Jika anda salah seorang penerima BPR Fasa 2 2021, semasa buat semakan BPR secara online, tentu anda akan nampak paparan yang menunjukkan Bantuan Prihatin Rakyat dalam proses pengkreditan. Sangat pelik bunyinya dan susah nak faham kan?
Apa maksud status ini?
1. Maksud BPR dalam proses pengkreditan
Sebenarnya, dalam bahasa yang mudah, BPR dalam proses pengkreditan itu bermakna duit Bantuan Prihatin Rakyat anda masih lagi sedang dalam proses untuk dimasukkan ke dalam akaun bank pilihan anda.
Pengkreditan terus di sini bermakna duit BPR akan terus masuk ke akaun anda.
Namun, proses untuk masukkan duit kadang-kadang bukanlah seperti kita buat Instant Transfer dari satu akaun ke satu akaun yang lain. Ia mengambil masa.
Lebih-lebih lagi untuk jutaan penerima BPR.
Kami harapkan, anda boleh bersabar menunggu duit BPR anda.
2. Pengkreditan terus, duit masuk terus ke akaun bank
Sebelum itu, izinkan kami berkongsi
Secara ringkasnya, cara pembayaran BPR terbahagi kepada dua, iaitu pengkreditan terus ke dalam akaun bank dan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Hanya pemohon yang layak sahaja akan menerima duit BPR melalui bank yang didaftar semasa permohonan.
- Pastikan nombor akaun betul
- Buat semakan kelulusan BPR dan bayaran, hanya apabila tarikh pembayaran BPR diumumkan
- Kerajaan Malaysia akan membuat proses pengkreditan terus ke dalam akaun bank pilihan masing-masing
3. Senarai bank yang buat proses pengkreditan terus
Berikut ialah bank yang akan membuat proses pengkreditan terus ke dalam akaun penerima.
Bank-bank yang boleh proses pembayaran BPR adalah seperti berikut:
- Affin Bank
- Agro Bank
- Alliance Bank Malaysia Berhad
- Am Bank Berhad
- Al Rajhi Bank
- Bank Islam Malaysia Berhad
- Bank Rakyat
- Bank Muamalat Malaysia Berhad
- Bank Simpanan Nasional (Klik untuk semak baki akaun BSN)
- CIMB Bank Berhad
- Citibank Berhad
- Hong Leong Bank
- Hongkong Shanghai Bank Malaysia Bhd
- Maybank (Klik untuk semak baki akaun Maybank)
- OCBC Bank
- Public Bank Berhad
- RHB Bank Berhad
- Standard Chartered Bank Malaysia Bhd
- United Overseas Bank (Malaysia) Berhad
Akhir kalam
Usah bimbang bila anda buat semakan BPR Fasa 2 2021, duit masih lagi belum masuk. Jika anda nampak paparan BPR dalam proses pengkreditan, duit BPR akan tetap masuk.
Cuma ia akan mengambil sedikit masa.
Sudahlah, jangan risau-risau.
Semoga sedikit perkongsian ini dapat melegakan anda.
Bagi mana-mana individu yang Tidak Lulus permohonan Bantuan Prihatin Rakyat, sila buat rayuan BPR. Mudah-mudahan, segala urusan dipermudahkan.
Semoga bermanfaat.
Berapa lama proses pengkreditan ini akan berlaku …raya sudah tinggal berapa hari lagi tapi duit bpr masih dalam proses pengkreditan tolong la percepatkan proses pengkreditan saya ini
Trima kasih
Esok dah raya , still duit bpr tak masuk lagi !! Dah lama tengah tunggu. Harap boleh dapat dalam hari ini.
kenape bantuan bpr gagal tiada lulus.bpr fasa pertama stauts lulus bayaran fasa kedua stauts gagal pulak
Sampai skrg blm masuk lg masih dlm prose’s pengkreditan
masa nk pembukaan sekolah tempoh hari bulan Feb 2021 saya dapat rm300.
sekarng tk lulus ape hal
bukan sy bekerja dah la susah pkp ni
pkp ni dh la susah kerja
bantuan pulak cakap tidak Lulus
(DALAM PROSES PENGKREDITAN) Bahasa ape yg dipakai ni? Lain kali jgn guna prkataan LULUS kalau belum msk lg. wt sakit hati.. lulus tp byr 2 kali. ape ke benda la.. banyak bengap kerana menyusahkn rakyat lg. x habis2 die punye boloh.
Buleh ka saya guna akaun bank kawan saya untuk bpr saya
Duit BPR saya dh lama masuk dlm akaun bank Islam tapi saya check application saya utk status kredit masih dikatakan ‘dalam proses pengkreditan’ sedangkan duit BPR saya memang dh masuk dlm akaun. Hairan pulak saya. Duit BPR ayah saya lagi entah bila la nak masuk dlm akaun BSN. Mohon percepatkan proses pengkreditan BPR ayah saya ya. Terima kasih.
Dah 2 minggu ni asyik dlm proses pengkreditan jer ni..bila ya nk masuk ke ac ni ya..sape2 yg maybank tk masuk2 lg, ada ker sape yg maybank tk masuk2 lg?
Sampai ke harini belum masuk lgi.. cek kata dlm proses 😔
Knape bpr sya msih dalam proses pengkreditan .. tak masuk2 lagi . Sampai bila nak tunggu .. 😔
sama laa dgn sy.. duit masih blm masuk.. dlm proses pengkreditan.. bank cimb.. hmmm
Dah lepas raya duit sy blm masuk lg..org lain dh habis guna sy masih tggu
duit bpr dlm proses pengkreditan msuk akaun suami..tpi akaun suami dh x aktif..bagaimana sy nk maklumkan supaya duit bpr masuk kt akaun saya…bole x bantu sy bagaimana cara?