Cara Daftar SPA8i (Log Masuk & Isi Borang di putra12.spa.gov.my)

Kebanyak mak ayah memang mengimpikan anak-anak mereka kerja kerajaan. Jika anda salah seorang yang diberi galakan oleh ibu bapa untuk memcuba nasib jawatan kosong kerajaan, jemput baca cara daftar SPA8i seperti di bawah.

Kami juga akan kongsikan cara log masuk SPA8i untuk memulakan proses isi borang permohonan.

Cara daftar SPA8i

Berikut ialah cara daftar SPA8i secara online.

  1. Layari portal rasmi SPA yang khas untuk permohonan jawatan kerajaan di sini: https://putra12.spa.gov.my
  2. Seterusnya, secara automatik nda akan di bawa ke laman Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam atau SPA8i: https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp.
  3. Laman ini juga dinamakan dengan SPA8i New
  4. Pada portal tersebut, tekan butang DAFTAR MYID BARU.
  5. Pada laman seterusnya, beberapa ruangan perlu anda isikan. Pada ruangan No Kad Pengenalan, masukkan nombor kad pengenalan anda. Tiada jarak atau simbol “-“ dibenarkan.
  6. Pada ruangan No Telefon Bimbit, masukkan nombor telefon bimbit anda yang aktif, dan boleh dihubungi.
  7. Pada ruangan Nama Penuh, masukkan nama penuh anda seperti yang tertera pada MyKad anda.
  8. Pada ruangan Alamat Emel, masukkan alamat emel anda yang aktif dan boleh digunakan.
  9. Di bawahnya ialah seksyen untuk Soalan Keselamatan. Soalan Keselamatan ini akan digunakan oleh sistem setiap kali anda terlupa MyID atau password
  10. Pada ruangan Siapakah Nama Ibu Pemohon, masukkan nama penuh ibu anda.
  11. Pada ruangan Sahkan Nama Ibu Pemohon, masukkan sekali lagi nama ibu anda pada ruangan tersebut.
  12. Pada ruangan Dimanakah Negeri Kelahiran Pemohon, tekan pada ruangan tersebut dan pilih negeri kelahiran anda.
  13. Pada Sahkan Negeri Kelahiran Pemohon, masukkan sekali lagi negeri kelahiran anda dengan menekan ruangan yang disediakan.
  14. Pada ruangan Kod Keselamatan, masukkan kod yang tertera dan dapat anda lihat pada kotak berwarna hitam di sebelahnya.
  15. Tekan butang Daftar.
  16. Pada laman seterusnya, anda akan seksyen untuk MAKLUMAT PEMOHON. Terdapat beberapa ruangan untuk diisikan.
  17. Pada ruangan Alamat Surat-Menyurat, masukkan alamat penuh kediaman anda yang anda sedang menginap dan mudah untuk urusan surat-menyurat.
  18. Pada Poskod, masukkan poskod tempat tinggal anda.
  19. Pada Negeri, pilih negeri untuk tempat tinggal anda.
  20. Pilih bandar tempat tinggal anda pada ruangan Bandar.
  21. Pada ruangan Tarikh lahir, masukkan tarikh lahir anda.
  22. Pada ruangan No Telefon dan juga Alamat emel, telah tertera maklumat yang anda telah isikan sebelum ini.
  23. Pada bahagian Negeri Tempat Lahir, pilih negeri tempat lahir anda pada ruangan Pemohon, Ibu Pemohon untuk ibu anda dan juga Bapa Pemohon untuk ruangan bapa anda.
  24. Kemudian, pada bahagian Lesen Kenderaan, tick pada lesen kenderaan yang telah anda miliki.
  25. Pada Jantina, tick pada jantina anda sama ada Lelaki atau Perempuan.
  26. Pada Agama, pilih agama anda pada kotak tersebut.
  27. Pada Keturunan, pilih keturunan anda.
  28. Pada Taraf Kewarganegaraan, pilih sama ada anda warganegara Malaysia atau tidak.
  29. Pada Taraf Perkahwinan, pilih status perkahwinan anda.
  30. Pada ruangan Ketinggian, masukkan ketinggian anda dalam meter.
  31. Tick di kenyataan di bawahnya sama ada anda sedang berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam/Kerajaan Tempatan/Badan Berkanun/Polis.
  32. Tekan butang SIMPAN.

 

Cara isi borang SPA8i

Di bawah ini adalah kesinambungan dari cara daftar SPA8i di atas. Kami asingkan kerana panduan di bawah ini lebih kepada cara untuk mengisi borang permohonan SPA8i, dan bukan sekadar mengisi maklumat pemohon semata-mata.

  1. Pada laman seterusnya adalah untuk bahagian Maklumat Akademik. Di bahagian ini, anda diminta untuk masukkan semua maklumat akademik anda bermula daripada PT3 atau PMR sehingga ke tahap pendidikan anda yang paling tinggi. Jika anda mempunyai sijil Diploma atau Ijazah Sarjana Mudah atau Ijazah sehingga tertinggi ke PhD, masukkan juga maklumat-maklumat tersebut. Sijil profesional juga boleh dimasukkan.
  2. Setelah anda memasukkan kesemuanya, tekan butang SIMPAN.
  3. Pada laman seterusnya adalah untuk bahagian Maklumat Ko-kurikulum. Bahagian ini terbahagi kepada dua iaitu bahagian Sukan serta bahagian Persatuan/Kepimpinan. Anda boleh masukkan semua maklumat daripada peringkat sekolah sehinggalah peringkat tertinggi iaitu antarabangsa.
  4. Untuk bahagian Maklumat Ko-kurikulum ini, seeloknya anda mempunyai sijil daripada aktiviti yang anda masukkan di setiap ruangan ini. Ini untuk memudahkan jika temuduga diadakan kelak dan anda mampu menunjukkan bukti penyertaan anda dalam aktiviti tersebut.
  5. Kemudian, tekan butang SIMPAN.
  6. Pada laman seterusnya, adalah untuk bahagian Maklumat Tambahan. Bahagian ini penting untuk anda yang mungkin mempunyai maklumat tambahan berkenaan diri anda seperti bakat istimewa dalam sesuatu atau mempunyai pengalaman tambahan. Jenis-jenis bakat seperti kebolehan menari, berlakon, memainkan alat muzik tradisional, menyanyi, komposer, kebolehan dalam bidang fotografi dan sebagainya; anda boleh nyatakan di sini. Ini untuk memudahkan anda disenarai pendek untuk pekerjaan yang sesuai dengan bakat anda.
  7. Setelah anda membuat pilihan, tekan butang SIMPAN.
  8. Proses pendaftaran SPA8i anda selesai.

 

Log Masuk SPA8i

Berikut pula ialah cara log masuk SPA8i. Pastikan anda sudah buat pendaftaran. Jika masuk belum siap sepenuhnya, masih boleh update & kemaskini.

  1. Untuk login ke SPA8i, anda perlu layari laman web utama SPA seperti di atas
  2. Anda juga perlu memasukkan username di ruangan MyID
  3. Masukkan password anda di ruangan Kata Laluan.
  4. Anda akan dapat login ke akaun anda.

 

Akhir kalam

Anggaplah sahaja dengan membaca cara daftar SPA8i hari ini, anda sebenarnya sedang berusaha untuk mendapatkan rezeki yang baik.

Ini hanyalah sekadar panduan daftar sahaja. Ada banyak lagi yang perlu diambilkira seperti cara isi borang SPA8i dengan betul dan juga cara kemaskini SPAi. Kami akan cuba menulis dalam entri yang lain.

Akhir sekali, jangan sesekali berusaha atas niat untuk buat mak ayah gembira. Benar, orang-orang tua kata kerja kerajaan stabil. Gaji penjawat awam juga tidak kurang hebatnya. Namun, itu bukanlah faktor utama.

Carilah dan buatlah sesuatu kerja itu untuk mendapat keredhaan Allah. Itu yang lebih penting.

Semoga bermanfaat.

2 thoughts on “Cara Daftar SPA8i (Log Masuk & Isi Borang di putra12.spa.gov.my)”

  1. Saya sudah letak no KP..tetapi tak dapat sebab dia cakap mesti isi no KP .sedangkan itu no saya memang sudah isi..lagi dia cakap isi no KP..so kenapa dan bagai mana ni KP yang dia mau???

    Reply

Leave a Comment