Cara Keluarkan Duit ASB Online (Pengeluaran di myasnb.com.my)

Jika anda salah seorang penyimpan di MyASNB online, anda memang boleh terus login ASNB dan buat transaksi untuk semak baki ASB. Namun, yang buat orang selalu tertanya-tanya, adakah wujud cara keluarkan duit ASB online?

Rami orang mahu tahu, bolehkah buat pengeluaran ASB online menggunakan portal MyASNB ataupun pindahan duit melalui bank-bank seperti Maybank2u secara online?

Teruskan membaca penerangan kami di bawah.

Cara keluarkan duit ASB

Kami kumpulkan soalan lazim dalam penulisan yang mudah faham, yang dirujuk dari laman www.asnb.com.my

Boleh ke keluarkan duit ASB secara online?

Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ini adalah soalan yang paling popular.

Dulu, memang tidak boleh.

Terus terang, inilah yang paling ramai orang tanya. Namun, ramai yang kecewa dengan jawapannya.

Soalan: Adakah cara untuk buat pengeluaran duit ASB secara online, contohnya melalui portal MyASNB dan Maybank2u?

Jawapan: Tidak boleh

Kami telah membuat panggilan di Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di nombor telefon 03–77308899. Pegawai di talian telah mengesahkan bahawa memang tidak ada cara keluarkan duit ASB secara online.

Namun, perkhabaran terbaru dan terkini membolehkan pengeluaran ASB secara online. Bagi yang masih lagi belum ada akaun Amanah Saham Bumiputera dan berminat dengan pelaburan ini, sila baca cara daftar ASB terlebih dahulu.

 

Cara keluarkan duit ASB online

Pada 20 April 2020, pemegang unit ASB dibenarkan untuk mengeluarkan duit ASB dari akaun sendiri secara online.

Namun, had maksimum pengeluaran yang dibenarkan ialah RM500 sebulan, sahaja.

Pengeluaran ASB ini boleh dilakukan dari mana-mana akaun unit amanah ASNB seperti Amanah Saham Bumiputera, Amanah Saham Nasional, Amanah Saham Wawasan 2020 dan lain-lain lagi.

Jumlah minimum untuk sekali pengeluaran ialah RM100.

Jumlah transaksi dibenarkan hanyalah sebanyak 3 kali sebulan.

Ikuti langkah seperi di bawah untuk buat pengeluaran ASB secara online:

  1. Klik laman web rasmi www.myasnb.com.my
  2. Ada dua pilihan bahasa, iaitu Bahasa Melayu dan English
  3. Pilih BM iaitu Bahasa Melayu
  4. Klik Log Masuk di bahagian kanan atas
  5. Di bahagian Log Masuk Pengguna, masukkan ID Pengguna
  6. Klik Teruskan
  7. Akan keluar satu frasa keselamatan
  8. Jika ini bukan frasa keselamatan yang anda pilih, jangan teruskan urusniaga. Klik Tidak.
  9. Jika ini ialah frasa keselamatan yang anda piliah, klik Ya.
  10. Masukkan Kata Laluan
  11. Klik menu Portfolio
  12. Akan terpapar No Ahli dan senarai Jenis Unit Amanah yang anda langgan
  13. Di hujung sebelah kanan unit amanah, iaitu Amanah Saham Bumiputera, ada butang Transaksi
  14. Klik butang Transaksi
  15. Pilih Jualan Balik
  16. Kini anda berada di bahagian 1, iaitu Pengisytiharan
  17. Sila baca, fahami dan mengakui penafian pelaburan berikut dan kriteria minimum sebelum meneruskan transaksi.
  18. Tick di bahagian Saya telah membaca, memahami dan bersetuju dengan kenyataan Terma & Syarat, Penafian Pelaburan, Kriteria Minimum untuk Urus Niaga, termasuk semua notis dalam semua perkara di atas.
  19. Kini anda berada di bahagian 2, iaitu Jualan Balik
  20. Maklumat ini akan terpapar secara automatik:
  21. Sila masukkan amaun duit ASB yang ingin dikeluarkan
  22. Tick di bahagian Saya mengesahkan maklumat diatas yang diberikan adalah tepat
  23. Akan keluar satu popup yang menatakan Jualan balik anda akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda yang didaftarkan dengan ASNB dalam tempoh satu (1) hari bekerja.
  24. Jika bersetuju, klik Teruskan
  25. Kini anda berada di bahagian 3, iaitu Pengesahan
  26. Klik Permintaan TAC
  27. Masukkan nombor TAC yang diterima dalam bentuk SMS pada nombor telefon yang didaftarkan
  28. Klik Seterusnya
  29. Transaksi untuk keluarkan duit ASB secara online kini sudah berjaya
  30. Sila semak akaun bank anda untuk mengesahkan duit ASB sudah  masuk

Maklumat Tambahan:

  • Anda sebagai pemegang untui boleh keluarkan duit ASB secara percuma
  • Semua unit amanah boleh dikeluarkan, kecuiali ASN Equity 5 dan ASN Sara 2

 

Pengeluaran duit ASB melalui kaunter cawangan ASNB

Jika ada cawangan ASNB yang berdekatan, kami galakkan anda pergi ke sana kerana lebih mudah berurusan.

Siapa yang boleh keluarkan?

  • Jualan balik ASB hanya boleh dilakukan oleh pemegang unit sahaja.
  • Jika ingin membuat pengeluaran bagi anak-anak, penjaga berdaftar dibenarkan.

 

Dokumen apa yang diperlukan?

  • Isi Borang Jualan Balik (ASNB JB)
  • Kad pengenalan pemegang unit itu sendiri

 

Maklumat tambahan

  • Pemegang unit remaja bagi Akaun Remaja ASB hanya dibenarkan membuat jualan balik sebanyak 200 unit sahaja dalam tempoh seminggu
  • Jualan balik bagi Akaun Remaja/Bijak ASM 2 Wawasan, ASM, ASB 3 Didik, ASM 3, ASB 2, ASN, ASN Imbang 2, ASN Equity 3 dan ASN Sara 1 hanya boleh dilakukan oleh penjaga berdaftar sahaja
  • Jualan balik pihak ketiga adalah tidak dibenarkan

 

Pengeluaran duit ASB melalui bank (Maybank, CIMB, BSN, RHB)

Kini anda sudah maklum, walaupun anda boleh buat tambahan simpanan pelaburan melalui online banking melalui MyASNB, ia tidak menyediakan kemudahan untuk membuat pengeluaran ASB.

Bagus juga.

Ini mungkin untuk melindungi anda dari segala macam scam yang ada sekarang.

Ini bermakna, anda perlu pergi ke ejen-ejen ASB di bank berdekatan seperti Maybank, CIMB, Affin Bank, RHB, BSN, Ambank, Hong Leong, Alliance Bank dan Pos Malaysia.

Ini adalah cara mudah untuk keluarkan duit ASB, dalam contoh ini, Maybank:

  • Bawa IC sahaja (Buku akaun ASB tidak wajib dibawa)
  • Pergi ke cawangan Maybank yang berdekatan
  • Pergi ke kaunter pertanyaan
  • Beritahu hajat anda untuk keluarkan duit ASNB
  • Mereka akan berikan borang hijau
  • Isi Borang Jualan Balik
  • Masukkan Nama, IC, nombor akaun ASB dan jumlah yang ingin dikeluarkan
  • Ambil nombor giliran
  • Tunggu sehingga nombor giliran dipanggil
  • Buat urusan di kaunter
  • Pengesahan cap jari diperlukan
  • Duit ASB akan terus dimasukkan ke dalam akaun Maybank

Untuk makluman, selain bank, jika anda mahu keluarkan di Pejabat Pos pun, boleh juga.

Cuma Pejabat Pos akan berikan dalam bentuk wang tunai.

Bahaya.

 

Cara keluarkan duit ASB tanpa buku

Seperti yang dikongsikan di atas, memang pengeluaran sekarang tidak lagi memerlukan buku.

Anda hanya perlu mengisi Borang Jualan Balik dan sediakan kad pengenalan pemegang unit sahaja.

 

Akhir kalam

Mohon maaf jika mengecewakan anda kerana tidak dapat memberikan cara keluarkan duit ASB online.

Pasti ada sebab kenapa pihak ASB berbuat begitu.

Jika anda bersemangat untuk keluarkan duit ASB sebab baru sahaja dapat dividen, jangan lupa bayar zakat ASB juga. Barulah berkat pendapatan kita.

Semoga bermanfaat.

151 thoughts on “Cara Keluarkan Duit ASB Online (Pengeluaran di myasnb.com.my)”

  1. Musim2 covid dgn tempat2 ada yg dah kena EMCO ni bukaklah pengeluaran online asb. Ada org bukan takat nak bantu keluarga sendiri je. Nak bantu rakan2 luar negara lagi. Nak keluar pun takut virus lah, tentera lah. Permudahkan.

    Reply
  2. Susah la , plus leceh bila xd online transfer utk asb .. xkn smpai nk kluar g Maybank, semata2 nk g kluar kn duit asb.. klau blh , bukak la sistem online..

    Reply
    • jika senang keluar habislah duit suka2 keluarkan. lebih baik jangan masuk ke ASB, masuk aje lah ke dalam akaun bank biasa, boleh jolly sesuka hati..

      Reply
  3. bukan semua orang nak jolly duit tu…. xleh pukul rata… sepatutnya lebih kepada kemudahan. dapat dividen pn susah nk keluar time2 mcm ni (bagi yang memerlukan). ambil maslahat umum, bkn yang jolly tu.

    Reply
  4. Biar laa dia nak jolly pon duit dia ?? dgn keadaan skrg ni mmg kne buat on9 pun kalau x berkurumun laa org kat bank nak keluar kn asb.. Dh pm pun ckp kurang kan sosial ap sje urusan buat lalu on9..

    Reply
  5. Saya buka akaun asb simpanan saya di pejabat pos. Bolehlah saya mengeluarkan wang simpanan asb saya di mana2 bank ejen asnb?

    Reply
  6. Sy nk bg cadangan, pihak ASNB Kene buat pembaharuan sistem pengeluaran ASNB online tranfer ke acc bank ..bukan ape untuk mengelakkan org menunggu lama sy pnah mengalami pengeluaran mengambil masa 1jam 30 minit menunggu…mmg stress la dh la masa waktu rehat sngt terhad mmg xsempat la nk mengeluarkan duit ASNB ..sy cadangkan upgrade balik sistem ASNB ni melalui ASNB online tranfer ke bank ..lagu yg memeritkan apa bila masa tu kita nk guna duit sngt2 dlm emergency dah xboleh keluarkn alasan sistem slow,down..spatutnya dh sistem baru semakin cepat bkn smkin slow..Klau CM tu baik kluarkn duit guna buku buat cm cara lama..

    Reply
  7. Kalau sy mmg setuju sgt tak perlu wujudkan sistem pengeluaran online utk asb ni. Utk elak salah pakai duit simpanan. Kdg tdkir jugak nak kluarkn duit utk joli. Tp sbb fkir kena baris pnjng terus cancel niat. Haha. Lagi satu klu dh wujud sistem online nnt snang org nak scam. Tgk duit ko puluh2 ribu kat situ happy gila la dorg. Utk waktu skrg mmg kat asb la sy rasa plg save nak simpan duit. Lgpun tiap tahun ada dividen x mcm bank biasa.

    Reply
  8. Susah takde sistem online. Kena keluar, beratur, bukan semua orang bank dekat dengan rumah. Yang tak setuju dengan sistem online ni korg beratur la dekat bank. Jangan guna online. Kami yg tak banyak masa nak beratur ni yg perlukan sistem online. Bukan sebab salah guna duit simpanan ke, scam ke, tapi bila ada online mmg sangat memudahkan. Yg penting, masing2 jaga duit masing2, sendiri tau duit simpanan untuk apa. Jangan la kita sebok hal duit org lain, dia nak jolly ke, nak guna utk keperluan ke, salah guna ke. Itu duit dia. Yg penting, sistem ni memudahkan untuk org2 macam kami yg bukan senang2 ada masa nak beratur sejam dua dalam bank untuk keluar duit bila perlukan.

    Reply
  9. Baru baca komen disini….alamak saya pun baru transfer ke cimb hari ni….bilalah boleh dapat….ingatkan terus masuk kalau dah transer….huhuhu..

    Reply
  10. Hai…nak tanya berapa lama duit akan masuk ke acc bank transfer dr asb?? baca komen di atas ade yg dah berhari-hari tp tak masuk lg ke acc bank

    Reply
  11. Saya pun alami masalah yang sama, Saya buat transaksi jualan balik semalam dan masih belum dikreditkan ke akaun sehingga harini.

    Reply
  12. rasa myesal pulak gi transfer .. adoii matilanak xmsk lagi . ade sape2 dah dpt ke . cmner nk dpt kn ye kta 1hari bkerja .. hmmm ….

    Reply
  13. same ler sy pun dah 5 hari nih transfer ke maybank xmasuk2…giler r..dh ler nk pakai duit..berapa lama lagi nk kne tggu weiii….

    Reply
    • Saya baru transfer hari ni (Jumaat), maksudnya hari Isnin camtu baru masuk bank ke? Saya risau tgk byk komen kat cni rata 2 tunggu lama :0

      Reply
      • Saya pulak, tertinggal satu no account bank. Cek asb dh tolak amount. Mcm mana eh? No bank tak ckp tp dpt transfer ?

        Reply
  14. Adehh patotla ramai xmsk lg duit lepas buat jualan balik. Sama la dgn saya. Kata 1 hari bekerja. Ni nk msk 2hari bekerja dah ni. Adehhh

    Reply
  15. Sy pun sama tranfer ke My BSN 15/5/20..
    16.32pm…
    Duit xmasuk lagi dah laa kito nak guna check xmasuk2, susah laa kalau tahu xmau sy tranfer susah balik.. baik berator panjang xpo duit boleh laa..
    Mintak ASNB perihatin mcm kami guna oline tranfer????.. memudahkan…

    Reply
  16. Transaction sebelum ni asb online ke nombor account bank ok je masuk ,bila nak buat pengeluaran Kali kedua ,Ada pula email masuk yang mengatakan tidak bejaya Dan akan di hantar melalui cek ke alamat seperti yang d daftarkan,so Saya call la customer service tanya Hal ni ,sebab nak hantar cek ,saya xde Kat tempat yang alamat d daftarkan sebab skg sedang kerja outstation. So dia ckp pergi kaunter asb bagitau pasal tu .. aduhaii ,ptg tu email Ada masuk , Pengeluaran ASB tidak berjaya Dan akan d kredit Kan semua ke akaun asb ..saya tgk status Pengeluaran alasan tu yang saya fikir xlogik ( nombor account bank tiada dalam rekod bank ) ??? so number account bank yang first Pengeluaran Ada dalam rekod pula,skg xde dalam record lagi ?

    Reply
  17. Transaction sebelum ni asb online ke nombor account bank ok je masuk ,bila nak buat pengeluaran Kali kedua ,Ada pula email masuk yang mengatakan tidak bejaya Dan akan di hantar melalui cek ke alamat seperti yang d daftarkan,so Saya call la customer service tanya Hal ni ,sebab nak hantar cek ,saya xde Kat tempat yang alamat d daftarkan sebab skg sedang kerja outstation. So dia ckp pergi kaunter asb bagitau pasal tu .. aduhaii ,ptg tu email Ada masuk , Pengeluaran ASB tidak berjaya Dan akan d kredit Kan semula ke akaun asb ..saya tgk status Pengeluaran alasan tu yang saya fikir xlogik ( nombor account bank tiada dalam rekod bank ) ??? so number account bank yang first Pengeluaran Ada dalam rekod pula,skg xde dalam record lagi ?

    Reply
  18. saya ada buat 2 hari lepas, tapi takda masuk lagi duit. Urgent nak guna duit, bkn saja-saja.. Kalau tahu sistem online ni tak leh pakai, baik pergi beratur je..

    Reply
  19. Gaisss yg check blm msuk tu sbb dia msuk ke bhgn wealth, ada transaction kat situ, ni utk maybank. Bangang tul klo msuk ke wealth, nk wdraw pun g kaunter gak, buat keja 2 3 kali je…

    Reply
  20. Sis, duit dr asb dh masuk akaun ke? Sy pun baru buat smlm, xmsuk lg hrni. Risau jgk.. ke mmg diorg xkreditkn ke akaun kte?

    Reply
  21. Alhamdulillah..step by step dapat jugak buat..cuma yang leceh tu pemilihan password sgt cerewet hampir frust…last2 boleh jugak..tq atas maklumat diatas.

    Reply
  22. Berapa jumlah baki minimum yang perlu ada dalam account ASM dan sebagainya? Jika ASB, yang saya tahu baki dalam akaun perlu ada rm 10.

    Reply
  23. igt guna online lagi laju, xyah p bank. tapi lg lembab. lebih 24jam da.tak membantu. lagi menyusahkan. menyesal guna online. servis teruk.

    Reply
  24. Adess.. Duit nk pakai agen..gi pjbt pos.. Tamprint plk rosak.. last..buat transfer asb ke mybank.. Igt boleh keluar kn dh.. Skali.. Merana dooo… Adoi..

    Reply
  25. Dah sebulan saya tunggu ni..belum masuk² lagi duit…dah lah tengah perlukan duit…..bukan banyak pun saya mahu keluar kn..rm100 jer..pakai beli minyak turun kerja…mengecewakan betul…

    Reply
  26. Saya sokong pengeluaran secara online diadakan balik. Mcm sya, kerja offshore, klu ada di laut sebulan, bile masenye nk dpt pergi bank klua duit ASB tu? Sedangkn sya nk guna utk baya muka beli rumah ke, kira utk pelaburan yg lbh mguntungkan la klu kene gaya. Ni silap2 booking rumah pn xlepas ni klu xdpt bt klua ASB online.. last2 mlepas la pluang2 yg baik dpn mata, dpt tgok saje la.. hemm, ni la contoh sistem dan pemikiran yg terbelakang di zaman 2020 ni..

    Reply
  27. nak tanye. saye akan sambung blajar oversea, soo nk kluarkan duit asb tu mustahilla n saye buat cara rolling. lagi satu saye punye asb loan interest melebihi rm 500 jadi online transfer pun x membantu. soo macam mane saye nk kluarkan dividen akhir tahun nanti. boleh ke wakilkan. if boleh macammana ye?

    Reply
  28. Hai nak tanya . Kalau buat pengeluaran di kaunter ada limit tK ? Dan pengeluaran online hny 3 bulan sekali. Contoh dah buat 3 kali pngluaran pd bulan 11. Jadi kita kne tggu bulan 12 ke utk buat pngeluaran strusnya ?

    Reply
  29. cara online lopek.. lembap.. thpape.. baik xyh sediakn online klau xreti buat kje. nyusahkn owg. kluakn je sume dlm asb msuk kn ke bank lg bgus. dh la klau bratur pn asik ad msalah sistem je memanjang. mnyakitkn hty. pihak bank plk klau dgr asb je tolak tepi je dlu lbih pntingkn bkaitan lain. dowg pn fedup ngn sistem asb yg lembap..kekdg rse benggang gler. xleh pakai

    Reply
  30. Assalam haii nk tye,yg dh buat online transfer asb brp hr br msuk akaun maybank…baca2 komen atas mcm lama je..ada jgk buat td..tggu2 x masuk2 lg..agak2 brp lme akn masuk akaun ye..tq

    Reply
  31. Alhamdulillah.. semalam transfer around 10.50am, hari ni petang dah masuk akaun. Cuba korang check.. 😉
    Saya transfer ke Maybank.

    Reply
  32. Sy dah Tranfer duit asb ke maybank 5/1.melalui Asb online.. Sy check 6/1 xdpt masuk.. Ambil masa brp hr duit masuk ke maybank

    Reply
  33. kalau da buat pngeluaran online,tpi sya nak kuarkn lgi melalui kaunter bank,boleh ke?sbb klau guna online kan 500 je plg byk dpt kuar..jdi nk topup ckit duit lbih dri tu..tpi mlalui kaunter la..

    Reply
  34. 29/1/2021(succesfull payment)
    30/1/2021(check bank x msuk lgi)

    brpe lama agak2 ya? tlong respon please. katanya 24jam waktu bekerja

    Reply
  35. brapa duit akn masok ke dlm acc sy tunggu dah 4 hari duit tak masok pun boleh jgn rumit kn tak sbb sy nk buat beli buku ank.. tp skrg terus tak dpt duit asb tu.. esok buku ank kne beli dah.. boleh jelas kan tak masa keluaran 1jam atau 24jam atau setahun ni.. tulis 1jam tp dah 4 hari tak masok² pun

    Reply
  36. BOLEH SESIAPA YG ADA PENGALAMAN NAK KELUAR KAN DUIT ASB TAK.. KENAPA LAMA SANGAT NK MASOK KE DLM ACC NI.. SELALU BRAPA HARI YE.. TOLONG BAGI TAHU SEKEJAP SY TRANFER 29HB HARINI 1HB BELOM MASOK LG

    Reply
  37. 2hb masih tak masok lg.. masalah apa asb ni tulis 1jam tp hrini dah 5hari.. lain kali jgn tulis 1jam tulis 1thn kemudian? tak sakit hati sangat

    Reply
  38. kelmarin 9/2/21 transfer jam 8.00 pg sucessfullllll…hri pi bank koi 3 ptg duit tak masuk pon…kecewa rasa…jgn hilang sudah duit tu…na guna makan ni deyyyy….klw tau tak buat klmarin..dah boleh pi pos laju…hmmmmmmmmmmn sedih

    Reply
  39. 7.2.2021- Buat pengeluaran ASB secara online. (Pagi)

    9.2.2021- (2 hari kemudian) Alhamdulillah duit dah masuk akaun (10+ malam 9hb).

    Saya pun macam anda, tertunggu2. Baru ingat nak call ASB tanya kenapa.

    Tips untuk pengguna akan datang, kalau anda nak guna duit urgent, lebih baik keluarkan duit (cash) melalui kaunter (Pejabat pos, Maybank, etc).

    Kalau tak urgent nak pakai duit & anda sanggup tunggu beberapa hari, boleh la buat pengeluaran secara online. Sistem online ni ambil masa sikit & ASB ada mention ‘HARI BEKERJA’.

    Kalau bernasib baik, dapatlah dalam tempoh 1 hari bekerja. Jadi kalau buat hari Sabtu Ahad tu, MUNGKIN kena tunggu hari Isnin atau seterusnya. Yang penting, SABARR & tenang2 semua.

    Reply
  40. Saya baru bukak akaun ASNB Januari lepas. Minggu ni nak keluarkan sedikit atas sebab kecemasan. Berapa had pengeluaran dan adakah pengeluaran ini dibenarkan?

    Reply
  41. petang tdi sya ada ke pejabat ASB sebagai wakil (anak) beliau tak berapa sehat nak bejalan…. masa sya berkunjung ke pejabat ASB bertanya untuk menjadi wakil untuk megeluarkan ASB staff ASB nak beliau sya turun juga ke cawangan utk membuat pengeluaran sendiri… jadi sekarang beliau tak boleh begerak bab dah tua…. macam mna nak bwa ke cawangan ASB klau nak bejalan pun dah tak boleh…. takan nak bwa ambulan angkat tu katil bawa kt sana… jdi tak logik la klau tu yg jawapan sya kena bgi… jdi mcm mna tu pengaturan dia

    Reply
  42. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya.
    Kalau itu rezeki kita…ia tak ke mana2, saya doakan saudara2 saya di sini semoga Allah permudahkan semua urusan kalian dengan rezeki yang melimpah ruah…Aaminn Ya Robbal Aalaminn

    Reply
  43. Kenapa dalam akaun ASB anak2 saya duit xda tinggal langsung ? Mana pergi balance tu ? Setiap skrng masih berbaki rm3++ lebih . Sekrng sya check online rm00.00 . Mana duit tu berjalan ?

    Reply
  44. saya ingin bertanya, boleh ke buat pengeluaran ASNB ? permohonan akaun pada bulan Jun 2021, berapa had pengeluaran jika ingin membuat pengeluaran di bank berdekatan ? Jika ingin buat pengeluaran ASNB

    Reply
  45. salam korang nak tanya ada tak sape yg buat pengeluaran dah dpt duit…semalam sya keluarkn berjaya tp check still xmasuk ag..

    Reply
  46. Kenapa saya transfer duit dari 27/8 sampai 31/8 masih belum masuk? Sedih lah
    orang nak cepat , dilambat2kan plak . kata dalam masa 24jam,

    Reply
  47. banyak nye takboleh kua kan duit,,, ade sampai berbulan2… nak tanya yg keluarkan asb melalui pjbt pos tu,, bagus ke tak.. teringin nak buat.. sbb yg online ni lama beno nak tgu… kita nak pkai urgent.. asb ni telan duit org ke apa.. pelik2 berbulan org lain nk kua kn duit still xmsuk.. hmm

    Reply
  48. tumpang tanya, ade limit maksimum tak nak keluarkan je acc bank tu? so kiranya memg boleh je kan transfer guna walk in kaunter bank tu

    Reply
  49. Laaa, saya baru try transfer harini. Urgent nak guna duit. Check kat Maybank tak masuk2 lg. Tgk komen kat atas serammmm..ke mana duit tu pergi? Tolonggg

    Reply
  50. ko tunggu esok aku call ko maki ye..dh 3hari duit xmasuk2…status dh BERJAYA..berjaya bapak kau..
    #ASBtakguna

    Reply
  51. Laaa ingatkan menyenangkan tapi menyusahkan urgent perlu duit tp lambat pula masuk acc huhu ..
    dah lebih 24hours
    Transaction berjaya 18.04.2022 tapi sampai sekarang 20.04.2022 belum masuk account maybank lagi 😌

    Reply
  52. Paling lama berapa lama korang tunggu untuk dapatkan bayaran asb . Saya cimb tunggu dekat 2 minggu tak masuk masuk lagi

    Reply

Leave a Comment