JHEV Online: Senarai Skim Bantuan Veteran ATM

Timbul persoalan di dalam hati, adakah veteran ATM atau veteran tentera dibela? Mereka itu pejuang negara! Itu yang boleh kita nyatakan setiap kali melihat kelibat anggota negara. Apatah lagi, veteran-veteran tentera yang telah banyak mencurahkan jiwa dan raga demi keamanan negara dikecapi hari ini. Mereka bukan hanya masuk JHEV online untuk melihat bantuan semata-mata.

Pasca pencen, sememangnya mereka mahu berehat. Tetapi pernahkah kita terfikir mengenai nasib dan pembelaan terhadap veteran-veteran tentera ini? Ada dalam kalangan mereka mendapat kecacatan kekal demi mempertahankan negara.

Itu belum diambil kira veteran yang menghidapi penyakit kerana faktor usia. Bantuan yang mereka dapat juga, tidak boleh dibandingkan dengan bantuan sara hidup rakyat yang diberi kerajaan kepada orang awam.

Izinkan kami di The Rohani berkongsi.

Siapa veteran ATM?

Tahukah anda bahawa selain anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pasukan simpanan ATM yang dikerah sepenuh masa juga dianggap sebagai veteran tentera.

Begitu juga dengan pasukan Force136, Sarawak Rangers dan tentera British yang berkhidmat di Tanah Melayu termasuklah Singapura.
Secara puratanya seramai 5,000 anggota tetap ATM meninggalkan perkhidmatan setiap tahun dan dianggarkan ketika ini ada seramai 450,000 veteran tentera di seluruh negara.

Kebajikan terjaga atau tidak?

Namun persoalannya adakah nasib veteran-veteran tentera di negara ini dibela? Siapakah yang membela nasib golongan yang telah banyak berjasa ini? Adakah mereka layak mendapat bantuan kerajaan atau perlu buat pinjaman seperti orang lain?

Untuk pengetahuan semua, nasib golongan veteran tentera di negara ini tidak pernah diabaikan, malah ada jabatan khas yang ditugaskan untuk menjaga dan bertanggungjawab terhadap veteran tentera. Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM atau JHEV.

Samada yang ada pencen atau tidak berpencen layak atau tidak, sila ajukan persoalan tentang kelayakan kepada JHEV. Tidak perlu sampai mahu buat ASB loan, hanya untuk menyara keluarga.

Skim bantuan veteran ATM (dari JHEV online)

Terdapat banyak skim bantuan untuk golongan veteran ATM diuruskan oleh JHEV online. Skim-skim tersebut ialah:

 

Skim Bantuan Sara Hidup

Bantuan veteran ATM yang paling utama ialah tentang bantuan sara hidup. Skim ini berbentuk bantuan kewangan berjumlah RM300 sebulan untuk meringankan beban veteran tentera.

 

Bantuan Persekolahan dan Kolej Vokasional Kebangsaan

Skim yang bertujuan membantu membiayai persekolahan anak-anak veteran tentera yang kurang berkemampuan. Kadarnya berbeza mengikut tahap. Untuk bantuan sekolah rendah, kadarnya ialah RM500 setahun manakala untuk sekolah menengah dan kolej vokasional pula RM700 setahun.

 

Bantuan kemasukan ke Universiti Awam/Politeknik

Bertujuan membantu daripada aspek kewangan untuk pendaftaran kemasukan anak-anak veteran tentera ke universiti awam atau politeknik. Kadar bantuan adalah sebanyak RM1,000 untuk program diploma dan RM1,500 untuk program ijazah. Namun begitu, bantuan ini hanya untuk universiti awam dan politeknik sahaja.

 

Bantuan peralatan pesakit

Ini adalah untuk memberi bantuan kewangan kepada veteran tentera, isteri serta tanggungannya untuk membeli peralatan pesakit seperti kerusi roda, tongkat dan sebagainya.
Maksimum kadar peralatan adalah RM5,000.

 

Bantuan Bencana Alam

Kadar maksimum RM5,000 disediakan sebagai bantuan untuk meringankan beban veteran tentera yang ditimpa bencana alam seperti ribut, kebakaran dan sebagainya.

 

Rawatan Perubatan Percuma

Selain daripada skim serta bantuan veteran ATM melibatkan duit yang disenaraikan, veteran-veteran tentera juga layak untuk mendapatkan rawatan perubatan secara percuma di hospital dan klinik kerajaan.

 

Bantuan Harapan Negara

Ini ialah Bantuan Harapan Negara, satu inisiatif baru yang dimulakan pada tahun 2019.

Pemohon yang layak membuat permohonan BHN 2019 mesti memenuhi  syarat-syarat dan kriteria-kriteria seperti berikut:

  1. Veteran ATM,
  2. Tarikh tamat tempoh perkhidmatan (TTP) sebelum/pada 31 Disember 2019,
  3. Bermastautin di Malaysia,
  4. Veteran yang layak menerima Bantuan Sara Hidup 2019 Persekutuan,
  5. Perlu membuat permohonan untuk mendapatkan BHN 2019 bagi:
  6. Veteran ATM Tidak Berpencen yang belum pernah memohon Bantuan SVTB1M dan BBN 2017; dan
  7. Bakal Veteran ATM ( TTP sebelum/pada 31 Disember 2019).
  8. Veteran dengan jumlah pendapatan isi rumah kasar bulanan RM 4,000 dan ke bawah (B40), dan

Tidak dipanjangkan kepada balu/duda/tanggungan/waris.

Maklumat lanjut di https://bhn.jhev.gov.my/bhn2019/

 

Permohonan bantuan veteran ATM

Semua permohonan skim serta bantuan yang disediakan ini boleh dimohon oleh veteran tentera dengan mengisi borang permohonan di pejabat-pejabat JHEV cawangan negeri atau dimuat turun daripada laman JHEV onlie di web www.jhev.gov.my.

Borang permohonan mestilah diisi sendiri oleh pemohon iaitu veteran tentera atau warisnya. Permohonan-permohonan berkenaan seterusnya diserahkan kepada pejabat JHEV mengikut
lokasi veteran tentera tersebut menetap.

 

Semak status permohonan veteran ATM

Semakan status permohonan pula boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman web  https://vetis.jhev.gov.my.

Berdasarkan fakta-fakta yang dijelaskan di atas, ternyata pelbagai bentuk bantuan disediakan kepada golongan veteran tentera.

Bantuan-bantuan ini menafikan segala tohmahan atau cakap-cakap yang kononnya golongan veteran tentera diabaikan dan tidak dihargai.

Sedangkan jika dilihat kepada senarai bantuan, sehingga ke waris veteran tentera turut mendapat manfaatnya. Ini sekali gus dapat meringankan beban kewangan golongan veteran.

Kerajaan memperuntukkan jutaan ringgit untuk veteran tentera

Secara keseluruhannya, jasa serta pengorbanan veteran tentera sentiasa diambil berat oleh kerajaan. Komitmen kerajaan untuk menjaga kebajikan veteran tentera ini boleh dilihat menerusi penubuhan sebuah jabatan yang khusus memfokus kepada golongan itu.

 

Akhir kalam

Diharapkan setiap bantuan yang disediakan kepada golongan veteran ATM ini akan digunakan sebaiknya dan dimanfaatkan.

Benar bantuan-bantuan ini tidak cukup untuk membayar segala keringat yang dicurahkan veteran tentera dalam mempertahankan keselamatan serta keamanan negara, namun sekurang-kurangnya dapat membantu melancarkan kehidupan mereka.

Bagi yang perlukan alternatif, boleh cuba cara buat pinjaman Koperasi Tentera pula.

Semoga bermanfaat.

23 thoughts on “JHEV Online: Senarai Skim Bantuan Veteran ATM”

  1. Please accept my/our(family) sincere thanks and appreciations to all staffs of JHEV ATM and Kerajaan Malaysia.

    “SYABAS MALAYSIA 2019”

    Reply
    • Assalam mualaikum dan selamat pagi.
      Adakah ini Web side RASMI JHEV ATM? Nampak bukan. Walau bagaimana pun info yg di kongsi boleh diguna pakai. Guna lah LINK JHEV ATM yg sah/rasmi. Terima kasih

      Reply
  2. Kenapa bantuan untuk veteran tentera cuma RM250.00 sahaja,sedangkan yang dijanjikan RM500.00 ?Tolong jelaskan sikit

    Reply
  3. ASSALAMUALAIKUM TUAN SAYA NAMA KASIM BIN DIN .NO.KP :511218025185 NO. TENTERA : 932169 TELAH MEMBUAT PERMOHONAN PINGAT JASA MALAYSIA (PJM) PADA TAHUN 2019. MOHON SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN PINGAT JASA MALAYSIA KERANA SEHINGGA 19 APRIL 2020 BELUM MENDAPAT KEPUTUSAN .EMAIL [email protected] .tel : 0195668709.SEKIAN TERIMA KASIH

    Reply
  4. Assalamualaikum tuan saya no tentera 712332 Kasmani Bin Terubos telah membuat permohonan bantuan kemasukan ke ipta anak saya Muhammad Faiz Bin Kasmani nombor kp 010630-10-0495 kerana belum terima bantuan sehingga hari ini….mohon penjelasan…sekian terima kasih

    Reply
  5. Assalamualaikum… saya zapuan bin lan..tolong semakkan saya punya permohonan bantuan sekolah dari tahun 2013 dan 2016 sehinggalah ke hari ini tiada jawapan langsung.saya tolong bagi penjelasan.

    Reply
  6. Asalamualaikum tuan, saya mohd. Zaman bin md. Nor (1066400). Saya pernah buat utk bantuan persekolahan ank2 saya dri thn 2019 hingga kini tidak ada jawapan. Dan juga permohon utk anggota tidak berpencen.. Mhon pencerahan tuan.

    Reply
  7. saya nik sanuri anggota tak berpencen kenapa wang 300 belum masuk lagi dan saya nak minta sumbangan dari pihak jhev kerana saya tidak boleh berkerja kerana saya penyakit jantung minta jasa baik jhev tentang bantuan ini(T1110345)

    Reply
  8. Saya Abdul Rahman b zainal
    No tentera :1085265
    Mykad: 700610065053
    Masuk tentera. 20/10/1990
    Berhenti 20/10/2005
    15 tahun
    Alamat no 52 kampung changkat larang 31500 lahat perak.
    Nama bank: cimb
    No akaun: 7622439979

    Reply
  9. Duit bonos rm300 belum terima dan permohonan bantuan kebajikan untuk anak sekolah tarikh permohonan 20 Mei 2019 sehingga kini tiada jawapan tolong bagi pencerahan terima kasih..

    Reply
  10. Duit bonos rm300 belum terima dan permohonan bantuan kebajikan untuk anak sekolah tarikh permohonan 20 Mei 2019 sehingga kini tiada jawapan tolong bagi pencerahan terima kasih.
    1090670
    721025125863.

    Reply
  11. ASSALAMMUALAIKUM TN. DUIT BONUS UNTUK VETERAN YANG TIDAK BERPENCEN BELUM DI TERIMA SEBANYAK RM 300.00. AKAUN MAYBANK – 108168204412

    Reply
  12. Salam sejhtera diucapkn. Saya no tentera 1039139 mula brkhidmat pada 16 Okt 1980 ttp pd 16 Okt 1990 (tidak brpencen) ingin membri tahu pihk brkenann , bonus rm300 blum dapt lgi ACC BSN 0510541000080198. Sekian t.ksih

    Reply
  13. assalamualaikum…saya T722179 duit bonus rm300 belum terima lagi…sebelum bantuan utk saya yg tidak berpencen dapat…akaun bank Maybank 155078377848..(0194143055)

    Reply
  14. Assalamualaikum.saya Yaacob bin ariffin.masaalah bantuan rm 500 tahun 2020 saya tk DPT kerana dlm buku tamat perkhidmat saya hanya berkhidmat 1 tahun saja .tahun 1994 hingga tahun 1995.sedangkan saya berkhidmat tahun 1987 hingga 1997.masa nk DPT buku saya bgtau salah kata pegawai tu buku tu tk penting tk guna pun bila DTG baru ni org yg berkhidmat tahun tahun 80 an blh DPT rm 500 tu saya tk DPT saya cuba hubung pejabat rekod tk DPT hanya yg DPT bahagian masuk duit saja dan minta tlg merata dia kata tk blh hanya pejabat rekod saja tp saya call pejabat tk DPT.

    Reply
  15. asslmkm …saya yuri yusof harninder bin abdullah ..bantuan kebajikan BSH jhev RM300/=,saya telah terima kelulusan sejak feb 2021(5/2/2021),tetapi sampai kini tak terima (tak masuk akaun bank saya -bank muamalat ) no akaun 04020002138728..dalam musim covid ini semua rakyat susah terlebih susah pada yang amat memerlukan ..sekarang ini bulan mei,2021 ..bolih tolong bagi maklum balas …jasa baik tuan puan saya sangat hargai dan diucapkan ribuan terima kasih…selamat hari raya aidilfitri ..maaf zahir batin… terima kasih

    Reply
  16. Assalamualikum Sy badul bin juak. Sy pernah dpt bantuan dari pada pihak tentera. Sy anggota yg tidak berpencen. Akaun bank islam
    01069020439456

    Reply
  17. Assalamualaikum tuan.skrg tahun 2022 saya yg tidak berpencen, saya ingin bertanya kerajaan janji bgi rm350 Januari 2022 tapi saya tidak dapat rm350. Yg lain smua dapat..setiap tahun saya selalu dapat.. tahun 2022 ni lh tak terima rm350,saya sudah daftar jhev dh lama dh..sebab apa

    Reply
  18. Saya memerlukan bantuan pinjaman kewangan utk memperbaharui lesen inspector (NDT Pesawat) setiap 5 tahun sekali..Sy telah mdapat tawaran pekerjaan ttp terpaksa di tolak kerana perlu memperbaharui lesen Inspector bagi kerjaya kejuruteraan pesawat..Mohon bantuan utk memperbaharui lesen saya.. dh penat buka web jhev veteran

    Reply
  19. Saya telah tamatkn perkhidmatan ke 18 tahun pada 2014. No Ten. 1100034. Sehingga sekarang saya tidak pernah mendapatkan duit bonus. Mohon semakan.

    Reply

Leave a Comment