Cara Instant Transfer BSN (Guna ATM & Online Banking)

Macam mana cara Instant Transfer BSN? Jika anda mahu hantar duit kepada orang lain seperti keluarga dan kawan-kawan yang tidak mempunyai akaun BSN (contohnya Maybank dan CIMB), anda boleh baca panduan untuk pemindahan segera Bank Simpanan Nasional seperti di bawah.

Langkau artikel ini jika anda mahu baca cara bank in duit BSN ke dalam akaun sendiri.

Pemindahan segera Bank Simpanan Nasional

BSN sebenarnya memudahkan kita semua untuk membayar bil kad kredit dan pemindahan wang ke dalam akaun bank-bank lain pada bila-bila masa.

Walau bagaimanapun, menurut laman web MyBSN, perkhidmatan dan transaksi Instant Transfer BSN ini  hanya boleh dilaksanakan melalui mesin ATM di seluruh rangkaian MEPS Pindahan Segera, dan bukan secara online.

Untuk kepastian, jemput baca tentang pemindahan segera BSN di laman web rasmi MyBSN di sini

Cara Instant Transfer BSN guna ATM

Pemindahan wang kepada bank-bank lain seperti CIMB, Maybank, Bank Islam dan lain-lain, boleh dilakukan pada bila-bila masa melalui ATM BSN atau mana-mana ATM dalam rangkaian MEPS Pemindahan Segera.

Urusniaga melalui Instant Transfer ini berkuat kuasa serta-merta. Ini bermakna, jika anda hantar duit kepada seseorang, pihak di sana akan terus dapat duit tersebut.

Anda boleh memindahkan sehingga RM30,000 sehari.

Waktu operasi untuk anda buat transaksi Instant Transfer di ATM BSN di cawangan adalah bermula dari jam 7.00 pagi hingga 11.45 malam.

Walau bagaimanapun, waktu operasi untuk anda melakukan transaksi di ATM Off Premise adalah bermula dari jam 2.00 pagi sehingga 11.45 malam

  • Pergi ke mana-mana ATM BSN
  • Anda juga boleh pergi ke mana-mana ATM MEPS yang menawarkan kemudahan Instant Transfer.
  • Masukkan kad ATM anda dan masukkan nombor PIN anda
  • Pilih MEPS Interbank Transfer
  • Pilih bank penerima pilihan anda
  • Masukkan jumlah yang hendak dipindahkan
  • Nama penerima akan tertera di skrin
  • Sila sahkan butiran dan pilih ‘Teruskan’ untuk melengkapkan transaksi
  • Skrin yang menyatakan bahawa anda berjaya melaksanakan transaksi akan terpapar sebaik sahaja transaksi selesai.
  • Simpan resit anda untuk rujukan masa depan.

Jika masih keliru, boleh rujuk video di YouTube: https://www.youtube.com/watch?v=MeSFaM7DQkM

Cara Instant Transfer BSN secara online

Seperti yang diberitahu di atas, dan atas pembacaan kami, tidak ada cara Instant Transfer BSN online.

Yang ada hanyalah Interbank GIRO (IBG). Ini bermakna, anda boleh buat pindahan wang kepada akaun bank lain yang tersenarai. Bukan sahaja boleh buat pindahan, anda juga boleh bayar kad kredit, insurans dan pinjaman.

Sila rujuk panduan IBG di sini.

Senarai bank yang boleh buat pemindahan segera

  • Affin Bank
  • Agro Bank
  • Alliance Bank
  • AmBank
  • Al Rajhi Bank
  • Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB)
  • Bank Kerjasama Rakyat
  • Bank Simpanan Nasional
  • CIMB Bank
  • Hong Leong Bank
  • Kuwait Finance House
  • Maybank
  • Public Bank
  • RHB Bank
  • Citibank
  • HSBC Bank
  • UOB Bank
  • Standard Chartered Bank
  • OCBC Bank
  • Bank Muamalat

Caj pindahan segera Bank Simpanan Nasional

Affin Bank RM0.50
AgroBank RM0.50
Alliance Bank RM0.50
AmBank RM0.50
Al Rajhi Bank RM0.50
Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) RM0.50
Bank Kerjasama Rakyat RM0.50
Bank Simpanan Nasional RM0.50
CIMB Bank RM0.50
Hong Leong Bank RM0.50
Kuwait Finance House RM0.50
Maybank RM0.50
Public Bank RM0.50
RHB Bank RM0.50
Citibank RM0.50
HSBC Bank RM0.50
UOB Bank RM0.50
Standard Chartered Bank RM0.50
OCBC Bank RM0.50
Bank Muamalat RM0.50

Akhir kalam

Ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk memudahkan transaksi bank in, ataupun memindahkan wang kepada individu tertentu atas urusan kerja, urusan harian serta kepada orang yang tersayang.

Cuma, artikel ini hanya berkongsi cara Instant Transfer BSN melalui ATM sahaja. Tidak ada cara untuk buat pindahan Instant Transfer secara online.

Diharapkan agar perkongsian ini dapat memberikan serba-sedikit maklumat kepada anda, untuk membuat urusan perbankan.

Gunakan kemudahan yang ada sebaik mungkin dengan BSN.

Semoga bermanfaat.

45 thoughts on “Cara Instant Transfer BSN (Guna ATM & Online Banking)”

    • Harap pihak BSN buat instant transfer dgn segera , bukan apa kadang kita jauh nk transfer kt fmly pakai ibg kn kt situ da payah cket .. Kot2 la org tua mmg nk pakai sgt duit tuh ada hal kecemasan ke apa macam mana ? Pleaseee BSN buat laa instant transfer .

      Reply
    • Sebenarnya ada instant transfer ni. Tuan/puan hanya perlu telefon customer service bsn dan minta utk aktifkan mybsn sahaja. Kemudian nanti akan ada option utk transfer dan lain lain.

      1300 88 1900

      Reply
  1. Bsn ni menyusahkan org. Tujuan banking online utk memudahkan urus niaga dlm talian. Klau xbleh instant transfer susahlah.. BSN tolonglah jgn berkepentigan diri sendiri melampau lampau

    Reply
    • Apatah lg musim BSH + PKP = Lilit 1 Building Bebaris tuh.. Ber Jam2 Baris tuh bkn buat Crita saja.. TV pn ada main.. sampai Sanaaaa……….. Bah barisan tuh.. Bkn Lucu kah Bjam2 sy baris tuh maw Instant Transfer pula.. Bjam2 juga app MyBsn.. Bsn nih mmng taw keadaan nih cuma… Mmmm.. x elok lah apa yg sy nak andaikn.. x peh lah sy pn kurang2 dah guna bsn.. ganti maybank.. agrobank pn ok.. yg blh instant pnya.. hahahaha

      Reply
    • Sebenarnya ada instant transfer cuma Tuan/puan perlu hubungi customer service BSN dan minta utk aktifkan mybsn. Dah selesai nanti akan ada option utk transfer dan lain lain. Harap membantu.
      No customer service: 1300881900

      Reply
  2. Semalam petang dalam kol 4.30 saya transfer online BSN ke mybank tapi masih belom masuk duit itu kat akaun mybank BSN SAYA DA KENA TOLAK DUIT ..DUA KALI TRANSFER ..MACAM MANA NAK BUAT YE

    Reply
  3. Bsn ni bg aku antara bank yang terbangang jugak la kat Malaysia ni.. Servis slow.. Instant transfer takleh buat… Serba serbi lembab..

    Reply
  4. Semalam saya transfer duit dr BSN ke Bank Islam melalui online tp masih juga duit tu saya blm dpt. Saya nak adakah masa yg lama akan diambil utk duit tu masuk ke akaun Bank Islam?

    Reply
  5. hari ni saya ada transfer duit dari BSN ke Bank Islam guna online banking tapi duit tu belum masuk lagi dalam account Bank Islam tapi dari account BSN dah ditolak. AMIK MASA YG LAMA KE NAK TUNGGU DUIT TU TRANSFER BETUL2?????

    Reply
  6. bank-bank lain dh maju kedepan…Instant Transfer la..Duit Now la…BSN tetap juga duduk dlm gua…service slow, bukan online banking je tp kat kaunter pun sama..customer 2 org pun kena tgu smpi sejam…complain mcm mna pun tetap kayu.

    Reply
  7. Sy ada buat transfer ibg dekat maybank, pada 14-Sep-2020 18:38:29 PM. Tapi sampai sekarang pemilik akaun belum terima RM100 dari bank bsn. Peyata resit sudah pun SUCCESSFUL, pemilik akaun maybank belum lagi terima.

    Reply
  8. Adakah pihak BSN mewujudkan mybsn atas sebab ingin mudahkam urusan pelanggan atau sebab malu kerana hanya bsn yg blom ada kemudahan dalam talian nie…..klo rasa2 buat mybsn hanya untuk menutup malu rasanya x payah pon x pe kot…..sebab bukannya makn Memudahkan mapi malah makin menyusahkan adalah….. Semoga adalah perubahan…. Ingat bank dibawah kerajaan nie mudah dri bank2 yang lain… Ternyata lagi teruk…. Bangang….

    Reply
  9. Itula. Buatla kemudahan duitnow ke, instant transfer ke. Ni kalau nk transfer duit kat mak ayah, perlu tunggu 5/6 jam baru masuk duit ke acc yg di transfer. Please bsn, upgrade lg sistem onlibe banking. Jgn hnya pd ibg shj.

    Reply
  10. Sy dh byk kali cuba transfer duit guna bsn online ke akaun bsn anak sy.tp disitu takde permilihan transfer duit dri BSN ke akaun BSN lain.bila pegi bank die kata akaun anak sy aktif.tp bila sy tnye knp dri BSN online tak boleh nk transfer ke akaun bsn lain,jwpn kerani tu..hanya boleh transfer guna mesin atm.aduhaiii..apelah bengap sgt bsn ni??bnda mudah ade nk suruh jgk org beratur pegi bank.

    Reply
  11. Saya nak tanya kenapa bila nak transfer tak boleh erk? Code no tak masuk selalu masuk tapi kali ni nak transfer code pengesahan tak masuk. Tolong balas kenapa ya?

    Reply
  12. Saya nak tanya kenapa bila nak transfer tak boleh erk? Code no tak masuk selalu masuk tapi kali ni nak transfer code pengesahan tak masuk. Tolong balas kenapa ya? .

    Reply
  13. Dengan semangat dan gembiranyerr dah dapat buat buat online bank in hari ni. Sekali dah masuk…rupanyerr hanya boleh tgk amount jer dalam tu. Ingatkan buat online bank in ni nak memudahkan la pengurusan sy utk interbank online ..tapi rupenyerr hampa dan kecewa. Please BSN upgrade services utk memudahkan org ramai..lebih2 lagi zaman covid ni.

    Reply
  14. apa la bsn ni. nak instant transfer online takda, kena guna atm. atm dah la berapa biji je. pastu asyik rosak, duit habis. nak buat online kena guna ibg. dah la makan hari nak transfer duit. duduk dalam tempurung ke mcmana. improve la bank2 lain semua berkembang seiring zaman. masalah sebab ada urusan2 tertentu cuma boleh pakai bsn. kalau tak dah padam nama bsn ni dari kamus hidup

    Reply
  15. BSN adalh BNM…spatut nye mmg kena ada instant transfer..mnyusah kn org btol klau ade yg emergency.tlng upgrade system anda..😎

    Reply
  16. Septutnya dh nma online ni mestilah kena memudahkn org kan.. ni dak.. adoila.. tlg tgok sma jiran2 yg dok makin maju.. ni dak.. baik xyah online banking klu cmtu nk kna p atm juga.. tujuan online bnking ni serba serbi hjung jari.apa2 senang.. memudhkn, cepat.. klu da online bnking tp dok kena p atm gak wassalam ja.. kena plk dok tmpat hat jauh dr pekn sikit ka pa tmbh2 la pkp org bnyak dok qumah..

    Reply
  17. Adakah pengurusan tertinggi dalam BSN sangat lemah dan kurang bijak berbanding dengan bank2 lain?apakah yang mereka lakukan selama ini dalam jawatan yg dipegang hinggakan instant tranfer pun xmampu dilaksanakan dlm sistem online..amat memalukan

    Reply
  18. Saya masih pelik kenapa kat komen2 ni ada yang cakap buat transfer IBG dan sebagainya?
    Ada pula yang cakap dah buat online transfer tapi duit masuk lambat?

    Dah sepuluh kali saya godek website MyBsn ni… saya tak jumpa mana2 link atau button untuk online transfer.
    Jangankan instant transfer… IBG pun tak jumpa. Sebenarnya MyBsn ni kalau tak boleh online transfer… apa faedahnya???

    Reply
  19. Saya nak buat transfer duit secara online ..kenapa tak boleh? Maybnk ok je ada transfer duit ke bank2 lain..mudahkn keje kita lh ada transfer online niii…

    Reply
  20. Sikit pnya semangat aku gi register no hp terbaru kt kaunter Bsn..dh le sop ketat time ni.Bila dh siap online banking rupa2nya just bleh tngok balance je…lain2 function pn tkde??Ciss…ni le bank paling bongak dlm dunia canggih skrngni!!Tipah tertipu akhirnya kak Limah..

    Reply
  21. boleh transfer duit both ibg and instant transfer. Caranya once dah ada login id mybsn, call bsn call center utk activate kan online transactions. dlm masa 5 minit ianya akan di aktifkan. instant transfer boleh pilih melalui DuitNow.

    Reply

Leave a Comment