Cara Daftar MAE Maybank (Register & Aktifkan Online)


Maybank kini telah melancarkan satu sistem servis e-wallet yang diberi nama MAE yang merupakan singkatan daripada “Maybank Anytime, Everywhere”. MAE dibuka juga untuk kegunaan pelanggan yang tidak menggunakan Maybank. Walau bagaimanapun, sasaran artikel ini adalah untuk pelanggan tetap atau pelanggan yang memang merupakan pengguna Maybank. Jadi, izinkan kami berkongsi terus cara daftar Maybank MAE yang boleh dibuat secara online, tanpa mengganggu aplikasi Maybank sedia ada.

Jemput tonton video di YouTube ini dulu untuk mendapatkan idea apa sebenarnya Maybank MAE ini. Yang belum ada akaun, boleh baca cara buat akaun Maybank2u dahulu. Yang sudah ada pula, boleh login Maybank2u untuk mengetahui lebih lanjut.

Cara daftar Maybank MAE

Sebelum kita ke langkah langkahnya, anda perlu install atau mengemaskini aplikasi Maybank anda (jika anda mempunyai aplikasi Maybank).

Namun jika anda hanya melakukan transaksi Maybank anda secara atas talian, ianya tidak menjadi masalah. Jadi mari kita ke langkah langkah untuk mendaftar akaun anda dengan MAE.

 

  1. Jadi pertama sekali anda perlu ke aplikasi Google Play Store (untuk pengguna Android) atau aplikasi Apple App Store (untuk pengguna iPhone), dan anda hanya perlu menaip MAE

 

  1. Langkah seterusnya, setelah anda menjumpai aplikasi MAE tersebut anda perlu tekan butang install dan tunggu sehingga pemasangan aplikasi tersebut selesai

 

  1. Kemudian setelah selesai proses pemasangan aplikasi tersebut anda klik butang open untuk membuka aplikasi MAE di telefon pintar anda

 

  1. Setelah membuka aplikasi tersebut anda akan di bawa ke skrin pertama dan anda perlu klik butang berwarna kuning yang tertera Next untuk ke paparan seterusnya

 

  1. Selepas itu anda perlu menekan butang kuning tersebut yang menandakan bahawa anda bersetuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan apabila anda pertama kali ingin menggunakan aplikasi MAE

 

  1. Setelah itu anda akan di bawa ke paparan utama aplikasi MAE anda dan anda perlu klik butang di bahagian kanan atas anda yang tertera Set Up Wallet untuk pergi ke langkah-langkah dan cara daftar Maybank MAE yang seterusnya

 

  1. Untuk paparan seterusnya, jika anda sudah mempunyai akaun perbankan secara atas talian anda hanya perlu menekan butang di sebelah kiri anda yang tertera Existing M2U/MAE user dan hanya perlu menyambungkan akaun bank anda dengan akaun e-wallet MAE anda. Namun jika anda tidak mempunyai akaun perbankan anda sendiri anda klik pada bahagian kanan di mana anda perlu membuat permohonan untuk mempunyai akaun MAE e-wallet anda.

 

  1. Kemudian anda akan di bawa ke paparan dan apa yang perlu anda lakukan adalah memasukkan nama akaun pengguna perbankan atas talian anda (username anda). Nama pengguna anda adalah sama seperti nama akaun bank anda yang anda gunakan untuk melakukan transaksi atas talian anda

 

  1. Kemudian anda perlu menyemak nama pengguna anda dengan gambar profil akaun perbankan anda dan frasa keselamatan yang anda gunakan, dan pastikan semua maklumat anda betul. Jika maklumat anda salah anda hanya perlu tekan back dan masukkan semula nama pengguna yang betul sehingga anda jumpa maklumat akaun bank anda dan semua maklumat anda betul. Setelah selesai dan semua maklumat anda betul, anda hanya perlu memasukkan kata laluan akaun bank anda untuk ke langkah seterusnya

 

  1. Untuk langkah dan cara daftar MAE Maybank yang seterusnya, anda perlu mereka sendiri atau mencipta 6 digit nombor pin anda dan pin tersebut akan anda gunakan setiap kali anda ingin log masuk ke aplikasi MAE anda. Anda hanya perlu masukkan 6 angka digit unik yang senang untuk anda ingat dan tidak terlalu susah diingat

 

  1. Kemudiaan anda perlu memasukkan semula nombor pin anda yang anda cipta sebentar tadi. Anda hanya perlu memasukkan semula nombor pin anda. Anda tidak perlu mencipta nombior pin yang baru. Pastikan nombor pin yang anda masukkan adalah sama seperti yang anda masukkan seperti paparan sebelum ini.

 

  1. Kemudian anda perlu menyemak nombor telefon yang anda gunakan untuk akaun bank anda dan jika maklumat nombor telefon anda adalah betul, anda hanya klik butang kuning tersebut untuk ke paparan seterusnya. Maklumat nombor telefon anda akan digunakan oleh pihak bank untuk menghantar SMS verifikasi akaun MAE kepada anda

 

  1. Pihak bank akan menghantar SMS kepada telefon pintar anda. Anda hanya perlu buka SMS tersebut dan akan terdapat 6 digit kod unik dan anda perlu memasukkan kod tersebut ke ruangan kosong yang disediakan untuk ke paparan berikutnya

 

  1. Setelah selesai, anda akan dibawa ke paparan berikutnya dan tugas anda adalah memasukkan nama pengguna akaun MAE anda. Terserah kepada anda untuk memasukkan nama apa sekalipun panjang atau pendek megikut kreativiti anda. Masukkan nama anda di ruangan kosong yang disediakan

 

  1. Langkah seterusnya anda perlu memilih dari salah satu pilihan di bawah. Jika anda memilih MAE walaupun baki MAE anda adalah kosong, tidak mengapa kerana anda boleh menambah masuk wang dari akaun anda atau topup seberapa jumlah yang anda inginkan untuk kegunaan e-wallet anda. Namun jika anda memilih Personal Saver Account anda, segala perbelanjaan e-wallet anda akan ditolak daripada jumlah wang anda yang berada di dalam akaun bank Personal Savings anda

 

  1. Setelah memilih pilihan anda, anda kini telah selesai mendaftarkan akaun MAE (e-wallet) anda, dan anda hanya perlu klik butang Done

 

  1. Kini, cara register Maybank MAE sudah selesai. Dan ini adalah paparan skrin aplikasi MAE anda, terdapat maklumat mengenai nama pengguna anda, berapa jumlah baki wang anda, dan segala aktiviti transaksi bank anda

 

Akhir kalam

Diharapkan agar langkah-langkah dan cara daftar Maybank MAE ini dapat memudahkan lagi urusan anda untuk menggunakan alternatif aplikasi Maybank sedia ada. Bagi yang sudah ada akaun Maybank sebelum ini tetapi tidak aktif, sila baca cara aktifkan semula akaun Maybank2u. Barulah boleh guna Maybank MAE.

Benar, mungkin aplikasi MAE Maybank ini masih belum sempurna. Ada sahaja yang tidak kena. Jadi, bagi yang tidak suka, mungkin tidak perlu tutup akaun atau terburu-buru delete akaun MAE Maybank dulu.

Berilah sedikit masa untuk ia matang.

Kami yakin, Maybank MAE ini akan menjadi pencabar terbaru kepada penyedia e-wallet sedia ada seperti GrabPay, Boost, Touch n Go, Fave dan lain-lain lagi.

Lebih banyak, lebih meriah. Lebih banyak penyedia, lebih tinggi persaingan. Maka, yang untung ialah pengguna. Kami akan kongsikan cara guna Maybank MAE dalam artikel yang akan datang pula.

Kalau masih belum ada akaun Maybank2u, jangan asyik kata nanti. Ikuti dan baca cara buka akaun Maybank secara online ini. Tidak sampai 30 minit pun.

Semoga bermanfaat.


1 thought on “Cara Daftar MAE Maybank (Register & Aktifkan Online)”

Leave a Comment