Permohonan Pinjaman TEKUN COVID (Bantuan RM10,000)


Bagi pemilik syarikat PKS yang terjejas dek wabak Coronavirus COVID-19, jangan terlalu risau. Anda boleh cuba buat permohonan pinjaman TEKUN COVID yang berjumlah RM10,000. Faedah cuma 0% sahaja.

Bagi yang ada buat permohonan bantuan PKS BSN, anda tidak boleh mohon pembiayaan Tekun.

Sedikit mengenai Pinjaman Tekun Nasional COVID

Baru-baru ini, kerajaan telah memperkenalkan Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro atau  juga dipanggil Covid Business Recovery – Micro (CBRM).

Pembiayaan Tekun Nasional Covid Business Recovery Micro

CBRM ialah skim pembiayaan mikro yang menyediakan pembiayaan suntikan modal pusingan kepada usahawan TEKUN sedia ada dan usahawan mikro yang terjejas kesan daripada wabak COVID-19.

Pembiayaan bermula dari RM1,000. Namun, kelulusan maksima yang diberikan oleh pihak TEKUN adalah sebanyak RM 10,000 kepada setiap syarikat PKS yang lulus.

Tempoh bayaran balik pembiayaan maksima pula sehingga 3 tahun, iaitu 36 bulan, dengan penangguhan selama 6 bulan.

Covid Business Recovery – Micro (CBRM) merupakan skim pembiayaan mikro yang disediakan untuk perniagaan para usahawan yang berusaha untuk memulihkan dan meningkatkan semula perniagaan sedia ada.

Cara buat permohonan pinjaman Tekun COVID

Bantuan Tekun COVID

  1. Layarai laman web rasmi Tekun di sini: https://fas.tekun.gov.my/cbrm
  2. Jika anda belum ada akaun, sila buat pendaftaran terlebih dahulu di sini: https://fas.tekun.gov.my/cbrm/register
    • Masukkan Nama
    • No Kad Pengenalan
    • Masukkan Alamat Email
    • Masukkan Kata Laluan
    • Sahkan Kata Laluan sekali lagi
    • Tekan Daftar Akaun
  3. Selesai daftar akaun, anda boleh cuba login
  4. Isikan Alamat Email
  5. Isikan Kata Laluan
  6. Tekan Log Masuk
  7. Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap

 

Dokumen sokongan

Terdapat beberapa dokumen yang diperlukan semasa membuat permohonan pembiayaan Tekun COVID.

Dokument tersebut ialah:

  1. Borang Penzahiran Kebenaran Maklumat Individu (JPP/BORANG/17). Boleh download di sini.
  2. Salinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau lesen perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah
  3. Salinan MyKad pemohon dan pasangan
  4. Salinan penyata akaun bank untuk 1 bulan terkini
  5. Salinan salah satu bil utiliti terkini (Bil elektrik / bil air / bil telefon)

 

Kelayakan permohonan pinjaman Tekun COVID

  1. Perniagaan usahawan mikro yang terjejas akibat wabak Coronavirus COVID-19
  2. Merupakan warganegara Malaysia (Bumiputera atau India)
  3. Mestilah berumur 18 – 60 tahun (Tempoh pembiayaan maksimum adalah sehingga umur 65 tahun)
  4. Perniagaan dijalankan secara sepenuh atau separuh masa
  5. Mempunyai lesen / permit PBT (lesen penjaja) / daftar perniagaan yang sah (SSM) atau dokumen lain yang mengesahkan pemohon menjalankan perniagaan.
  6. Tidak disenarai hitam dengan institusi kewangan lain
  7. Bebas daripada tindakan kebankrapan
  8. Mempunyai rekod bayaran balik yang baik dengan TEKUN Nasional (untuk usahawan sedia ada)
  9. Pemohon yang berjaya perlu memilih salah satu kemudahan yang diberikan samada dari Bank Simpanan Nasional atau TEKUN Nasional

Mohon izin untuk mengulang sekali lagi.

Permbiayaan ini terbuka kepada semua sektor perniagaan dengan skim pembiayaan serendah RM 1,000 hingga RM 10,000.

Tempoh pembiayaan maksima pula adalah 3 tahun, manakala tempoh penangguhan pula adalah selama 6 bulan.

Tiada kadar keuntungan yang dikenakan kepada pembiayaan Skim CBRM.

 

Akhir kalam

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang permohonan pinjaman atau pembiayaan Tekun COVID ini, sila hubungi rujuk berikut:

Nombor telefon

  • 03-9059 888

 

Waktu operasi

  • Isnin – Jumaat
  • 9.00 pagi – 5.00 petang

Anda juga boleh layari www.tekun.gov.my

Semoga bermanfaat.

2 thoughts on “Permohonan Pinjaman TEKUN COVID (Bantuan RM10,000)”

  1. Saya Abdul Risham bin Mat. No i/c 750404-09-5097 memohon pertolongan dari pihak tuan untuk memudahkan pinjaman CBRM AT TEKUN. Saya telah beberapa kali cuba masukkan Email [email protected] com tidak berjaya. Saya memohon dari pihak tuan memudahkan cara untuk membuat pinjaman ini.

    Reply

Leave a Comment