Pengeluaran KWSP Akaun 2 Untuk Peribadi (EPF 2021)

Bila duit sudah terlalu banyak terkumpul dalam KWSP, tentu rasa teringin untuk keluarkan. Mahu tunggu 55 tahun, lambat lagi. Jadi, artikel ini akan menunjukkan jenis pengeluaran KWSP Akaun 2 yang dibenarkan, untuk pelbagai tujuan seperti urusan beli rumah, bayar deposit rumah dan juga untuk pendidikan.

Tambahan lagi, kerajaan Malaysia telah mengumumkan di mana pencarum boleh keluarkan wang EFP berikutan wabak Coronavirus COVID-19 juga.

Sebelum buat pengeluaran KWSP Akaun 2, semak penyata KWSP terlebih dahulu. Tengok samada ada baki simpanan atau tidak.

Jika duit anda tidak banyak dalam EPF, langkau artikel ini untuk baca cara keluarkan duit ASB dan Tabung Haji.

Kemaskini Coronavirus COVID19

Berikut ialah inisiatif oleh kerajaan, yang membolehkan pengeluaran KWSP Akaun 2 untuk perbelanjaan akibat wabak Coronavirus COVID-19.

  • Kemudahan pengeluaran KWSP untuk semua ahli
  • Bagi yang berusia bawah 55 tahun sahaja, yang boleh mengeluarkan duit KWSP Akaun 2
  • Amaun pengeluaran KWSP ialah RM500 sebulan, untuk tempoh 12 bulan
  • Tarikh awal yang dibenarkan untuk buat pengeluaran ialah 1 April 2020

Tambahan:

  • RM100 juta untuk KKM
  • RM130 juta untuk negeri-negeri yang menghadapi COVID19
  • Lanjutan dari 3 bulan ke 6 bulan bagi penangguhan pembayaran PTPTN (berkuatkuasa dari 23 Mac 2020 hingga 31 September 2020)
  • Kerajaan juga sedang mengkaji langkah tambahan, untuk beri perhatian kepada segenap lapisan masyarakat.
  • Pakej rangsangan ekonomi juga akan diumumkan pada 30 Mac 2020

Macam mana cara pengeluaran KWSP Akaun 2?

Baiklah.

Persoalan seterusnya ialah bagaimana mahu mengeluarkan wang KWSP ini.

Secara umumnya ada 2 kaedah iaitu tradisional (offline) dan dalam talian (online).

Cara pengeluaran KWSP Akaun 2 secara offline (di kaunter)

Kaedah offline ialah dengan anda hadir sendiri ke pejabat cawangan KWSP berdekatan dan mengisi borang secara manual untuk membuat pengeluaran KWSP Akaun 2. Ini kaedah yang biasa digunakan sejak dahulu lagi.

Anda perlu menyediakan dokumen-dokumen yang sewajarnya apabila hadir untuk membuat pengeluaran. Yang paling penting ialah kad pengenalan dan juga dokumen sokongan untuk pengeluaran.

Terlalu banyak untuk kami nyatakan di sini. Lebih baik berjumpa dengan pegawai bertugas di sana.

Misalnya untuk pembelian rumah. Bawa sekali dokumen-dokumen sokongan seperti surat tawaran beli rumah, surat tawaran pinjaman bank dan seumpamanya. Wang akan dikreditkan dalam tempoh seminggu ke dalam akaun anda.

 

Cara pengeluaran KWSP Akaun 2 secara online (i-Akaun)

Bagi pengeluaran secara online pula, ada beberapa langkah yang perlu anda lakukan terlebih dahulu.

Namun perlu diingatkan bahawa hanya sebahagian sahaja proses adalah secara online, kerana anda perlu juga hadir ke pejabat cawangan KWSP untuk urusan cap jari.

Walaupun begitu, pengeluaran secara online ini sudah tentunya memberi kelebihan terutamanya menjimatkan masa. Anda tidak perlu lagi mengisi borang-borang diperlukan di kaunter KWSP.

 

Perlu ada i-akaun KWSP

Baiklah.

Bagaimana untuk membuat pengeluaran secara online? Terlebih dahulu anda perlu mendaftar dan mempunyai i-akaun KWSP.

Namun begitu hanya beberapa pengeluaran sahaja yang dibenarkan secara online iaitu untuk membeli rumah, menyelesaikan atau  pun mengurangkan baki pinjaman perumahan, pemotongan ansuran bulanan pinjaman perumahan dan untuk tujuan pendidikan.

 

Aktifkan i-akaun KWSP dahulu

Untuk mengaktifkan i-akaun, anda perlu ke pejabat KWSP berdekatan untuk mendapatkan kod pengaktifan i-akaun.

Tidak masa ke pejabat KWSP untuk mengaktifkan i-akaun?

Jangan bimbang, anda juga boleh dapatkan kod pengaktifan dengan menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000. Lebih mudah.

Selepas anda telah mempunyai kod pengaktifan, layari laman web KWSP dan pilih Pengaktifan i-Akaun. Perlu diingatkan kod pengaktifan itu hanya sah dalam tempoh 30 hari, jadi pastikan anda aktifkan dalam tempoh tersebut.

 

Aktifkan TAC

Sebelum terlupa, anda juga perlu aktifkan TAC dengan mendaftar nombot telefon bimbit di kaunter KWSP terdekat.

Selain itu, boleh juga hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP menerusi talian seperti dinyatakan sebelum ini.

TAC ini ialah untuk memudahkan anda melakukan sebarang transaksi melalui i-akaun dengan selamat.

 

Isikan maklumat permohonan online

Baiklah, kembali kepada urusan permohonan online, selepas memilih pautan Pengaktifan i-Akaun, klik pada permohonan baru dan isi maklumat-maklumat yang diperlukan.

Selepas selesai mengisi semua maklumat, anda akan menerima SMS pengesahan. Di sinilah TAC itu penting. Sebab itu kami beritahu awal-awal, aktifkan TAC supaya masalah ini tidak timbul. Penat-penat isi borang, rupanya tidak boleh diteruskan.

Cara keluarkan duit KWSP secara online memang agak leceh bagi orang tua. Sebaliknya, bagi orang muda, ia cukup senang kerana mereka biasa dengan sistem berkomputer.

 

Buat pengesahan cap jari

Masih lagi belum selesai.

Setelah buat pengesahan tentang maklumat yang diisi, anda boleh terus ke cawangan KWSP berhampiran untuk pengesahan cap jari.

 

Duit akan masuk dalam akaun bank pencarum

Selepas diluluskan, wang pengeluaran anda itu akan dikreditkan terus ke dalam akaun simpanan anda.

Mudah bukan?

 

Cara pengeluaran yang mana lebih mudah?

Jadi, secara kesuluruhannya, kalau melihat kepada penjelasan yang diberikan di atas, kami syorkan anda buat pengeluaran secara online.

Mengapa?

Cara keluarkan duit KWSP secara online itu lebih mudah.

Anda boleh melakukannya di depan komputer sahaja.

Apabila sudah mendapat pengesahan, barulah ke penjawat cawangan KWSP berdekatan untuk cap jari itu. Kemudian tunggu wang masuk ke akaun. Itu sahaja.

Tetapi jika anda seorang yang sangat teliti dan mempunyai banyak pertanyaan yang ingin diajukan, boleh buat secara manual atau offline.

Berdasarkan pengalaman, kakitangan KWSP sentiasa bersedia membantu anda sehingga urusan selesai.

Pengeluaran lain wang KWSP yang dibenarkan

Di sini kami senaraikan sebahagian pengeluaran yang boleh dilakukan.

Secara amnya, pencarum dibenarkan mengeluarkan sebahagian simpanan untuk:

  • Pendidikan
  • Beli rumah
  • Bina rumah
  • Mengurangkan atau menyelesaikan baki pinjaman perumahan
  • Bayar ansuran bulanan pinjaman perumahan
  • Tingkatkan had kelayakan pinjaman perumahan
  • Beli rumah PR1MA
  • Mengerjakan ibadah haji
  • Menampung perbelanjaan perubatan dan alatan kesihatan

Sila baca di laman web KWSP di sini untuk maklumat lanjut.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan dua jenis pengeluaran yang paling popular iaitu beli rumah dan pendidikan.

Pengeluaran KWSP untuk beli rumah

Beli dari pemaju

Jika beli dari pemaju, pemohon mestilah menepati kriteria berikut:

  • Warganegara Malaysia & Bukan Warganegara
  • Umur bawah 55
  • Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2
  • Membeli rumah kediaman*
  • Pinjaman yang diluluskan dari pemberi pinjaman yang dibenarkan** ATAU skim sewa-beli yang dibenarkan*** ATAU pembiayaan sendiri
  • Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan/telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya/melupuskan pemilikan

 

Beli dari individu

Jika beli dari individu yang lain, yang lebih dikenali dengan subsale atas nama orang lain, pemohon mestilah menepati kriteria berikut:

  • Warganegara Malaysia & Bukan Warganegara
  • Umur bawah 55
  • Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2
  • Membeli rumah kediaman*
  • Pinjaman yang diluluskan dari pemberi pinjaman yang dibenarkan** ATAU skim sewa-beli yang dibenarkan*** ATAU pembiayaan sendiri
  • Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan/telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya/melupuskan pemilikan

 

Beli rumah lelong

Jika beli rumah unit lelongan pula, pemohon mestilah menepati kriteria berikut:

  • Warganegara Malaysia & Bukan Warganegara
  • Umur bawah 55
  • Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2
  • Membeli rumah kediaman*
  • Pinjaman yang diluluskan dari pemberi pinjaman yang dibenarkan
  • Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan/Telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya/melupuskan pemilikan

Nota:

*Rumah kediaman – jenis banglo/teres/berkembar/apartmen/kondominium/apartmen studio /apartmen servis/townhouse/SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia.

**Institusi kewangan yang dilesenkan dibawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Kewangan Islam 2013; Kerajaan Pusat/Negeri atau mana-mana agensi kewangan kerajaan; Majikan ahli; Koperasi/Syarikat Kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia); Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara; Pemberi Pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP.

***Pembelian sewa-beli hanya dibenarkan dengan pemberi pinjaman Kerajaan Negeri sahaja

 

Pengeluaran KWSP untuk pendidikan pencarum atau anak pencarum

Pengeluaran akaun 2 untuk membiayai yuran pengajian pencarum atau anak pencarum adalah dibolehkan. Anak pencarum ini termasuklah juga anak angkat dan anak tiri.

Pengeluaran ini juga tidak hanya terhad kepada institusi pengajian tinggi dalam negara sahaja tetapi turut meliputi luar negara.

Terus ke bahagian cara keluarkan duit KWSP di bawah untuk mengetahui cara pengeluaran samada secara online dan offline.

 

Pengeluaran KWSP untuk kesihatan pencarum

Ini adalah untuk membolehkan pencarum membiayai kos rawatan dan perubatan untuk penyakit kritikal. Selain itu pengeluaran ini juga boleh digunakan untuk membeli peralatan bantuan kesihatan sebagaimana diluluskan Lembaga KWSP.

 

Keluarkan duit KWSP untuk menunaikan Haji

Ini untuk membantu memudahkan umat Islam untuk menunaikan ibadah Haji. Ini juga bertujuan membantu mengurangkan kebergantungan kepada simpanan persaraan pencarum.

 

Keluarkan wang KWSP sekiranya hilang upaya

Pencaraum atau ahli yang hilang upaya fizikal, mental atau hilang upaya kekal sehingga tidak boleh mencari pekerjaan lain dibolehkan untuk mengeluarkan caruman KWSP mereka berdasarkan beberapa syarat ditetapkan KWSP.

Yang disenaraikan ini ialah sebahagian sahaja. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkara-perkara yang membolehkan anda mengeluarkan caruman, boleh layari laman web rasmi KWSP.

 

Akhir kalam

Duit KWSP dalam Akaun 2 itu adalah duit anda. Hasil titik peluh bertahun-tahun kerja.

Tak kiralah apa tujuan anda untuk mengeluarkan duit KWSP itu, pastikan ia dibelanjakan ke jalan yang betul. Jangan membazir dan terlibat dengan aktiviti tidak bermanfaat.

Jika dapat tunai yang duitnya di bank-in, jangan lupa keluarkan sedikit untuk zakat agar lebih berkat.

Semoga bermanfaat.

42 thoughts on “Pengeluaran KWSP Akaun 2 Untuk Peribadi (EPF 2021)”

    • Kalau tanya saya, sepatutnya dibenarkan lebih-lebih lagi jika ada rekod menyatakan si peminjam sudah tidak bekerja selama lebih dari 1 tahun. Sekarang ni nak dapat kerja sangat susah, lebih-lebih lagi bila nama sudah disenaraikan dlm CTOS/CCRIS, majikan pun tak akan ambil peminjam bekerja.

      Reply
    • Sya mau mengelurkan kwsp untuk membantu orang tua ku sebab diorang tak berkerja mau menanggung perbalanjan kedua2 orang tua ku

      Reply
    • Saya nak tanya kalau. Saya nak buat permohonan wang kwsp acc 2 tapi. Nama rimah ayah saya boleh nlayat memohon dah

      Reply
  1. sepatutnya time2 Covid-19 ni EPF benarkan ahli buat pengeluaran utk tampung perbelanjaan bulanan. Sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan untuk jangkamasa 6 bulan sam. saya menyewa, majikan baru buang kakitangan tanpa notis. tuan rumah kuku besi ttp nk kutip sewa walau dlm keadaan begini. dari mana nk dptkan sumber kewangan selain daripada akaun EPF sendiri.

    Reply
  2. Sy nk kuar kn kwsp sbb sy tgh ksusahan…dlu sy dah bg rekod brubat dan pergi bntong dua kali…tpi kwsp tk puas sbb leh bkerja…kalau sy bleh bkerja tk denya sy nk kuar kn duit smpnan ari tua sy…sbb tk lyak untk bkerja lh sy mtak kuar kn kwsp…tpi kwsp nk rekod dan cop doktr sy dah wat…tpi kwsp rejet borang sy hntr…sy dah bnyk hbs duit g sana sni…sng2 je kwsp tmloh rejet sy punya borang…dua bln lbih sy tggu satu surat pn kwsp tk hntr…thu2 pn dah rejet…

    Reply
  3. Sy nk kuar kn kwsp sbb sy tgh ksusahan…dlu sy dah bg rekod brubat dan pergi bntong dua kali…tpi kwsp tk puas sbb leh bkerja…kalau sy bleh bkerja tk denya sy nk kuar kn duit smpnan ari tua sy…sbb tk lyak untk bkerja lh sy mtak kuar kn kwsp…tpi kwsp nk rekod dan cop doktr sy dah wat…tpi kwsp rejet borang sy hntr…sy dah bnyk hbs duit g sana sni…sng2 je kwsp tmloh rejet sy punya borang…dua bln lbih sy tggu satu surat pn kwsp tk hntr…thu2 pn dah rejet…

    Reply
  4. Sy nak keluarkan kwsp sy, sbb susah jugak. Dan dan lama sy tak kerja lebih dari6 tahun, blh ke sy keluarkan kwsp sy. Sy ada anak2 kecil 3 org, suami tak kerja skrg sbb covid 19, klu bolh dpt duit ni sng sikit

    Reply
  5. saya mau keluar kwsp akau 2 mau mebantu org tau saya sama anak saya satu org ,bantu anak saya saya lagi

    Reply
  6. saya nak keluarkan duit akaun2 nak bayar hutang rumah sewa anak 5 org kecik2.. ikut akak sedara meniaga kecil-kecilan tepi jalan sekarang cov19 tak de sumber pendapatan umur38

    Reply
  7. perlukan sangat nak keluarkan kwsp2 nak bayar hutang kedai, rumah sewa perbelanjaan harian anak 5org.. pempers susu ..sebelum cov19 kerja dgn akak sedara jualan tepi jalan selepas cov19 tak de kerja bulan2 pun tak de duit masuk, harap kan kerajaan bagi rm1600 ni dah berape lame mana cukup.. hutang dah makin bertambah.. nak minta duit dengan siapa tak kan nak keluar kan duit senirik pun tak boleh.. tak kan nak mencuri pulak..

    Reply
  8. Mohon penjelasan,saya nk keluar kwsp ekaun 2 sebb nk bayar pinjam pembelajarn dahulu perigkat SKM, dan tuggakan hutag kerata..saya tiada sumberlain..boleh kah saya hendak megeluarkan duit kwsp saya

    Reply
  9. Saya nak membayar hutang pinjaman,sejak covid..kontrak saya x disambung 2 bln lebih saya tidak berkerja..pembelajaan dirumah pun makan bubur jer saya dan anak..untuk berjimat..saya harao pihak kwsp dapat mmbantu untuk saya keluarkan wang simpanan pekerja selama saya berkerja.

    Reply
  10. Saya nak keluarkan duit untuk tampung perbelanjaan seharian kami sekeluarga,saya surirumah sepenuh masa dan suami saya pula dah lama tak berkerja atas sebab covid 19..saya mempunyai 3 orang anak,salah seorang anak saya adalah oku..anak oku saya terpaksa memakai pampers pakai buang dan 2 lagi anak saya bersekolah..saya terpaksa tangguhkan yuran PIBG dan jugak Yuran buku anak saya,masalah sewa rumah,bil-bil yang tertunggak berserta perbelanjaan seharian kami sekeluarga lagi..saya berharap sangat kwsp dapat menolong saya keluarkan duit tersebut..terima kasih

    Reply
  11. Saya surirumah sepenuh masa dan suami saya pulak dah lama tak berkerja disebabkan covid 19,saya mempunyai 3 org anak..salah seorang dari mereka adalah oku,anak oku saya diperlukan memakai pampers pakai buang..2 lagi bersekolah di sekolah menengah dan tadika..yuran PIBG dan jugak yuran buku anak saya masih lagi tertunggak disebab takde duit nak bayar..sewa rumah,bil² jugak masih jugak tertangguh..perbelanjaan seharian untuk kami sekeluarga jugak boleh dikatakan takde..asyik meminjam dengan saudara mara..mereka jugak susah macam kami..saya berharap dapat lah sekiranya saya mengeluarkan sedikit duit KWSP saya untuk meringan beban saya sekarang…

    Reply
  12. hmmm..sedih baca komen2..semuanya tengah kesusahan..semoga semua yang kesusahan termasuk saya dipermudahkan urusan dunia akhirat..itu ja yang sya mampu sedekah sekarang.amin..

    Reply
  13. Ingin mengeluarkn accountn 2 untuk menyelesaikn hitang yang tertunggak dan urusan pendidikan anak sekolah

    Reply
  14. Kerajaan membantu dalam Kes COVID nie… Bab pengeluaran I lestari, I sinar, I citra… Bukan nya duit kerajaan yg bg pada kami. Itu duit kami. Kerajaan hanya membantu untuk meluluskan pengeluaran… Terima kasih kerajaan membantu masa COVID nie.. Cuma dalam keadaan sekarang nie kerajaan harus tambah lagi cara untuk pengeluaran kwsp. Kematian covid bukan hanya warga emas tapi orang yg belum mencecah usia 50thn, 40thn, 30thn atau anak muda turut terlibat. Dari itu kwsp perlu ada cara pengeluaran masa kini (COVID) sebelum mencecah usia 50 yang boleh menampung perbelanjaan rakyat yg terkesan dn terjejas… Moga2 pengeluaran I citra 10k di permudah kan

    Reply
  15. Kepastian …memerlukan ……..utk diri sendiri…saya berusia 50thn…..cukup pd tarikh bln 7..2022 ..boleh saya keluarkan untuk..keperluan harian …kerna dh 2thn x berkerja…selama tu …… keperluan .harian ….kerja kampung ….dn keluaran kwsp masa covit…bilakah dn harap dpt keluarkan ..wang

    Reply

Leave a Comment