4 Cara Semak No Akaun Bank Islam (Jika Tak Simpan & Selalu Terlupa)

Adakah anda pengguna Bank Islam yang ingin tahu cara semak no akaun anda? Sebab sering terlupa no akaun anda, bukan? Jangan panik. Jadi, izinkan kami kongsikan caranya secara ringkas.

Panduan semakan no akaun Bank Islam

Berikut ialah beberapa panduan ringkas untuk menyemak no akaun BIMB untuk sesiapa yang selalu terlupa:

#1 Cara semak no akaun Bank Islam di ATM

Berikut merupakan panduan semak nombor akaun Bank Islam di ATM.

  1. Masukkan kad ATM Bank Islam ke slot kad.
  2. Tunggu hingga disahkan.
  3. Klik Bahasa Melayu pada skrin.
  4. Masukkan PIN ATM dengan menekan pada butang keypad ATM.
  5. Klik Bank Islam.
  6. Pilih Penyata/Statement.
  7. Nombor akaun anda akan dipaparkan pada skrin.
  8. Klik Ya sekiranya ada transaksi untuk dibuat.
  9. Klik Tidak untuk selesaikan transaksi dan mengambil semula kad anda.
  10. Selesai.

 

#2 Cara semak no akaun Bank Islam melalui aplikasi Go by Bank Islam

Pastikan anda telah berdaftar untuk online banking Bank Islam dan muat turun aplikasi tersebut dalam telefon anda.

  1. Buka aplikasi Go by Bank Islam.
  2. Klik Get Started.
  3. Klik I Agree pada Terms & Conditions.
  4. Masukkan User ID pada ruangan Internet Banking User ID.
  5. Klik Continue.
  6. Sahkan Private Word anda.
  7. Klik Yes it’s Mine.
  8. Masukkan password pada ruangan Enter Password.
  9. Masukkan ID Number pada ruangan MyKad/Paspot yang diberi.
  10. Klik Login.
  11. Masukkan nombor TAC yang dihantar ke nombor telefon pada ruangan yang diberi agar proses cara semak no akaun dapat diteruskan.
  12. Kemudian, klik pada simbol tanda betul pada sebelah kanan bawah skrin.
  13. Pilih Skip atau Yes sekiranya anda ingin mengaktifkan fingerprint sensor bagi mempercepatkan Login anda.
  14. Klik Menu.
  15. Pilih Account Information/My Accounts.
  16. Nombor akaun anda akan terpapar pada laman tersebut.
  17. Selesai.

 

#3 Check dari laman web online banking Bank Islam

Pastikan anda telah berdaftar untuk akaun online banking terlebih dahulu.

  1. Layari laman web https://www.bankislam.biz/rib
  2. Klik INTERNET BANKING LOGIN.
  3. Masukkan USER ID.
  4. Klik Login.
  5. Sahkan Private Word dengan klik pada kotak I acknowledge this is my Private Image and Private Word.
  6. Masukkan password anda pada ruangan PASSWORD.
  7. Klik Login.
  8. Kemudian , klik pada My Accounts.
  9. Pilih Account Summary.
  10. Anda boleh semak nombor akaun anda pada laman tersebut.
  11. Selesai.

Jika ingin tahu baki, berikut ialah panduan lengkap untuk check balance Bank Islam secara online.

 

#4 Hubungi 03 26 900 900 (Talian Khidmat Pelanggan)

Sekiranya anda kesuntukan masa dan terlupa user id akaun anda, anda boleh menghubungi terus 03-2690 0900 untuk dapatkan bantuan.

Masa operasi talian khidmat pelanggan adalah setiap hari untuk 24 jam.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian seperti di atas telah dapat memudahkan lagi urusan anda.

Sekadar maklumat tambahan, sekiranya anda mahu tukar nombor telefon tapi tidak tahu caranya untuk update, boleh baca cara kemaskini no telefon Bank Islam.

Semoga bermanfaat.

19 thoughts on “4 Cara Semak No Akaun Bank Islam (Jika Tak Simpan & Selalu Terlupa)”

  1. Assalamualaikum
    Saya terlupa no akaun pinjaman bank islam
    a) pinjaman peribadi
    b) pinjaman perumahan 1
    c) pinjaman perumahan 2

    Reply
  2. Nama saya : Mohamad saberi bin saaban
    IC. 900321-02-5553

    saya ada buka Akaun Bank Islam tapi dah lama tidak Aktif .boleh tak saya nak mintak Salinan Akaun No. atau penyata atas nama saya .

    Reply
  3. Assalamualaikum sy ada buku bank islam ganding dgn ank. Tapi sdh lama tidak aktif. Bolehkan saya minta senarai penyata pada tahun 2015.

    Reply

Leave a Comment