Tabung Haji Online Banking: Cara Masukkan, Keluarkan & Transfer Duit

Jika anda mempunyai akaun Tabung Haji (TH) pastinya anda berdepan kesukaran untuk berurusan dengan TH. Ini kerana cawangan bank ini tidaklah sebanyak cawangan bank konvensional lain, bukan?

Tetapi adakah anda tahu mengenai kemudahan membuat urusan Tabung Haji yang boleh dilakukan dengan bank-bank lain di Malaysia secara online sahaja?

Jika tidak, maka tepatlah keputusan anda memilih untuk membaca perkongsian artikel daripada kami ini. Tidak perlu bersesak-sesak di kaunter lagi.

Urusan Tabung Haji online yang popular

Selain semakan Tabung Haji online untuk giliran pergi menunaikan Haji, antara urusan melibatkan duit yang popular ialah:

  • Masukkan duit Tabung Haji
  • Keluarkan duit Tabung Haji
  • Transfer duit Tabung Haji

Walau bagaimanapun, ketiga-ketiga urusan ini lebih kurang sama sahaja. Maka kami akan terangkan cara buat pindahan sahaja.

 

Transfer duit dari akaun TH

Kalau anda ingin menambahkan duit ke dalam akaun TH, boleh cuba cara di bawah:

Transfer duit Tabung Haji guna CIMB Clicks

  1. Pertama sekali anda harus mempunyai akaun CIMB dan berdaftar dengan CIMB Clicks
  2. Kemudian login akaun CIMB Clicks anda
  3. Pergi ke Pay dan pilih Bills
  4. Di ruang ‘To’, taipkan ‘Tabung Haji’ dan sila pilih ‘Lembaga Tabung Haji’
  5. Kemudian akan pop-up secara automatik ruangan maklumat yang perlu anda isi, iaitu ‘Bill Account Number’ dan ‘TH Acct Holder IC Number’
  6. Isikan maklumat tersebut dan pastikan ia betul dan tepat
  7. Jangan lupa untuk tekan ruangan ‘Save as fovourite’, ia akan memudahkan apabila anda ingin membuat pemindahan wang di masa yang lain
  8. Seperti pemindahan wang yang lain, anda perlu memilih dari akaun mana pemindahan wang itu akan dilakukan dan masukkan jumlah dan tarikh anda mahu pemindahan dilakukan
  9. Kaedah yang terakhir, ‘Proceed to Payment’

Pastikan anda menggunakan nombor akaun TH yang baru, iaitu 15 digit untuk membuat pemindahan wang. Kalau anda ingin transfer ke akaun ibu bapa juga boleh, cuma anda memerlukan nombor IC dan nombor akaun TH ibu bapa anda, okay? Mudah!

Bagaimana pula kalau anda ingin membuat pemindahan bulanan secara automatik dari CIMB ke TH? Ikuti langkah di bawah:

  1. Pastikan anda sudah login akaun CIMB Clicks
  2. Pergi ke bahagian ‘Settings’ dan pilih ‘Scheduled Transactions’
  3. Kemudian pilih ‘Select a service’ dan tekan ‘Pay Bills’
  4. Pilih ‘Savings Account’,  kemudian pilih ‘Lembaga Tabung Haji’ yang sudah anda tetapkan sebagai favouritedan tekan ‘Click Submit’
  5. Masukkan nombor akaun TH, IC dan nombor telefon
  6. Letakkan jumlah yang ingin anda simpan setiap bulan iaitu jumlah yang akan dipindahkan ke akaun TH anda
  7. Pilih tarikh untuk mula transfer dan jangan lupa untuk pilih ‘Recur every month’ serta jumlah bulan untuk pemindahan dilakukan secara automatik
  8. Akhir sekali, tekan Update. Selesai!

 

Transfer duit Tabung Haji guna Maybank2U

Sebelum membuat sebarang transfer melalui Maybank2U, anda perlu untuk link akaun TH anda terlebih dahulu dan pastikan anda membawa buku TH anda. Caranya:

  1. Anda perlu pergi ke mana-mana ATM Maybank, pilih Tabung Haji.
  2. Pilih ‘Daftar Akauan TH ke ATM Kad’
  3. Masukkan nombor akaun TH anda
  4. Masukkan nombor siri buku (nombor itu terdapat pada muka surat belakang sekali)

Selepas itu:

  1. Anda boleh login Maybank2U (sudah tentu anda perlu mempunyai akaun Maybank dan mendaftar dengan Maybank2U)
  2. Pilih ‘Account & Banking’ dan tekan ‘Transfer’
  3. Pilih ‘Tabung Haji
  4. Anda akan nampak banyak pilihan dan pilihlah ‘Maybank to TH Own Account Transfer’
  5. Masukkan jumlah yang ingin anda transfer ke akaun TH anda dan tekan ‘Continue’ 
  6. Anda mungkin perlu memilih ‘Request for TAC’ dan seterusnya pilih ‘Confirm’
  7. Kalau anda ingin transfer ke akaun TH milik ibu bapa juga boleh dan anda tidak perlu link akaun TH tersebut. Hanya akaun anda sahaja yang perlu di-link-kan

 

Malahan melalui aplikasi Maybank2U ini juga anda boleh menyemak baki akaun Tabung Haji anda, senang, bukan? Cuma tekan ‘Balance Inquiry’ dan anda boleh mengetahui jumlah baki dalam akun TH anda.

 

Bank-bank lain

Kami hanya menunjukkan cara masukkan, tambah, keluarkan dan transfer duit Tabung Haji secara online melalui Maybank dan CIMB kerana ia bank paling popular yang menjadi pilihan semua pendeposit.

Walau bagaimanapun, selain CIMB dan Maybank, terdapat bank-bank lain yang turut menawarkan perkhidmatan transfer secara online seperti:

  • Bank Islam
  • Public Bank
  • Ambank
  • Bank Muamalat
  • How Leong Islamic
  • Kuwait Finance House
  • Affin Islamic

 

Akhir kalam

Jika anda mempunyai akaun Tabung Haji, jadi inilah masanya untuk anda menggunakan aplikasi TH Online dan melakukan pemindahan wang ke akaun TH anda melalui bank konvensional sedia ada.

Sudah tentu ia akan menjimatkan masa anda!

Menyimpan, janganlah berniat semata-mata untuk dapatkan hibah Tabung Haji. Simpanlah dengan niat untuk menunaikan haji.

Jika duit sudah cukup tetapi masih menunggu giliran, boleh cuba hantar surat rayuan haji.

In Shaa Allah, Allah permudahkan.

Semoga bermanfaat.

15 thoughts on “Tabung Haji Online Banking: Cara Masukkan, Keluarkan & Transfer Duit”

  1. Berapa caj perkhidmatan / yuran (fee) yang dikenakan bila pendeposit membuat pemindahan wang dari CIMB ke TH dan dari Maybank ke TH?

    Reply
  2. Had keluaran tunai maksima RM10,000, setelah saya keluarkan tunai RM10,000 berapa lama saya harus menunggu untuk saya melakukan pengeluaran tunai RM10,000 kali krdua.

    Reply
  3. bolehkah transfer duit tabung haji ke akaun bank lain selain dari 4 bank yang disertakan oleh tabung haji sebagai contoh duit tabung haji transfer ke acc bank ambank..

    Reply
  4. Bagaimana cara nak masuk kan duit ke dalam akaun orang lain, contohnya akaun anak secara online atau alat CDM?
    Saya pergi ke Tabung Haji Shah Alam, tak nampak alat CDM.

    Reply
  5. Kalo nk transfer wang drpd akaun th saya ke akaun maybank saya bagaimana
    Harap dpt penjelasan

    Reply
  6. Askm…boleh kah transfer duit dari BSN ke Tabung Haji (TJari)…kalau boleh bgaimana caranya..saya dh buat mlaui FX epay tu tp tngok duit x msuk ke akaun TH🥴

    Reply

Leave a Comment