Cara Topup NJOI (Beli Online di Maybank2u & CIMB Clicks)

Kisahnya, anda tak cukup kredit untuk tonton cerita yang anda mahu tengok di NJOI. Apa tidaknya, ini cuma NJOI, dan bukan Astro yang kita kena bayar dengan harga mahal. Jadi, izinkan kami kongsi macam mana cara topup NJOI dengan mudah.

Bagi yang belum ada NJOI lagi, jemput baca cara langgan NJOI terlebih dahulu. Langkau artikel ini jika anda memang ada Astro, dan mahu langgan Astro Best dan Astro First.

Cara topup NJOI online

Untuk pengetahuan, anda boleh menambah nilai kredit NJOI prabayar anda. Dengan kata lain, anda seperti menambah nilai kredit telefon anda (Top Up).

Cara topup NJOI guna Maybank2u

  1. Pastikan anda mempunyai akaun Maybank2u terlebih dahulu
  2. Sila belum ada lagi, boleh mendaftar dengan membaca cara buat Maybank2u
  3. Login Maybank2u dengan memasukkan username dan password
  4. Sila pilih menu All Buy Online – Internet Prepaid  – Astro Njoi.
  5. Masukan jumlah amaun yang anda mahu topup iaitu RM10, RM20 atau RM30.
  6. Klik Request TAC.
  7. Maklumat mengenai nombor siri topup akan dihantar ke nombor telefon anda.
  8. Seterusnya, sila hantar mesej dengan format SMS 111<no IC><nombor siri topup> dan hantar ke 33310
  9. Proses dan cara topup NJOI dengan Maybank2u kini selesai

Sedikit tambahan, untuk semak baki topup NJOI anda, boleh hantar mesej dengan format SMS 000<no IC> dan hantar 33310

 

Cara topup NJOI guna CIMB Clicks

Untuk memudahkan cara tambah nilai, kami cadangkan anda gunakan mobile app CIMB.

  1. Pastikan anda mempunyai akaun CIMB Clicks terlebih dahulu
  2. Login app CIMB Clicks dengan memasukkan username dan password
  3. Sila pilih Topup
  4. Masukan nombor telefon bimbit anda
  5. Sila pastikan anda pilih top up Astro NJOI
  6. Masukan jumlah atau amaun yang dikehendaki
  7. Nombor topup NJOI akan dihantar ke telefon anda dalam bentuk SMS
  8. Seterusnya ikuti panduan yang diberikan sampai selesai.
  9. Sekiranya berjaya, anda akan menerima SMS nombor top up NJOI.
  10. Proses dan cara topup NJOI dengan CIMB Clicks kini selesai

 

Guna kad kredit

Bagaimanakah cara untuk topup NJOI guna kad kredit?

  1. Buka saluran CH200
  2. Pilih My Account
  3. Pilih jenis tambah nilai anda
  4. Selepas anda pilih cara ini, pilih jumlah tambah nilai yang ingin dilakukan
  5. Hantar kod tersebut secara SMS ke 33888
  6. Apabila SMS anda mendapat maklum balas, klik pada URL yang akan terkandung dalam mesej maklum balas tersebut
  7. Jelaskan proses pembayaran
  8. Tunggu sehingga mendapat pengesahan secara SMS, dan pembayaran anda selesai

 

Guna prepaid voucher

Ini ialah cara untuk topup NJOI menggunakan baucer prabayar.

Bagaimanakah caranya?

  1. Buka saluran CH200
  2. Pilih My Account
  3. Pilih jenis tambah nilai anda
  4. Dapatkan kod 16 digit baucer prabayar NJOI terlebih dahulu, dengan membelinya di outlet yang sah, e-commerce atau platform perbankan secara atas talian yang sah (online banking)
  5. Ikut arahan yang tertera dan SMS kod tersebut ke 33310
  6. Tunggu sehingga mendapat pengesahan secara SMS, dan pembayaran anda selesai

 

Akhir kalam

Mudah bukan bila ada Astro NJOI?

Anda tidak perlu terbeban dengan bayaran untuk langganan Astro secara bulanan.

Bukan sahaja bayaran sekali seumur hidup, anda juga boleh mendapatkan saluran yang terdapat dalam Astro, juga atas pilihan anda. Sambil menyelam minum air bukan?

Apa lagi? Dapatkan Astro NJOI anda sekarang.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment