Permohonan Rentas Negeri Balik Kampung (Semasa PKPB)


Hari Raya Aidilfitri 2020 semakin hampir. Ramai yang masih tertanya-tanya, bagaimana dengan status permohonan rentas negeri sehingga hari ini? Adakah boleh balik untuk untuk menyambut Hari Raya bersama keluarga?

Permohonan rentas negeri PKP

Ini kerana ramai sudah buat permohonan Gerak Malaysia dan mengharapkan agar boleh melalukan pergerakan bermula pada 1 Mei 2020.

Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Ini bagi membolehkan sebahagian sektor ekonomi dan sosial dibuka semula.

Tapi, apa kena mengena dengan permohonan rentas negeri? Adakah permohonan sebelum ini ditarik balik?

 

Rentas negeri sebab terkandas dibenarkan

Rentas negeri hanya dibenarkan mulai 7 Mei 2020. Sila rujuk Facebook MyGCC.

PKPB pergerakan pulang untuk bekerja

Dengan adanya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), hampir semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi mulai 4 Mei 2020 ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas sempena Hari Pekerja pada 1 Mei 2020 bahawa perjalanan rentas sempadan negeri adalah dibenarkan untuk tujuan hadir bekerja dan pulang semula ke rumah sendiri setelah terkandas di kampung atau di tempat-tempat lain sahaja.

Walau bagaimanapun, sila tunggu kemaskini dari PDRM berkenaan SOP dan jadual pergerakan.

 

Rentas negeri balik kampung untuk Hari Raya tidak dibenarkan

Walau bagaimanapun, perjalanan rentas negeri untuk balik ke kampung semasa cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri adalah tidak dibenarkan.

 

Apa maksud Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)?

Bagi yang tidak berapa faham, PKPB ialah kependekan untuk Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Perintah ini adalah satu langkah untuk membuka semula sektor ekonomi dan sosial dengan berhati-hati tertakluk kepada syarat-syarat dan SOP oleh pihak berkuasa.

Walaupun boleh rentas negeri untuk balik kampung, anda semua diminta berhati-hati dan mengikut syarat yang telah ditetapkan.

 

Aktiviti yang tidak dibenarkan semasa PKPB

Aktiviti dilarang semasa PKPB

Walaupun boleh rentas negeri, ada beberapa perkara yang dilarang.

Majlis-majlis sosial, kemasyarakatan dan kebudayaan yang melibatkan perhimpunan ramai seperti kenduri, rumah terbuka, majlis berbuka puasa beramai-ramai, konsert, persembahan kebudayaan, perhimpunan bulanan jabatan kerajaan dan swasta serta semua bentuk majlis perasmian dan perhimpunan adalah tidak dibenarkan.

 

Salah faham permohonan rentas negeri sebelum ini

Menurut Harian Metro sebelum ini, tarikh dari 1 hingga 3 Mei 2020 itu bukanlah satu tempoh pergerakan ke destinasi. Sebaliknya ini tarikh kerajaan menyemak dan memutuskan keputusan sama ada meluluskan permohonan mereka yang terkandas.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah membuat pengumuman bahawa orang ramai yang berada di kampung dan mahu untuk pulang ke bandar semula boleh buat permohonan melalui aplikasi Gerak Malaysia, bermula 25 April 2020

Walau bagaimanapun, keputusan muktamad hanya akan dikeluarkan selepas 1 Mei 2020 selepas mendapat kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).

Buat masa ini, kerajaan tidak memberi sebarang jaminan mengenai permohonan rentas negeri dan pergerakan itu kerana masih menunggu laporan daripada pendaftaran Gerak Malaysia.

Kerajaan mahu tengok seramai mana orang yang mahu pulang. Kemudian baru boleh merancang dan mengenakan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Kerajaan juga akan kaji dahulu buruk dan baiknya. Apa yang lebih penting, perlu dapatkan nasihat KKM.

 

Akhir kalam

Alhamdulillah, bagi yang terperangkap dan terkandas, anda kini boleh pulang ke rumah sendiri.

Hati-hati memandu ke destinasi.

Jika penat, berehat dahulu.

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • borang permohonan rentas negeri
  • rentas negeri untuk kerja semasa pkpb
  • borang kebenaran rentas negeri
  • borang rentas negeri
  • BORANG PKPB
  • cara rentas negeri time pkp
  • borang permohonan rentas desa
  • borang pergerakan rentas sempadan
  • borang lintas sempadan pkp
  • semakin ramai rentas negeri

Leave a Comment