Cara Transfer Duit Maybank ke Maybank (Guna Maybank2u)


Macam mana cara transfer duit Maybank ke Maybank menggunakan Maybank2u?

Nampak macam mudah sangat soalan ini bukan? Namun, bagi orang yang tak biasa dalam Bahasa Inggeris, panduan dalam Bahasa Melayu diharapkan dapat membantu.

Cara transfer duit Maybank

Cara transfer duit Maybank

Cara transfer duit Maybank ke Maybank (Akaun orang lain, 3rd party)

  1. Pastikan anda telah mempunyai akaun Maybank2U.
  2. Sila buka akaun Maybank2u jika belum.
  3. Login ke akaun Maybank2U anda.
  4. Scroll ke bahagian kanan atas skrin, dan tekan pada kotak Quick Link.
  5. Pilih Transfers.
  6. Pada laman seterusnya, pilih New 3rd Party Account Transfer.
  7. Kemudian, tertera ruangan untuk anda isikan pada laman seterusnya.
  8. Pada Amount, masukkan jumlah wang yang anda ingin pindahkan.
  9. Pada ruangan To 3rd Party Account Number, masukkan nombor akaun orang lain yang anda ingin masukkan wang tersebut. Akaun tersebut mestilah akaun Maybank.
  10. Pada ruangan Effective Date, anda boleh pilih untuk memindahkan wang anda pada bila-bila masa sahaja. Jika ingin segera, pilih Today.
  11. Pada ruangan Recipient Email, masukkan emel penerima wang tersebut.
  12. Pada Recipient Reference, masukkan sebarang rujukan yang boleh dimaklumkan kepada penerima wang tersebut.
  13. Pada Other Payment Details, masukkan apa-apa maklumat yang perlu untuk pemindahan wang ini.
  14. Tekan butang Continue.
  15. Pada ruangan seterusnya, tekan butang untuk menerima nombor TAC di SMS telefon anda. Masukkan nombor TAC tersebut dan teruskan.
  16. Pemindahan wang berjaya.
  17. Proses transfer duit Maybank anda melalui IBG kini sudah selesai

 

Instant Transfer Maybank ke akaun bank lain

Mohon izin untuk kami tambah maklumat yang lain berkaitan pindahan wang Maybank ke akaun lain juga.

Berikut ialah cara transfer duit Maybank ke akaun lain seperti RHB, Affin Bank, Bank Muamalat dan lain-lain menggunakan Instant Transfer.

  1. Setelah anda login ke akaun Maybank2U anda, pilih Transfers pada kotak Quick Link.
  2. Pilih New Interbank Fund Transfer.
  3. Pada laman seterusnya, pada kotak untuk Make a one-off transfer, pilih bank yang anda ingin lakukan pindahan wang. Misalnya, pilih CIMB BANK BERHAD.
  4. Pada laman seterusnya, pada ruangan Amount, masukkan jumlah wang yang ingin dipindahkan.
  5. Pada ruangan Mode of transfer, pilih Instant Interbank Fund Transfer.
    • Instant Interbank Fund Transfer – pindahan segera dan caj dikenakan sebanyak RM2.12.
  6. Pada Recipient Bank, telah tertera bank yang anda pilih iaitu CIMB.
  7. Pada Recipient Name, masukkan nama penuh penerima wang ini mengikut nama penuh pada akaun bank penerima tersebut.
  8. Pada Account Number, masukkan nombor akaun bank penerima.
  9. Pada soalan di bawah, pilih No.
  10. Pada ruangan Recipient Reference, masukkan apa-apa sahaja rujukan yang perlu untuk penerima.
  11. Tekan butang Continue.
  12. Pada laman seterusnya, tekan link Request a TAC number. Anda akan menerima SMS yang mengandungi nombor TAC. Masukkan nombor TAC tersebut di ruangan yang disediakan.
  13. Semak semula maklumat pindahan wang anda. Tekan butang Confirm.
  14. Transaksi anda berjaya. Tekan Print Receipt untuk menerima resit pindahan anda.

 

Inter Bank GIRO (IBG) Maybank ke akaun bank lain

Berikut ialah cara transfer duit Maybank ke akaun lain seperti BSN, CIMB, Bank Islam dan lain-lain menggunakan IBG.

  1. Setelah anda login ke akaun Maybank2U anda, pilih Transfers pada kotak Quick Link.
  2. Pilih New Interbank Fund Transfer.
  3. Pada laman seterusnya, pada kotak untuk Make a one-off transfer, pilih bank yang anda ingin lakukan pindahan wang. Misalnya, pilih CIMB BANK BERHAD.
  4. Pada laman seterusnya, pada ruangan Amount, masukkan jumlah wang yang ingin dipindahkan.
  5. Pada ruangan Mode of transfer, pilih Giro Interbank Fund Transfer.
    1. Giro Interbank Fund Transfer – pindahan yang akan mengambil masa, dan caj dikenakan sebanyak 11 sen.
  6. Pada Recipient Bank, telah tertera bank yang anda pilih iaitu CIMB.
  7. Pada Recipient Name, masukkan nama penuh penerima wang ini mengikut nama penuh pada akaun bank penerima tersebut.
  8. Pada Account Number, masukkan nombor akaun bank penerima.
  9. Pada soalan di bawah, pilih No.
  10. Pada ruangan Recipient Reference, masukkan apa-apa sahaja rujukan yang perlu untuk penerima.
  11. Tekan butang Continue.
  12. Pada laman seterusnya, tekan link Request a TAC number. Anda akan menerima SMS yang mengandungi nombor TAC. Masukkan nombor TAC tersebut di ruangan yang disediakan.
  13. Semak semula maklumat pindahan wang anda. Tekan butang Confirm.
  14. Transaksi anda berjaya. Tekan Print Receipt untuk menerima resit pindahan anda.

 

Akhir kalam

Cara transfer duit Maybank2u

Artikel ini hanya berkongsi cara transfer duit Maybank ke Maybank dan juga dari Maybank ke akaun bank lain melalui Maybank2u.

Kami tidak berikan panduan spesifik seperti cara transfer duit Maybank ke BSN. Ini kerana kaedah untuk buat pindahan wang ke akaun bank lain seperti di atas adalah terpakai untuk semua bank.

Gunakan kemudahan yang ada ini sebaik mungkin dengan Maybank.

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • cara transfer duit maybank
  • cara transfer mybank2u
  • bagaimana nak tranfer duit guna maybank 2u
  • cara bank in duit mybank2u
  • cara transfer duit dari maybank2u
  • dinner7me
  • maybank transfer duit ke akaun bank lain
  • maybank2 u insrant transfer bermaksud
  • transfer maybank2u ke maybank

1 thought on “Cara Transfer Duit Maybank ke Maybank (Guna Maybank2u)”

Leave a Comment