Permohonan TEKUN Mobilepreneur (Bantuan Untuk Rider)

Jika anda salah seorang rider GrabFood atau Foodpanda yang terjejas teruk dek COVID-19 dan PKP, kami sarankan anda buat permohonan TEKUN Mobilepreneur.

Bagi anda mempunyai perniagaan, anda juga boleh buat pinjaman TEKUN sebanyak RM10,000

Sedikit mengenai TEKUN Mobilepreneur

Ini adalah satu inisiatif kerajaan untuk memberi peluang kepada golongan yang hilang punca pendapatan akibat COVID-19.

Ini adalah pembiayaan modal kepada usahawan perkhidmatan penghantaran motosikal.

 

Nilai pembiayaan

RM1,000 – RM2,000

 

Tempoh pembiayaan

1 tahun dan 6 bulan penangguhan

 

Kadar keuntungan (interest rate)

2% setahun

 

Yuran pemprosesan

RM30 sahaja

Syarat dan kelayakan TEKUN Mobilepreneur

Berikut ialah antara syarat kelayakan yang mesti dipenuhi untuk buat permohonan ini.

  • Warganegara Malaysia
  • Kaum bumiputera / India sahaja
  • Berumur 16-60 tahun
  • Pemohon bukan seorang yang muflis
  • Mempunyai perlantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar seperti Grab dan Foodpanda
  • Mempunyai motorsikal sendiri yang sah dan berdaftar
  • Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam aktiviti perniagaan
  • Peserta perlu mematuhi garis panduan serta terma dan syarat-syart yang dikuatkasakan oleh Kementerian Pengangkutan
  • Pemohona yang mendapat sokongan dan disyorkan oleh mana-mana syarikat e-hailing adalah diberi keutamaan

Cara permohonan TEKUN Mobilepreneur

T5-01-01, MENARA 5,
JALAN LINGKARAN TENGAH (MAJU LINK),
57000, BANDAR TASIK SELATAN
KUALA LUMPUR

Dokumen permohonan TEKUN

Berikut ialah senarai dokumen yang diperlukan

  • Borang permohonan pembiayaan (JPP01 / JPP02 / JPP06 / JPP17)
  • Surat sokongan syarikat e-hailing
  • Salinan Kad Pengenalan pemohonan dan pasangan (jika berkenaan)
  • Gambar pemohon berukuran passport
  • Gambar perniagaan (iaitu gambar pemohon berserta gambar motosikal dan rumah)
  • Salinan lesen memandu B1 / B2 yang sah
  • Salinan geran motosikal milik pemohon yang sah
  • Bil utiliti seperti bil elektrik dan air
  • Penyata bank yang masih aktif atau transaksi terkini
  • Peta lokasi rumah dari pejabat TEKUN (iaitu cawangan yang berhampiran)

Maklumat lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan mahu mengetahui lebih lanjut berkenaan permohonan TEKUN Mobilepreneur ini, sila hubungi pegawai berikut:

Encik Nasrul: 011-3343 4145
Puan Azidah: 019-263 7110

 

Akhir kalam

Kami menyambut baik usaha kerajaan dalam membantu golongan yang terjejas oleh COVID-19 dan PKP.

Golongan ini sebenarnya dan sememangnya dalam kesusahan. Cuma malu mahu meminta-minta. Inisiatif sebegini mampu untuk memberikan mereka harapan dan semangat.

Semoga bermanfaat.

6 thoughts on “Permohonan TEKUN Mobilepreneur (Bantuan Untuk Rider)”

  1. Saya MUHAMMAD IRFAN AFZANI BIN MOHD NOOR ingin tahu cara-cara untuk memohon tekun dan saya adalah rider food panda saya mohon untuk membantu saya cara untuk membuat permohonan di tekun…

    Reply

Leave a Comment