Cara Mohon Usahawan Muda Kota (usahawanwp.kwp.gov.my)

Jika anda salah seorang individu yang memang lahir atau menetap di Kuala Lumpur atau Putrajaya, anda boleh baca cara mohon Usahawan Muda Kota yang baru sahaja dilancarkan.

Inisiatif Program Pembangunan Usahawan Anak Muda Kota Wilayah Persekutuan datanganya dari Kementerian Wilayah Persekutuan. Boleh rujuk di laman Facebook rasmi di sini.

Namun, untuk warga KL sahaja. Warga Selangor dan negeri-negeri lain tidak dibenarkan.

Namun, jangan bimbang. Boleh cuba pinjaman perniagaan MARA, pinjaman TEKUN COVID, TEKUN Mobilepreneur, bantuan BSN Micro dan macam-macam lagi.

Syarat-syarat kelayakan Usahawan Muda Kota WP

Peluang untuk menyertai program Usahawan Mudan Kota ini terbuka kepada individu yang berminat dalam bidang keusahawanan.

Walau bagaimanapun, keutamaan tetap akan diberikan kepada usahawan baharu atau usahawan sedia ada yang terjejas mata pencariannya akibat pandemik Covid-19.

  • Warganegara Malaysia
  • Lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • Atau menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Walaupun dibenarkan untuk 18 tahun ke atas, keutamaan adalah kepada golongan belia.
  • Jadik bukan bermakna umur 30 atau 40 tahun tidak layak, cuma golongan muda akan diberikan lebih keutamaan.

 

Kebaikan program Usahawan Muda Kota KWP

Berikut adalah beberapa kebaikan jika anda apply program Usahawan Muda Kota ini.

  • Bayaran sewaan nominal atau rendah. Bukan sewa yang tidak masuk akal
  • Permohonan lesen perniagaan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Perbadanan Putrajaya (PPj) akan dipermudahkan. Boleh dapat green lane.
  • Akan mendapat bantuan pembiayaan dan bimbingan perniagaan daripada Agensi Kerajaan
  • Akan diberikan bantuan dan akses dalam mengaplikasikan ekonomi digital daripada pelbagai aspek seperti pengiklanan, pengisian pesanan, komunikasi antara pekerja dan kajian pasaran;
  • Berpeluang mendapat tawaran perniagaan francais. Namun masih tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan
  • Berpeluang mendapat latihan serta tawaran-tawaran dalam bidang keusahawanan yang diumumkan agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan.

 

Lokasi ruang niaga yang ditawarkan dalam program Usahawan Muda Kota

Berikut ialah antara lokasi perniagaan yang akan diberikan:

  • Penyediaan ruang niaga di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur
  • Penyediaan ruang niaga berbentuk kiosk dan side walk café di lokasi strategik
  • Ini adalah di kawasan Central Business District (CBD) dan juga luar kawasan CBD
  • Penyediaan ruang niaga berbentuk kiosk di Hentian Bas/ Teksi di sekitar Kuala Lumpur
  • Penyediaan ruang niaga (pit stop) bagi usahawan FoodTruck.
  • Jika memilih lokasi di Dataran Niaga Belia, Presint 14, Putrajaya; akan disedikan 30 tapak niaga secara percuma selama 6 bulan.

 

Cara mohon Usahawan KWP

Sebelum itu, pastikan anda ada alamat email yang masih lagi aktif untuk buat permohonan ini. Dan lebih baik lagi, sediakan dulu dokumen sokongan siap-siap dalam format PNG atau PDF.

Berikut ialah langkah-langkah dan cara untuk buat permohonan Usahawan Muda Kota.

  1. Layari laman web rasmi KWP di sini: https://usahawanwp.kwp.gov.my
  2. Isikan Bahagian A, iaitu berkenaan Maklumat Pemohon
    • Nama Pemohon
    • Nombor Kad Pengenalan
    • Tarikh Lahir
    • Alamat Email
    • Nombor Telefon
    • Alamat Kediaman (Pastikan berada di KL atau Putrajaya)
    • Poskod
    • Bandar
    • Negeri
    • Status Perkahwinan
    • Nama Pasangan (Sekiranya ada)
    • No. Kad Pengenalan Pasangan (Sekiranya ada)
    • Bilangan Anak atau Tanggungan (Sekiranya ada)
  3. Isikan Bahagian B, iaitu berkenaan Maklumat Pekerjaan terkini
    • Pekerjaan (Sekiranya ada)
    • Pendapatan Sebulan (Ketika ini)
    • No. SSM Perniagaan (Sekiranya ada. Jika belum ada, boleh baca cara daftar SSM dulu)
  4. Isikan Bahagian C, iaitu berkenaan Dokumen Sokongan
    • PENTING: Hanya fail jenis jpg,jpeg atau png sahaja dibenarkan. Saiz fail juga tidak boleh melebihi 10MB.
    • Gambar Pemohon (Saiz yang berukuran passport)
    • Kad Pengenalan Pemohon
      Bil Air / Bil Api yang menunjukkan alamat kediaman
    • Sijil Pendaftaran SSM (Sekiranya telah mempunyai perniagaan)

 

Semakan permohonan Usahawan WP

Pemohon boleh mula menyemak status permohonan mereka mulai 1 Ogos 2020

 

Maklumat lanjut

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan Usahawan Muda Kota, sila ajukan kepada Urusetia, Bahagian Sosio Ekonomi,
Kementerian Wilayah Persekutuan.

Nombor telefon adalah seperti berikut:

  • 03 – 8889 7636
  • 03 – 8889 7644
  • 03 – 8889 7893
  • 03 – 8889 7767
  • 03 – 8889 7853

Alamat e-mel untuk dihubungi pula adalah seperti di bawah:

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian maklumat mengenai cara mohon Usahawan Muda Kota KWP ini dapat membantu anda di luar sana, yang terjejas akibat wabak Covid-19.

Selain PENJANA, kami juga menyambut baik inisiatif kerajaan yang sudi memberikan bantuan kepada rakyat yang dalam kesusahan, terutaman sekali golongan muda.

Bagi anda yang memohon, kami harap anda ikhlas dalam buat permohonan bantuan ini. Jangan main-main. Jika sudah dapat tempat, buat kerja elok-elok.

Bantu pula orang lain yang lebih susah. Kita urusan kita semua dipermudahkan.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment