakat simpanan sebanyak 2.5% daripada jumlah simpanan tersebut)

 

Cara keluarkan duit Tabung Haji

Tahukah anda? Anda boleh juga mengeluarkan duit Tabung Haji anda pada bila-bila masa. Ada kalanya, anda perlu menggunakan sejumlah wang yang banyak untuk melakukan sesuatu perkara yang penting, dan mungkin pada ketika itu, baki simpanan anda di bank lain tidak mencukupi.

Dalam hal inilah simpanan Tabung Haji anda memainkan peranannya. Mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Tabung Haji, had maksimum pengeluaran tunai ialah RM10,000. Pengeluaran bukan tunai melebihi RM10,000 hanya boleh dilakukan di Ibu Pejabat TH dan Pejabat Cawangan TH melalui cek / Pindahan Telegrafik.

Bagaimana cara untuk mengeluarkan duit Tabung Haji anda? Sebenarnya ada beberapa cara untuk mengeluarkan duit daripada Tabung Haji anda, dan ia boleh dilakukan secara di  luar talian atau di dalam talian (offline & online)

 

Cara keluarkan duit Tabung Haji secara offline

Jika dahulu, transaksi duit Tabung Haji dilakukan dengan menggunakan Buku Akaun Simpanan Tabung Haji yang boleh didapati apabila anda membuka akaun Tabung Haji.

Walau bagaimanapun, servis ini telah dimansuhkan pada Jun 2019. Seperti yang dinyatakan tadi, anda perlu hadir ke kaunter di Ibu Pejabat TH atau Pejabat Cawangan TH untuk melakukan transaksi. Cuma, kini proses ini menjadi lebih mudah kerana anda hanya perlu membawa kad pengenalan sahaja untuk melakukan transaksi.

 

Cara keluarkan duit Tabung Haji di kaunter Tabung Haji

  1. Bawa kad pengenalan (MyKad)
  2. Isi borang
  3. Tidak perlu bawa buku
  4. Mulai tahun 2019 juga, anda tidak boleh kemaskini buku Tabung Haji.
  5. Pihak kaunter akan mencetak penyata ringkas
  6. Had maksimum pengeluaran tunai di kaunter Tabung Haji ialah RM10,000 (Sama juga seperti di Bank Islam dan Bank Rakyat)
  7. Pengeluaran bukan tunai melebihi RM10,000 hanya boleh dilakukan di Ibu Pejabat Tabung Haji dan Pejabat Cawangan Tabung Haji melalui pindahan telegrafik.

Selain itu, terdapat beberapa contoh yang anda boleh gunakan, seperti di Bank Rakyat. Di Bank Rakyat, anda boleh melakukan transaksi ini secara offline dengan beberapa cara:

Cara keluarkan duit Tabung Haji di kaunter Bank Rakyat

  1. Anda bawa bersama kad pengenalan anda ke kaunter dan beritahu kepada pegawai yang bertugas bahawa anda ingin mengeluarkan wang dalam Tabung Haji anda
  2. Ikuti segala arahan daripada pegawai yang bertugas sehinggalah wang tersebut dapat dikeluarkan

 

Di Automatic Teller Machine (Mesin ATM) Bank Rakyat

  1. Pergi ke mana-mana mesin ATM Bank Rakyat dan pastikan mesin tersebut dapat mengeluarkan resit
  2. Masukkan kad debit Bank Rakyat dan masukkan nombor pin
  3. Pilih ‘Pengeluaran Wang’
  4. Pilih ‘Tabung Haji’
  5. Pilih nombor akaun Tabung Haji anda
  6. Masukkan jumlah yang dikehendaki
  7. Pilih ‘Ya’ untuk mendapatkan resit urus niaga

 

Cara link Tabung Haji dengan Bank Rakyat

Akan tetapi, sebelum anda boleh mengeluarkan duit Tabung Haji di mesin ATM, anda perlu memastikan bahawa akaun Tabung Haji anda telah link dengan kad debit Bank Rakyat anda.

Caranya ialah:

  1. Masukkan kad debit anda
  2. Masukkan nombor pin anda
  3. Pilih Menu ‘Lain-lain’
  4. Pilih Menu ‘Teruskan’
  5. Pilih Menu link ‘Akaun/Pendaftaran TH
  6. Pilih menu link ‘Akaun Sendiri’
  7. Masukkan no akaun TH anda

Untuk pengetahuan anda, proses transaksi pengeluaran duit di akaun TH serta proses linking akaun TH anda dengan kad debit (ATM) adalah sama dengan jenama bank yang lain seperti Maybank, CIMB dan juga Bank Islam, yang juga merupakan rakan strategic TH.

 

 

 

Keluarkan duit Tabung Haji secara online

Selain daripada transaksi di kaunter cawangan TH, kaunter cawangan bank serta di mesin ATM, anda juga boleh melakukan transaksi ini secara atas talian atau online. Pertama sekali, anda perlu membuat akaun perbankan internet/atas talian (online banking) di mana-mana laman web rakan strategik TH terlebih dahulu, iaitu Maybank, Bank Islam, Bank Rakyat dan juga CIMB. Laman rasmi untuk setiap rakan strategik ini:

  • Maybank – Maybank2U
  • CIMB – CIMB Clicks
  • Bank Rakyat – i-Rakyat
  • Bank Islam – Bank Islam IB

 

Cara Keluarkan Duit Tabung Haji melalui Bank Islam

  1. Login akaun Bank Islam IB anda dengan memasukkan Username dan Password
  2. Di bahagian atas laman, pilih Fund Transfer
  3. Di dalam Fund Transfer, pilih butang Tabung Haji
  4. Tertera beberapa ruangan yang perlu diisi di laman seterusnya. Di bahagian Transfer Type, pilih Tabung Haji Account to Own Bank Islam Account
  5. Di bahagian From Account, pilih akaun TH anda yang sudah disertakan sekali dengan nombor akaun TH anda (Peringatan: pastikan akaun TH anda telah link dengan akaun Bank Islam anda terlebih dahulu)
  6. Letakkan jumlah transaksi anda di ruangan untuk Transfer Amount. Caj untuk sekali transaksi adalah RM1.00
  7. Pilih nombor akaun Bank Islam anda pada ruangan Recipient Account
  8. Masukkan sebarang jenis rujukan sekiranya perlu di ruangan Recipient Reference.
  9. Tekan butang Transfer.
  10. Di laman seterusnya, tertera segala maklumat transaksi yang anda sudah isikan. Semak semula untuk pastikan tiada yang salah.
  11. Di bahagian i-Access Code, tekan link Request i-Access Code. Kod ini akan dihantar ke nombor telefon anda yang telah didaftar semasa pembukaan akaun Bank Islam anda. Kod ini bertahan hanya selama dua minit dan perlu segera diisi.
  12. Setelah selesai, tekan butang Confirm.
  13. Transaksi anda berjaya.

 

Pengeluaran Duit Tabung Haji melalui Maybank2u

  1. Pastikan anda telah mencipta akaun Maybank2U anda untuk melakukan sebarang transaksi secara online, dan juga pastikan akaun Maybank2U anda telah link dengan akaun Tabung Haji anda
  2. Pergi ke laman rasmi Maybank2U, login ke akaun anda dan masukkan password.
  3. Kemudian, cari butang PAY & TRANSFER yang terdapat di bahagian atas laman. Tekan butang tersebut.
  4. Pada laman seterusnya, pada ruangan Transfer From, dalam kotak pilihan, pilih Tabung Haji Account.
  5. Pada ruangan Transfer To, dalam kotak pilihan, pilih Own Accounts.
  6. Pada kotak terbawah, tandakan pada pilihan Savings Account-I (disertakan dengan nombor akaun Maybank)
  7. Seterusnya, sebuah notification box akan keluar. Pada ruangan Transfer Amount, masukkan jumlah yang ingin dikeluarkan daripada akaun TH.
  8. Pada ruangan Reference, masukkan rujukan jika perlu.
  9. Tekan butang Transfer
  10. Request untuk nombor TAC, yang akan diterima di dalam telefon bimbit anda, masukkan nombor TAC tersebut.
  11. Sahkan transaksi anda
  12. Transaksi anda selesai.

 

Pengeluaran Simpanan melalui Bank Rakyat (i-Rakyat)

  1. Pastikan anda telah mencipta akaun i-Rakyat anda untuk melakukan sebarang transaksi secara online, dan juga pastikan akaun i-Rakyat anda telah link dengan akaun Tabung Haji anda.
  2. Pergi ke laman rasmi i-Rakyat, login ke akaun anda, masukkan Secure Phrase yang anda telah tetapkan untuk akaun anda dan masukkan password.
  3. Pada laman seterusnya, klik pada butang Fund Transfer yang terletak di bahagian atas laman, kemudian klik butang Own Account.
  4. Pada laman seterusnya, pada ruangan From Account, pilih akaun Tabung Haji anda.
  5. Pada ruangan To Account, pilih akaun Bank Rakyat anda.
  6. Pada ruangan Amount, masukkan jumlah yang dikehendaki.
  7. Masukkan sebarang remark pada ruangan Remark jika perlu.
  8. Pada ruangan Set this as a repeat payment? , buat pilihan anda. Sekiranya anda ingin melakukan transaksi ini lagi dengan jumlah yang sama pada masa akan datang, tekan Yes. Jika tidak, tekan No.
  9. Tekan butang Submit.
  10. Pada ruangan seterusnya, semak status transaksi anda sama ada betul atau salah. Klik butang Confirm untuk sahkan transaksi anda.
  11. Transaksi anda berjaya. Tekan Get Receipt untuk simpan dan cetak salinan pembayaran/transaksi. Tekan butang Make Another Payment sekiranya ada transaksi yang anda ingin lakukan lagi.

 

Pengeluaran Simpanan melalui CIMB Clicks

Untuk pengetahuan anda, buat masa ini CIMB tidak menyediakan perkhidmatan untuk mengeluarkan wang daripada akaun TH ke akaun CIMB anda.

Jadi, sebarang semakan baki semasa akaun TH ataupun transaksi pengeluaran wang hendaklah dilakukan secara offline di mesin ATM CIMB.

 

Tarikh keluar dividen Tabung Haji

Mungkin ada antara anda yang sudah buat pengiraan dividen Tabung Haji sendiri. Walau bagaimanapun, tarikh keluar dividen masih lagi belum ditetapkan oleh pihak kerajaan dan Tabung Haji.

Bonus atau hibah untuk tahun 2019, akan diumumkan pada tahun 2020.

Sama-sama kita tunggu.

 

Akhir kalam

Walau mana satu pun cara keluarkan duit Tabung Haji yang anda piliah, dan juga pilihan bank yang anda ingin guna, pastikan anda telah link akaun bank anda tersebut dengan akaun TH anda.

Jika tidak, pilihan untuk melakukan transaksi akaun Tabung Haji tidak akan terpapar dalam laman Internet banking anda.

Kini, proses withdraw duit anda daripada akaun TH menjadi lebih mudah.

Tambahan, dengan adanya Internet banking, anda juga boleh melakukannya pada hari cuti. Lakukannya sekarang, dan buat anda yang bakal menunaikan haji pada tahun ini, semoga urusan anda dipermudahkan.

Layari tabunghaji.gov.my untuk maklumat lanjut yang rasmi.

Jika duit anda tidak banyak dalam Tabung Haji, langkau artikel ini untuk baca cara keluarkan duit KWSP dan ASB.

Semoga bermanfaat.

12 thoughts on “Cara Keluarkan Duit Tabung Haji (Di Kaunter, ATM & Online)”

  1. Assalamualaikum .. saya nak tanya .. dlm TH sy hanya tinggal 1300 .. tidak bole ke saya mengeluarkan sedikit untuk pembelanjaan harian saya ? Sbb sy cuba keluar kan sedikit tapi gagal 😌😭

    Reply
  2. Salam.. Blh.. Bt la akuaun tabung haji link dgn bank kita (Cimb/maybank/bank islam).. Nty gy kat bank tu.. Pilih akaun tabung haji.. Blh kluar duit

    Reply
  3. kalau dah pkp ni..xyah la charge kalau tranfer keluarkan duit masuk ke bank sendiri dah la nak ambik duit pun buka dari bank bukan dari TH sendiri… digit transaction tu mengganggu la,.. nak pakai byk ni 5k.. rm5 korang dpt .amboi la.,.cucuk cash kat atm berlainan pun x kena charge singgit pon.. pkp kann… adoihaii

    Reply
  4. Berapa kah had maksima utk sehari dpt di keluarkan wang Tabung Haji MayBank2U online transfer ke akaun saya sendiri? Terima kasih.

    Reply
  5. Assalamualaikum wbrt..

    Pada 9hb April baru2 nie – Duit dari Akaun Tabung Haji telah dicuri oleh Hacker sebanyak RM30Ribu – Apa yang kurang faham kenapa Tabung Haji benarkan keluarkan jumlah RM20Ribu sehari melalui akaun saya nie memandangkan had maksimum pengeluaran hanya dibenarkan sehingga RM10Ribu seperti yang dinyatakan di atas??

    Sekian, terima kasih.
    Mangsa Hacker & Scammer

    Reply

Leave a Comment