Cara Check No Akaun RHB Bank (Semak di logon.rhb.com.my)

Untuk check no akaun RHB Bank, sila ikut langkah-langkah mudah seperti di bawah.

Izinkan kami berkongsi.

1. Cara check no akaun RHB Bank Online

  1. Sila layari pautan https://logon.rhb.com.my.
  2. Kemudian, masukkan Username dan klik Next.
  3. Di paparan skrin pengesahan Secret Word, pilih Yes.
  4. Isikan Password dan tekan Next.
  5. Di bawah kategori My Account > Savings.
  6. Maklumat Nombor Akaun anda akan dipaparkan di skrin.

2. Cara check no akaun RHB Bank di ATM

  1. Pergi ke cawangan ATM RHB Bank yang berdekatan dengan rumah anda.
  2. Masukkan kad Debit/Credit ATM ke dalam slot mesin ATM.
  3. Kemudian, masukkan PIN ATM.
  4. Pilih Pertanyaan Baki.
  5. Akhir sekali, klik Jenis Akaun.
  6. Maklumat Nombor Akaun anda akan terpapar di skrin.

3. Cara membuat semakan nombor akaun RHB Bank di kaunter

Untuk menyemak nombor akaun RHB Bank, anda dikehendaki pergi ke kaunter cawangan RHB Bank yang berdekatan dan memaklumkan kepada pegawai bank.

Pegawai bank akan meminta maklumat seperti IC dan kad ATM. Pegawai bank akan memberi maklumat nombor akaun bank setelah pengesahan dibuat.

4. Cara semak nombor Akaun RHB Bank melalui Customer Care

RHB Bank menyediakan perkhidmatan bertujuan menyelesaikan sebarang masalah yang anda hadapi dengan RHB Bank.

Anda boleh menghubungi customer service RHB Bank di nombor talian 03-9206 8118, dan memaklumkan dengan pihak bank tentang masalah yang anda hadapi. Khidmat Pelanggan RHB Bank siap sedia membantu sebarang pertanyaan anda atau boleh menghubungi Khidmat Pelanggan RHB Bank di alamat e-mel [email protected].

Kami mengesyorkan anda untuk memberi butiran terperinci dalam e-mel supaya pihak RHB Bank dapat melayani pertanyaan anda dengan lebih cepat dan efektif. Butiran terperinci merangkumi:

  1. Nombor MyKad atau Nombor Passport
  2. Nombor Telefon

 

5. Cara untuk menyemak nombor akaun RHB Bank di buku simpanan

Sekiranya anda masih lagi simpan buku bank RHB, anda dapat menyemak nombor bank akaun anda yang didapati di muka surat depan buku bank RHB.

20 thoughts on “Cara Check No Akaun RHB Bank (Semak di logon.rhb.com.my)”

Leave a Comment