Perkara Yang Membatalkan Wuduk (Perlu Ambil Air Sembahyang Lagi)

Kami telah berkongsi rukun solat dan juga perkara yang membatalkan solat. Selanjutnya, berikut ialah perkara-perkara yang membatalkan wuduk.

Perkara yang membatalkan wuduk

  1. Keluar sesuatu daripada lubang dubur atau qubul; samada:
    1. Tahi
    2. Kencing
    3. Darah
    4. Nanah
    5. Cacing
    6. Angin
    7. Air mazi
    8. Air wadi
    9. Nota: Jika yang keluar itu adalah air mani sendiri, tidak perlu berwuduk, tetapi diwajibkan mandi wajib.
  2. Tidur yang tidak tetap punggungnya; kecuali tidur dalam keadaan rapat kedua-dua papan punggung di tempat duduk
  3. Hilang akal dengan sebab gila atau macam hilang akal seperti sangat mabuk, sakit, pengsan atau pitam. Ini kerana, apabila hilang akal, seseorang itu tidak mengetahui keadaan dirinya.
  4. Bersentuh kulit lelaki dengan perempuan yang halal nikah atau yang bukan mahran (iaitu ajnabiyyah); walaupun sudah meninggal dunia. Bersentuh kulit antara lelaki dengan perempuan ini adalah keadaan di mana tidak berlapik apa-apa.
  5. Menyentuh kemaluan (iaitu qubul atau dubur manusia) dengan perut tapak tangan walaupun kemaluan sendiri
  6. Murtad, iaitu keluar daripada agama Islam

 

Apa perkara yang diharamkan dengan sebab tidak berwuduk?

Perkara yang membatalkan wuduk sudah diterangkan di atas.

Selanjutnya, jika anda tiada wudhu’, anda tidak dibenarkan melakukan perkara-perkara ini:

  1. Mendirikan solat samada solat fardhu atau solat sunat termasuk amalan lain seperti:
    • Sujud tilawah
    • Sujud syukur
    • Khutbah Jumaat
    • Solat jenazah
  2. Tawaf iaitu mengelilingi Ka’abah di Masjidil Haram; samda tawaf fardhu atau tawaf sunat
  3. Memegang dan menyentuh kesemua bahagian Al-Quran atau sebahagiannya

 

Sumber: Buku Kem Bestari Smart Solat, Bahagian Pengurusan Dakwan Jabatan Agama Islam Selangor

1 thought on “Perkara Yang Membatalkan Wuduk (Perlu Ambil Air Sembahyang Lagi)”

  1. Saya punya duit i-citra sudah masuk kah,,sms kwsp cakap sya punya i-citra masuk 8 hri bln ini tapi blm jga duit sya msuk.

    Reply

Leave a Comment