Pinjaman MARA Untuk Perniagaan (Permohonan Loan)

Jika mahu mulakan bisnes dan pening kepala di mana mahu dapatkan permohonan bantuan, jemput baca tentang pinjaman MARA untuk perniagaan seperti di bawah.

Apply dahulu, dapat atau tidak itu belakang cerita.

Sedikit mengenai pinjaman perniagaan MARA

Pinjaman perniagaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) adalah antara kemudahan kewangan yang menjadi pilihan utama usahawan negara ini, terutama di kalangan usahawan Bumiputera. Ada cara-cara khusus dan syarat-syarat kelayakan khas untuk memohon pinjaman perniagaan MARA.

Sebahagian besar daripada syarat kelayakan memohon pinjaman perniagaan MARA biasanya mudah dipenuhi.

Pinjaman MARA untuk perniagaan

Berikut ialah perincian mengenai cara memohon pinjaman perniagaan MARA berserta jenis pinjaman dan syarat kelayakan berkaitan.

Info asas pinjaman perniagaan MARA

MARA ialah agensi kerajaan yang  diwujudkan bertujuan menggalakkan, memudahkan, memajukan dan menjalankan aktiviti pembangunan ekonomi serta kemasyarakatan.

Secara khusus, MARA berfungsi membantu aktiviti ekonomi, termasuk menyediakan kemudahan pinjaman perniagaan untuk usahawan.

Menerusi pinjaman perniagaan MARA, usahawan berkelayakan mampu mengatasi masalah ketidakcukupan dana kewangan bagi melicinkan operasi perniagaan dan mengembangkan perniagaan ke tahap lebih tinggi.

Pembiayaan MARA biasanya antara lain bertujuan membolehkan usahawan membeli aset tetap, menambah modal kerja dan menampung belanja pengurusan.

Pembiayaan menerusi pinjaman perniagaan MARA ini juga dapat digunakan oleh usahawan untuk membeli bahan mentah, bahan separuh siap, bahan siap dan peralatan alat ganti, iaitu bergantung pada keperluan dan kesesuaian perniagaan masing-masing.

Sebahagian besar pembiayaan MARA ialah berdasarkan konsep al-Murabahah.

Untuk keperluan membeli aset  perniagaan, usahawan boleh memilih pinjaman perniagaan MARA di bawah konsep al-Ijarah.

Pembiayaan ini boleh digunakan untuk membeli peralatan mesin, kilang, kenderaan dan aset mudah alih yang lain.

Di bawah skim pembiayaan ini, usahawan menyewa peralatan berkenaan dengan MARA.

Apa yang menarik  ialah setelah nilai bayaran sewa diselesaikan sepenuhnya dalam tempoh tertentu, peralatan berkenaan akan dipindah milik kepada usahawan sebagaimana amalan dalam skim sewa beli kenderaan.

Manakala bagi menampung perbelanjaan mengurus (overhead cost) seperti membayar gaji pekerja, sewa premis, bil fasiliti (elektrik, air dan telefon), usahawan boleh mendapatkan pembiayaan MARA yang ditawarkan menerusi konsep Bai al-Inah.

Syarat asas kelayakan pinjaman MARA

Ada beberapa syarat kelayakan yang perlu diketahui usahawan sebelum memohon pinjaman perniagaan MARA.

Jika syarat kelayakan berkenaan dipenuhi, biasanya tidak sukar untuk MARA meluluskan sesuatu permohonan pembiayaan kewangan kepada usahawan.

Benar, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ada kalangan usahawan merungut menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kemudahan pinjaman perniagaan dari bank dan agensi tertentu, termasuklah MARA.

Namun, hakikatnya MARA masih mengekalkan fungsi asalnya, iaitu membantu aktiviti ekonomi, termasuklah kekal menyediakan pembiayaan kewangan kepada mana-mana entiti perniagaan dan usahawan yang layak.

Antara syarat kelayakan bagi memohon skim pinjaman MARA ialah:

  • Warganegara Malaysia berketurunan Melayu atau Bumiputera
  • Berumur 18 tahun dan lebih
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa
  • Mempunyai lesen / permit / surat kebenaran pihak berkuasa
  • Berpengalaman atau berpengetahuan dalam bidang perniagaan terbabit
  • Modal pemohon pinjaman mestilah 10 peratus daripada kos projek
  • Mengemukakan cagaran / jaminan mencukupi
  • Mesti mengikuti kursus keusahawanan jika pengalaman dalam bidang terbabit kurang daripada enam bulan
  • Menjalani ujian psikometri (kecuali skim pinjaman tertentu)

Sudah tentu syarat memohon pinjaman yang ditetapkan MARA bukan bertujuan menyusahkan usahawan, sebaliknya bagi memudahkan segala proses pembiayaan dan memastikan usahawan benar-benar bersedia untuk melaksanakan projek dan perniagaan terbabit setelah permohonan pinjaman diluluskan.

 

Jenis pinjaman MARA

Ada beberapa skim pinjaman perniagaan di MARA yang boleh dan sesuai dipohon usahawan.

Secara asasnya, terdapat tiga jenis pembiayaan perniagaan:

  1. Pembiayaan Kontrak
  2. Pembiayaan Am (Pinjaman bawah RM500,000)
  3. Pembiayaan Am (Pinjaman dari RM500,000 ke RM5 juta)

Setiap satu dari kategori yang dinyatakan di atas, mempunyai banyak lagi skim di bawahnya.

Walaupun ada banyak lagi skim pinjaman yang disenaraikan di laman rasmi MARA, izinkan kami kongsi beberapa yang ada:

 

Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPIKE)

Antaranya termasuklah Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPIKE) yang dikhususkan kepada usahawan Bumiputera dalam bidang kontrak binaan, perkhidmatan dan elektrik yang memperolehi kontrak dari kementerian atau agensi kerajaan.

 

Skim Pembiayaan Mudah Jaya (SPiM)

Skim pinjaman perniagaan MARA lain ialah Skim Pembiayaan Mudah Jaya (SPiM) untuk pembelian harta tetap, ubah suai premis dan modal pusingan serta Skim Pembiayaan Lepasan iPMa (SEMAi) untuk lepasan institusi pendidikan MARA.

 

Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM)

Skim lain ialah Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM), iaitu satu bentuk jaminan kewangan MARA untuk beberapa bank komersial terpilih bagi mendapatkan kemudahan pembiayaan.

 

MARA Enterpreneur Guarantee Scheme (MEGS)

Usahawan juga boleh memohon skim MARA Enterpreneur Guarantee Scheme (MEGS), iaitu skim kerjasama dengan Bank Rakyat yang MARA bertindak sebagai penjamin pinjaman, manakala Bank Rakyat sebagai penyedia pembiayaan modal kerja, pembelian aset dan pembiayaan kontrak atau projek.

 

Cara mohon pinjaman MARA untuk perniagaan

Ada beberapa prosedur yang perlu diikuti usahawan dalam memohon skim pinjaman MARA.

Isi borang

Untuk bermula, usahawan boleh mendapatkan borang permohonan di mana-mana pejabat MARA berdekatan.

Biasanya usahawan perlu mengisi beberapa borang berkaitan permohonan pinjaman MARA untuk perniagaan, termasuklah borang maklumat peribadi, borang jaminan atau cagaran serta borang permohonan pembiayaan perniagaan.

Business plan

Usahawan yang berminat, perlu sediakan rancangan perniagaan atau business plan untuk pihak MARA. Ini adalah bertujuan untuk melihat samada pemohon benar-benar serius dan mampu untuk menjalakan bisnes.

Kami sarankan agar anda menghubungi sesiapa yang telah berjaya mendapatkan pembiayaan dari MARA dan ikuti nasihat mereka.

 

Akhir kalam

Untuk maklumat lanjut, usahawan boleh hubungi Bahagian Pembiayaan Perniagaan, Tingkat 8, Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur menerusi talian 03-2613 2543 atau 03-2613 2544.

Maklumat lanjut boleh juga diperolehi di mara.gov.my.

Semoga bermanfaat.

41 thoughts on “Pinjaman MARA Untuk Perniagaan (Permohonan Loan)”

  1. SAYA MEMPUNYAI LESEN KONTRAK KELAS F DAN BERDAFTAR DENGAN CIDB. INGIN MEMOHON PINJAMAN TANPA CAGARAN. SEBANYAK RM 50K BAGAIMANA CARANYA..SAYA TINGGAL DI PUTATAN SABAH.

    Reply
  2. Saya mempunyai lesen berniaga untuk bisnes studio rakaman, menerbit/menjual album lagu-lagu tempatan sabah produk CD/DVD bermula dari tahun 2015 lalu.
    Oleh itu saya ingin memohon pembiayaan perniagaan mara sebanyak rm30,000 sekiranya layak

    Reply
  3. Saya mempunyai ssm dan lesen perniagaan.tp sya hnya berniaga di pasar malam boleh ke saya mohon pinjaman mara dan mcm mana caranya

    Reply
  4. Saya berkerja sebagai foreman dan berpengalaman hmpir 10tahun..memang niat nak bukak bengkel..kadang saya buat kerja dekat rumah.. Jadi bolehkah sy buat pinjaman mara 30k?

    Reply
  5. Saya menjalankan perniagaaan produk kesihatan secara sambilan,bagaimanakah saya hendak mendapatkan bantuan tambahan modal dalam perniagaan saya.

    Reply
  6. Salam sejahtera saya menjalankan servis kereta tidak punyai kedai hanya dirumah kediaman, punyai ssm , acc semasa memerlukan pinjaman dari mara,terima kasih

    Reply
  7. Saya menjalankan perniagaan
    Secara talian online menjual produk kecantikan, nutrition produk, supplements dan aksesori wanita dan sya kekurangan modal untuk mengembangkan lg perniagaan sya. Bolehkah saya membuat pinjaman daripada mara

    Reply
  8. Assalamualaikum kami ada kedai menjahit pakaian polis hospital imigresen dan lain lain kami telah berniaga dari 2010 dan masih berniaga sampai hari ini..apakah kami layak mohon bantuan keuangan dari mara untuk menambah pembelian aset mesin jahit dan modal yang lain terima kasih..

    Reply
  9. Assalamualaikum Saya menjalankan perniagaan
    Mobile Spa dan sya kekurangan modal untuk mengembangkan lg perniagaan sya. Bolehkah saya membuat pinjaman daripada mara

    Reply
  10. Saya menjalankan perniagaan
    Mobile Spa dan sya kekurangan modal untuk mengembangkan lg perniagaan sya. Bolehkah saya membuat pinjaman daripada mara

    Reply
  11. suami saya mempunyai lesen perniagaan..kami berdua tidak mempunyai modal untuk berniaga secara kecilan.boleh kah kmi berdua membuat pinjaman mara

    Reply
  12. Sy mempunyai kedai kecil kecilan dan sy hendak memohon pinjaman mara sebanyak rm15,000 untuk mengubah suai kedai dan menambah modal,adakah sy layak untuk memohon pinjaman mara

    Reply
  13. Saya perniagaan perabot jati yg di ambil terus dari indonesia dan ada kedai sendiri.. saya memerlukan modal pusingan sebanyak rm 80k.. layak ke saya nak membuat loan dgn syarikat mara.T.K

    Reply
  14. untuk permohonan pinjaman mara, apa yang perlu saya sediakan untuk document? blh apply oline or walk in dimana-mana cawangan mara yang berdekatan. tq.

    Reply
  15. ASSALAMUALAIKUM,SY DAH BERNIAGA KUIH HAMPIR 4 TAHUN ,SY PUNYAI SSM DAN PUNYAI AKAUN BANK YG AKTIF LAYAK KE SY UNTUK MEMBUAT PINJAMAN MARA BAGI MEMBELI OVEN DAN MIXER YG LAGI BESAR UTK TUJUAN PERNIAGAAN KUIH SY DAN INGIN MEMPERLUASKAN LAGI PASARAN JUALAN KUIH SY

    Reply
  16. untuk permohonan pinjaman mara, apa yang perlu saya sediakan untuk document? blh apply oline or walk in dimana-mana cawangan mara yang berdekatan. TQ

    Reply
  17. Assalamualaikum, Saya ingin memulakan perniagaan kontraktor perumahan. Jadi apa peluang Dan rujukan pada saya untuk mendapatkan permohonan pinjaman mara yang sesuai buat saya. Mohon pencerahan. Terima kasih

    Reply
  18. Assalamualaikum…

    Saya sedang menjalankan perniagaan membuat dan menjual biskut dan pelbagai jenis kek di rumah saya. Saya mempunyai lesen SSM dan saya bercadang untuk mengembangkan perniagaan saya dengan membuka kedai kek. Bolehkah pihak MARA membantu saya dalam urusan mendapatkan ruang/ premis perniagaan serta pembiayaan…

    Reply
  19. Sy perlukan wang model pusingan sebanyak rm100k dn sy ada ssm sya sewa kedai restoran di kawasan taman sungai besi jumlah sewa kedai rm9500 sy perlukan model sebanyak rm100k boleh sy buat pinjaman pada mara tq

    Reply
  20. Saya sedang menjalankan perniagaan di lokasi kuala lumpur iaitu restoran sy kekurangan model dan perlukan pinjaman dri MARA.selain itu saya ada SSM dn DBKL.boleh ke sy buat pinjaman sebanyak 200k

    Reply
  21. Sy berniaga dr rmh menjual makanan dan membuat penghantaran..lebih 6 bulan dan ada lesen berniaga..boleh ka saya membuat pinjaman utk membuka premis perniagaan

    Reply
  22. Saya ada berniaga online seperti cadar dan lain lain dulu saya bukak booth saya tiada lesen perniagaa cuma ada ssm dgn acc boleh ke saya hendak membuat pinjaman bermodalkan hanya 20k

    Reply
  23. Assalamualaikum, Nama saya Muhd Nasrullah Hafiz dari Syarikat PIONEER ENTITY.

    1. Saya telah mendapat KELULUSAN bagi Permohonan Pengambilan Pasir Sungai di Kg.Limbawang, Beaufort.
    2. Terutamanya, Saya memperolehi Kelulusan EIA daripada Jabatan Perlindungan Alam Sekitar pada 23 November 2020.
    3. Dengan itu, TOL saya telah Diluluskan Pada 20 September 2021.

    Setelah KELULUSAN TOL diluluskan, diikuti dengan pembayaran PREMIUM, Kami tidak mempunyai kewangan yang kukuh untuk membuat Pembayaran Premium TOL tersebut dan TIDAK mempunyai Modal yang mencukupi untuk membeli mesin Pam, Hitachi dan permulaan Kerja.

    Kos keseluruhan Projek Pasir tersebut adalah dalam anggaran RM1 Juta Ringgit Malaysia.

    Saya berharap bahawa MARA dapat memberikan Pinjaman agar Projek Pasir yang telah DIluluskan/Diamanahkan kepada saya dapat dijalankan tujuan untuk mengurankan Banjir dan memberikan kesenangan pada penduduk kampung tersebut atas Projek yang Diluluskan.
    Lokasi Kelulusan Projek Pengambilan Pasir Sungai adalah di Sungai Padas, Kg.Limbawang, Beaufort.

    Matlumat Kelulusan Pemgambilan Pasir Sungai di Sg.Padas, Kg.Limbawang, Beaufort adalah seperti berikut:-

    A. NO. KELULUSAN EIA : JPAS/PP/BFT/600-1/04/3/250
    (Jabatan Perlindungan Alam Sekitar)
    B. NO. RUJ. KELULUSAN TOL : P.T 20-06170492
    (Jabatan Tanah & Ukur)

    “SABAH MAJU JAYA”

    Sekian,

    Terima Kasih

    Nama : Muhd Nasrullah Hafiz Lim Abdullah
    Syarikat : PIONEER ENTITY
    Alamat : Kepayan Rumah Murah, Kepayan,
    88300, Kota Kinabalu, Sabah
    Email : [email protected]
    Handphone No : 019 656 2317

    Reply
  24. asalamualikum..saya ada menyewa rumah kedai dan membuat pemerosasan roti canai frozen dan dough masalah saya yang utama modal utk membangunkan perniagaan saya utk membeli mesin dough,kos bahan mentah,sewa kedai,gaji pekerja,bil untiliti..sekarang saya membekalkan hanya pada satu kilang dgn angaran 100,000pcs sebulan.jadi saya hendak memasarkan ke luar dlm negeri terbatas disebabkan masalah modal..adakan saya boleh mendapatkan pembiyaian dari mara
    sekian terimakasih

    Reply
  25. Banyak bantuan perniagaan Yang di berikan. Tapi satu pinjaman pun tidak lepas. Syrat untuk saya selamatkan cfe saya apa?

    Reply
  26. Sy membuat perniagaan penginapan di pulau pangkor perak,sy ada 17 bilik,ada bilik kipas,dan ada bilik econ,sebelum ini org2 yg dtg menginap di tmpt sy ada org dari luar negara,sonsep backpaker,skrg sy kekurang modal untuk menambah baik lagi bilik2 di tmpt penginapan sy

    Reply
  27. saya ada lesen ssm , dan igin memohon rm5k untuk .memulakan semula peniagaan gunting rambut barbershop semula

    Reply
  28. Assalamualaikum, saya ada buat perniagaan perikanan, saya memerlukan modal pusingan untuk penghasilan pengeluaran ikan. Bolekah saya memohon pinjaman mara?

    Reply
  29. Assalamualaikum saya Ada buka kedai runcit saya memerlukan modal pusingan untuk menambah barang dalam kedai saya boleh ke saya memohon pinjaman mara

    Reply
  30. Assalmmuaikom saya meniaga pasar borong harian kl nk buat pjman 15/10 k untuk modal pusigan boleh ker pjam lesen dn ssm ada

    Reply
  31. Kami ada SSM susah lebih daripada 1 tahun,kami berhasrat untuk mohon pinjaman MARA sebanyak RM50,000 untuk memulakan kedai makan. Adakah kami layak untuk membuat pinjaman MARA. Kami kembali dalam keadaan sudah tiada apa-apa Dana kesan daripada pandemic COVID-19. Sebelom ini ada membuat bantuan pinjaman untuk penjaja seperti mana kerajaan lancarkan melalui bank rakyat tetapi gagal disebabkan ketidak stabilan akaun bank syarikat semasa pendemic.

    Reply
  32. Saya ingin memulakan perniagaan atas francais UNCLE BOB Kedai makan&minum tapi saya tiada model untuk memulakan perniagaan tersebut. Bagaimana cara saya untuk mendapatkan modal perniagaan tersebut, besarlah harapan saya sekiranya ada jalan untuk memulakan perniagaan ini terima kasih

    Reply

Leave a Comment