Niat Mandi Wajib (Dan Cara Mandi Junub Yang Betul)

Apabila anda sedang berada dalam keadaan berhadas besar, anda perlu menyucikan diri terlebih dahulu sebelum anda meneruskan dengan ibadah wajib yang lain seperti solat, membaca Al-Quran dan lain-lain. Ini bermakna, mahu mandi perlu ada ilmu. Perlu tahu apa cara mandi wajib yang betul, yang bukan main hentam keromo sahaja.

Izinkan kami berkongsi.

Kenapa perlu mandi wajib?

Terdapat beberapa sebab kenapa anda perlu mandi wajib iaitu:

  1. Keluar mani sama ada sengaja atau tidak
  2. Bersetubuh (Berjimak)
  3. Datang haid
  4. Nifas
  5. Wiladah
  6. Mati selain daripada mati syahid

 

Rukun mandi wajib

Terdapat tiga (3) rukun mandi wajib iaitu:

  1. Niat sama ada secara lisan atau dalam hati
  2. Menghilangkan segala kotoran dan najis yang terdapat pada anggota badan.
  3. Meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir termasuk ke semua bahagian lipatan badan.

 

Niat mandi wajib rumi

Niat mandi wajib adalah dengan cara berniat dan ingat dalam hati sahaja. Walau bagaimanapun, jika melafazkan dengan lidah terlebih dahulu, ia adalah lebih afdhal.

Niat mandi wajib juga, tidak wajib dibaca dalam Bahasa Arab. Dalam Bahasa Melayu, asalkan faham, sudah memadai.

Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Ta'ala

atau

Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Ta'ala

 

Cara-cara mandi wajib yang umum

Cara mandi wajib yang betul sepertimana ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah SAW adalah seperti berikut:

  1. Niat ketika air sampai ke tubuh
    Terdapat beberapa niat yang berbeza yang anda boleh lafazkan sesuai dengan sebab kenapa anda mandi wajib.
  2. Membaca “Bismillah”
  3. Mencuci tangan sebanyak tiga kali
  4. Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
  5. Membersihkan atau menyucikan tangan kiri dengan sabun
  6. Wuduk boleh dilakukan seperti wuduk biasa sepertimana biasa dilakukan sebelum melakukan solat. Ataupun boleh menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
  7. Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara meratakan kepala lalu siram 3 kali dengan air.
  8. Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.
  9. Meratakan air ke seluruh tubuh badan
  10. Berwuduk jika hendak mengerjakan solat fardhu. Perbezaan antara mandi wajib dengan mandi sunat hanyalah pada niatnya sahaja. Cara kaedah mandi adalah sama.

 

Mandi wajib untuk wanita haid, nifas dan berjunub

Bagi wanita yang didatangi haid, nifas dan berjunub, anda boleh ikuti langkah-langkah cara mandi wajib seperti yang disebut di atas. Tetapi ketika anda hendak membasuh bahagian kepala, anda perlu membuka ikatan rambut anda supaya air dapat diratakan di antara ubun-ubun kepala anda.

Ini pula berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haid ketika menunaikan haji. Lalu Baginda Rasulullah SAW berkata sedemikian:
“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”

 

Mandi wajib di bulan puasa Ramadan

Katakan anda bersama dengan isteri pada waktu malam bulan Ramadan. Pasti akan tertanya-tanya, adakah sah puasa jika mandi wajib selepas masuk waktu Subuh?

a) Mandi wajib pada bulan puasa, selepas masuk waktu Subuh

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan lagi, hukum mandi junub selepas terbit fajar pada bulan Ramadhan disebabkan persetubuhan pada malam hari atau sebelum waktu fajar adalah diharuskan.

Maksud terbit fajar di sini ialah masuknya waktu Subuh. Bukan hari sudah terang, dan waktu Subuh juga sudah habis.

Ia tidak membatalkan puasa.

Tidak ada halangan untuk orang yang berjunub untuk melewatkan mandi junub sehingga terbitnya fajar, iaitu azan Subuh.

Puasa seseorang itu adalah sah.

Tidak batal puasanya kerana berpuasa dalam keadaan berjunub mahupun kerana mandi wajib selepas subuh.

 

b) Mandi wajib pada bulan puasa, selepas habis waktu Subuh

Sumber dari Sinar Harian, adalah sah puasa seseorang itu walaupun mandi wajib dilakukan selepas waktu subuh.

Meskipun, sah puasa kita, janganlah kita memandang remeh hal itu kerana ia berkaitan soal ibadah kita.

 

Boleh guna sabun semasa mandi junub?

Anda boleh gunakan sabun sebagai alat untuk membersihkan segala kotoran dan najis yang ada pada anggota badan anda.

Pastikan air dapat diratakan sepenuhnya ke seluruh anggota zahir badan anda termasuklah pada bahagian lipatan badan.

 

Perkara sunat ketika mandi junub

Perkongsian dari Mufti Wilayah Persekutuan, disunatkan bagi seseorang itu ketika mandi junub untuk menggosok keseluruhan badannya.

Bahkan disisi Imam Malik, beliau mewajibkannya kerana meratakan air sahaja tidak mencukupi dan tidak sempurna. Walaubagaimanapun, kotoran yang sedikit seperti daki, tidak menghalang air daripada terkena kulit.

Oleh itu, sah hukum mandi wajib walaupun tidak menghilangkan daki tersebut terlebih dahulu.

Berkaitan kotoran di bawah kuku pula, pada kebiasaannya adalah disebabkan dari benda kotor asing dan bukan dari tindakbalas semulajadi badan, maka wajib untuk menghilangkannya terlebih dahulu sebelum berwuduk dan mandi wajib.

 

Hikmah mandi junub

Terdapat banyak hikmah mandi wajib, di sini disenaraikan lima hikmah tersebut iaitu:

  • Membolehkan mengerjakan ibadat
  • Memberi kesegaran pada anggota badan
  • Menjaga kehormatan diri
  • Mencergaskan fikiran
  • Membersihkan rohani

 

Akhir kalam

Kesimpulannya, kaedah menyucikan diri amatlah penting untuk dipelajari. Ini penting agar ibadah harian kita dapat diterima oleh Allah S.W.T dengan kaedah penyucian yang betul.

Seleapas ini, jangan mandi ikut suka sahaja. Pastikan ikut panduan dan langkah-langkah yang betul.

Semoga bermanfaat.

7 thoughts on “Niat Mandi Wajib (Dan Cara Mandi Junub Yang Betul)”

  1. Pertama yang arif, klu niat mandi wajib dibaca :
    Nawaitu raf’al hadashi akhbar anjamian bandani fardha lillahitalla
    aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.
    Soalan saya adakah betul apabila niat?

    Kedua, diikuti tatacara mandi :
    saya akan mandi seperti biasa iaitu mandi seluruh anggota badan bagi buangkan kekotoran. Langkah seterusnya saya membasuh qubur dan dubur (kemaluan) dengan sabun. Kemudian membasuh tangan. Ketika itulah saya mengambil wudhu. Selepas itu baru saya niat sepertimana diatas mandi wajib. saya mandi jiruskan air dibelah kanan dan diikuti belah kiri. setelah itu mandi menggunakan sabun sehingga bersih…akhir sekali basuhan kaki…

    Tolong ajarkan jika ada kesilapan

    Reply
  2. Assalamualaikum,Mandi wajib saya ini Sah atau tidak?
    1.baca niat di alam hati
    2.Basuh tangan dengan sabun 3 kali
    3.Mencuci kemaluan dengan tangan kiri (Dan saya basuh tangan kiri 3 kali sebelum ambil wuduk)
    4.berwuduk (baca doa wuduk)(Baca doa selepas ambil wuduk)
    5.Mencuci rambut Dan kulit kepala (pakai shampoo)
    6.Basahkan seluruh badan (bermula dari sisi kanan)
    7.Meratakan air di seluruh badan (kemaluan,Bahangian Kuku,Celah jari,punggung)(menggunakan sabun)
    8.Ambil wuduk seperti biasa (Doa ambil wuduk)(Doa selepas ambik wuduk)
    Ini betul atau tidak?

    Reply
  3. Ustaz sy nak tanya Mase sy mandi wajib ade sentuh di bahagian bulu kemaluan supaya kena air di bahagian itu tapi kemaluan sy tak sentuh

    Reply
  4. Kalau mempunyai hadas besar haid,keluar air mani(onani) dan bersetubuh dengan kekasih blh ke guna niat sekali gus ‘sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah ta’ala?

    Reply

Leave a Comment