Jika anda seorang kakitangan kerajaan atau pekerja swasta yang termasuk dalam golongan B40 dan M40, pasti tidak sabar menunggu bilakah tarikh permohonan BPR Hasil iaitu Bantuan Prihatin Rakyat akan dibuka.
Jangan bimbang, kami akan senaraikan semuanya yang anda perlu tahu tentang Bantuan Prihatin Rakyat diumumkan dalam Bajet 2021 baru-baru ini termasuk permohonan bujang, permohonan keluarga, semakan dan juga rayuan.
Permohonan BPR 2021 (Bujang & Keluarga)
Setakat ini, Bantuan Prihatin Rakyat baru sahaja diumumkan. Jadi, masih lagi belum ada cara daftar BPR bagi membolehkan anda untuk buat permohonan BPR lagi.
Kami menjangkakan, LHDN akan menggunakan direct link yang baru iaitu: https://bpr.hasil.gov.my
Apa-pun, kami akan kemaskini sejurus mendapat maklumat yang terkini.
Apa yang penting, bantuan ini adalah untuk menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) yang diperkenalkan semasa zaman bekas Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak.
Jumlah Bantuan Prihatin Rakyat 2021
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan kerajaan akan menggantikan Bantuan Sara Hidup atau BSH kepada Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR dengan kadar bantuan dan kategori pendapatan yang lebih baik seperti berikut:
#1 Isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dan mempunyai sehingga seorang anak akan menerima bantuan sebanyak RM 1,200, manakala isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM 1,800
#2 Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM 2,501 hingga RM 4,000 dan mempunyai sehingga seorang anak, bantuan BPR sebanyak RM 800 akan disalurkan, manakala isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM 1,200
#3 Kerajaan turut akan membantu kumpulan isi rumah berpendapatan bulanan antara RM 4,001 hingga RM 5,000. Kategori ini akan menerima RM500 bagi yang mempunyai sehingga seorang anak dan bantuan RM 750 kepada isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih; dan
#4 Individu bujang berpendapatan RM 2,500 ke bawah pula, akan menerima bantuan RM350. Tidak sekadar itu, had umur kelayakan individu bujang diturunkan kepada 21 tahun, berbanding syarat sebelum ini, iaitu 40 tahun.
Walau bagaimanapun, bantuan BPN masih lagi ada sehingga Januari 2021 sahaja.
Sebanyak RM2.2 bilion Bantuan Prihatin Nasional (BPN) fasa kedua bakal disalurkan kepada golongan terlibat pada Januari 2021 nanti.
Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, BPN diperkenalkan untuk mengurangkan beban aliran tunai bagi rakyat yang terkesan ekoran Covid-19.
Apabila diumumkan secara rasmi oleh kerajaan dan permohonan sudah dibuka nanti, tengok dahulu samada penerima BPN 2.0 perlu mohon atau tidak. Apa-apun, kami nasihatkan anda login BPR dan seterusnya ikuti cara kemaskini BPR 2021 jika perlu.
Selepas itu baru boleh buat semakan BPR untuk melihat status kelulusan dan pembayaran melalui portal bpr.hasil.gov.my.
Permohonan BR1M
Salaam….. Mcm mn nk mohon tukar status sy pnye bujang ?
nak mohon online bpr ada link tak
Macam mana nak daftar bpr
What is the date of apply BPR
Please status of my registration. Thank you
SAYA DAH MEMOHON BPR
MACAM MANA NAK SEMAK STATUS PERMOHONAN
TK
SAYA NAK DAFTAR BPR
How to change my marriage status
Macam mane nak mohon bpr.
salam, bagaimana saya nak daftar baru(pemohonan baru)BPR2021?
macam mana nak daftar bpr
Macam mana nak momohon bpr ni saya x pandai
Asalammualikum…
Bagaimana saya nak daftar baru(pemehon bru)DPR2021
Saya belum daftar bpr. Berdasarkan syarat layak bpr, saya memang layak untuk dapat. Saya berharap pihak tuan menghantar emel ke saya kembali agar saya tidak terlepas maklumat sekiranya pendaftaran masih terbuka. Saya berharap bantuan bpr ini mampu membantu saya untuk membayar yuran semester 3 saya nanti. Kerjasama pihak tuan amat saya hargai. Sekian terima kasih.
Saya nak tanya macam mana kemaskini? Boleh tolong ke? Tq
Macam mana nak daftar baru
Saya tak dapat bpr yg baru2 ni dan yg tambahan.boleh beri penjelesan.anak saya dh cek..tapi nak sijil nikah..saya dah bagi sijil nikah..tak juga lulus2.
saya nak daftar bantuan prihatin rakyat
Saya ibu tunggal.
Masih ada anak yg berumur 20tahun dn masih belajar.
Tiba2 bantuan prihatin sy bertukar status bujang