Cara Bayar Bil Astro (Payment Guna JomPAY Maybank & CIMB)

JomPAY ialah inisiatif yang disokong oleh Bank Negara Malaysia untuk memudahkan pembayaran bil kepada ratusan syarikat atau organisasi secara online banking. Dengan JomPAY, anda boleh membayar pelbagai jenis bil seperti bil elektrik (Tenaga Nasional Berhad), bil air, bil telefon dengan Telekom Malaysia dan sebagainya. Anda juga boleh membayar bil Astro anda dengan JomPAY. Anda pernah membayar menggunakan JomPAY? Ingin tahu cara bayar bil Astro menggunakan JomPAY? Mari lihat di bawah.

Cara bayar bil Astro

Sekiranya anda berminat untuk menggunakan perkhidmatan Astro On The Go, kami ada sediakan artikel tentang cara daftar Astro On The Go.

Biller Code JOMPAY

Mendapatkan Biller Code

Untuk langkah permulaan, pembayaran bil Astro menggunakan JomPAY memerlukan anda untuk mendapatkan biller code terlebih dahulu. Anda boleh mendapatkan biller code untuk bil Astro secara offline dan juga online.

Secara offline, anda boleh mendapatkan biller code JomPAY ini pada bil Astro anda. Pada borang TAX INVOICE (bil) Astro anda, perhatikan di bahagian bawah sebelah kanan bil anda. Tertera dua barcode dan juga sebuah kotak untuk JomPAY. Anda boleh mendapatkan biller code Astro anda di situ.

Untuk cara bayar bil Astro secara online, anda boleh menggunakan langkah-langkah di bawah:

  1. Layari laman web JomPAY di https://jompay.com.my/index.html.
  2. Di paparan utama JomPAY, tekan pada PERSONAL, dan tekan Find Biller Codes.
  3. Anda akan tiba di paparan untuk mencari biller code. Pada kotak carian, masukkan kata kunci astro. Tekan butang Search.
  4. Sistem akan memaparkan hasil carian untuk astro berserta dengan biller code.
  5. Anda boleh ambil biller code tersebut untuk prosedur seterusnya.

 

#1 Cara bayar bil Astro guna JomPAY CIMB Clicks

Cara bayar bil Astro Dengan JomPAY Menggunakan Online Banking (CIMB Clicks)

  1. Layari laman web CIMB Clicks di https://www.cimbclicks.com.my/.
  2. Pada bahagian atas laman, tekan butang Login to CIMB Clicks.
  3. Pada laman seterusnya, terdapat pilihan pada ruangan I want to; View My Dashboard, View My Accounts, Transfer Money, Pay Bills, JomPAY dan Top Up. Pilih JomPAY.
  4. Pada ruangan Enter User ID, masukkan User ID/username
  5. Cara bayar bil Astro yang kelima, tekan butang Login.
  6. Sahkan SecureWord yang tertera. Sekiranya ia milik akaun anda, tick pada kenyataan Yes, this is my SecureWord. Kemudian, pada ruangan Enter Password, masukkan password
  7. Tekan butang Login.
  8. Anda akan dibawa terus ke seksyen untuk JomPAY. Beberapa ruangan anda perlu isikan.
  9. Pada ruangan Biller Code, masukkan biller code yang telah anda peroleh untuk Astro.
  10. Kemudian, pada ruangan Ref-1, masukkan kod Ref-1 yang boleh didapati pada bil Astro, di mana kedudukannya dalam borang adalah sama dengan biller code
  11. Pada ruangan Biller Code Name, masukkan nama ASTRO.
  12. Cara bayar bil Astro yang seterusnya adalah, pada bahagian From, di ruangan Account, pilih akaun bank anda yang ingin anda gunakan untuk pembayaran.
  13. Pada bahagian Amount and When, untuk ruangan Enter Amount, masukkan jumlah bayaran bil anda.
  14. Pada ruangan When, biarkan sekiranya anda ingin membuat bayaran penuh. Sekiranya anda ingin membayar secara ansuran, dan bukan bermula serta-merta, tekan pada tarikh yang tertera dan pilih tarikh anda.
  15. Kemudian, tekan link Terms & Conditions untuk baca terma & syarat. Tekan butang Yes. Kemudian, tekan butang Make Payment.
  16. Pada laman seterusnya, tertera maklumat pembayaran anda. Semak semula.
  17. Sekiranya tiada masalah dan tiada kesilapan, anda juga perlu menekan butang Request TAC untuk mendapatkan kod TAC.
  18. Kod TAC akan dihantar melalui SMS ke telefon anda. Masukkan kod yang tertera dalam SMS tersebut ke ruang yang disediakan.
  19. Kemudian, tekan butang Confirm.
  20. Pembayaran melalui JomPAY anda berjaya.

 

#2 Cara bayar bil Astro guna JomPAY Maybank2U

Cara bayar bil Astro Dengan JomPAY Menggunakan Online Banking (Maybank2U – Sistem Klasik/Lama)

  1. Layari laman web https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do, untuk ke paparan utama laman web Maybank2U.
  2. Kemudian, tekan pada butang Back to the classic Maybank2U.
  3. Pada laman seterusnya, masukkan username anda pada Username. Tekan butang Next.
  4. Pada laman seterusnya, sahkan security phrase dan gambar yang tertera. Sekiranya milik akaun anda, tekan butang Yes.
  5. Pada ruangan Password, masukkan password anda. Tekan butang Next.
  6. Cara bayar bil Astro yang keenam adalah, apabila tiba di paparan tab Home untuk akaun anda, pilih Accounts & Banking.
  7. Pada laman seterusnya, pergi ke bahagian kiri skrin dan tekan Bill Payment.
  8. Seterusnya, dalam menu Payments, pilih JomPAY.
  9. Kemudian, pilih Make a one-off payment.
  10. Terdapat ruangan yang anda perlu isikan. Pada Amount, masukkan jumlah bayaran untuk bil anda.
  11. Pada From Account, pilih akaun bank yang anda ingin gunakan untuk membuat pembayaran.
  12. Pada Biller Code, masukkan biller code yang telah anda peroleh sebelum ini. (tengok pada bahagian Mendapatkan Biller Code)
  13. Pada Ref1, masukkan kod Ref1 yang juga anda telah peroleh sebelum ini. (tengok pada bahagian Mendapatkan Biller Code)
  14. Cara bayar bil Astro yang berikutnya adalah, tekan Terms & Conditions untuk membaca terma & syarat.
  15. Kemudian, klik pernyataan ini, dan tekan butang Continue.
  16. Pada laman seterusnya, akan tertera maklumat pembayaran anda. Semak semula.
  17. Sekiranya betul, pada Effective Date, pilih sama ada anda ingin meletakkan Today untuk membuat pembayaran serta merta, ataupun memilih tarikh lain untuk sistem membuta pembayaran secara automatik.
  18. Kemudian, tekan butang Request for TAC untuk mendapatkan kod TAC secara SMS ke telefon anda. Masukkan kod TAC ini pada ruang yang disediakan.
  19. Kemudian, tekan butang Confirm.
  20. Pembayaran melalui JomPAY anda berjaya. Tekan butang Print Receipt untuk mencetak resit pembayaran, atau tekan Make another payment untuk membuat pembayaran lain. Anda juga boleh menekan mana-mana tab yang lain, sekiranya ingin membuat transaksi lain selain daripada pembayaran.

 

Cara bayar bil Astro Dengan JomPAY Menggunakan Online Banking (Maybank2U – Sistem Baru)

  1. Layari laman web https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do, untuk ke paparan utama laman web Maybank2U.
  2. Kemudian, login ke akaun anda. Pada My Username, masukkan username
  3. Tekan pada logo mangga kunci di sebelahnya.
  4. Seterusnya, sahkan Security Phrase yang tertera. Sekiranya milik akaun anda, tekan butang YES.
  5. Pada ruangan My Password, masukkan password
  6. Kemudian, tekan butang LOGIN.
  7. Anda tiba di paparan utama akaun anda. Pada bahagian atas skrin, pilih tab PAY & TRANSFER.
  8. Pada laman seterusnya, terdapat beberapa ruangan untuk diisi.
  9. Pada Pay From, pilih akaun bank yang anda ingin gunakan untuk melakukan pembayaran.
  10. Pada Pay To, pilih JomPAY.
  11. Kemudian, pada ruangan Enter Biller Code, masukkan biller code yang telah anda peroleh (tengok pada bahagian Mendapatkan Biller Code). Tekan butang Enter di keyboard
  12. Notification box akan tertera. Pada bahagian Ref-1, masukkan kod Ref-1 yang telah anda peroleh sebelum ini. (tengok pada bahagian Mendapatkan Biller Code)
  13. Sekiranya ada kod untuk Ref-2, masukkan kod itu pada Ref-2.
  14. Pada Pay Amount, masukkan jumlah pembayaran yang anda ingin lakukan.
  15. Pada Effective Date, pilih tarikh yang anda ingin lakukan pembayaran.
  16. Anda boleh menekan Set Recurring, untuk melakukan pembayaran secara ansuran bermula dan berakhir pada tarikh yang anda sendiri tetapkan.
  17. Tekan Terms and Conditions untuk membaca terma & syarat. Tick pada pernyataan tersebut.
  18. Tekan butang PAY.
  19. Pada laman seterusnya, tertera maklumat pembayaran anda. Semak semula.
  20. Sekiranya betul, pada bahagian bawah skrin, tekan butang REQUEST.
  21. Anda akan mendapat SMS di telefon anda, yang mengandungi kod TAC. Masukkan kod TAC ini pada ruang yang disediakan di bawah skrin.
  22. Kemudian, tekan butang CONFIRM.
  23. Pembayaran bil secara JomPAY anda berjaya. Tekan SAVE RECEIPT untuk download resit pembayaran, atau tekan butang NEW PAYMENT untuk membuat pembayaran lain. Anda juga boleh menekan mana-mana bahagian lain untuk membuat transaksi lain selain daripada pembayaran.

 

Akhir kalam

Kesimpulannya, Maybank2U dan CIMB Clicks menyediakan platform dan cara yang mudah untuk anda menyelesaikan pembayaran JomPAY anda. JomPAY juga memudahkan anda untuk menyelesaikan bil anda, hanya dengan cara online banking. Selesaikan bil anda sekarang dengan JomPAY.

Jika mahu bayar bil TNB, jemput baca cara bayar bil elektrik online.

Semoga bermanfaat.

1 thought on “Cara Bayar Bil Astro (Payment Guna JomPAY Maybank & CIMB)”

Leave a Comment