Rukun Solat Ada 13 (Ini Senarai Penuh Rukun Sembahyang)

Rukun Solat Ada 13 (Ini Senarai Penuh Rukun Sembahyang)

Bagi yang terlupa rukun-rukun solat fardhu atau juga dipanggil solat lima waktu ada berapa, jawapannya ialah 13.

Walau bagaimanapun, rukun solat jenazah dan solat sunat Aidilfitri tidak sama dengan solat fardhu.

Izinkan kami berkongsi seperti di bawah.

Rukun-rukun solat

  1. Berdiri bagi orang yang mampu berdiri, berkuasa, berdaya atua mempunyai kekuatan di dalam solat fardhu.
    • Jika tidak mampu berdiri, bolehlah duduk.
    • Jika tidak mampu duduk, bolehlah mengiring di atas rusuk kanan
    • Jika tidak mampu mengiring di atas rusuk kanan, bolehlah bersandar atau menelentangkan badan
  2. Niat
    • Tempat niat adalah di dalam hati
    • Diniatkan ketika melafazkan takbiratul ihram
  3. Melafazkan takbiratul ihram iaitu Allahu Akabar
  4. Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat
    • Baca surah al-Fatihah samada solat berseorangan atau berjemaah
    • Orang yang tidak dapat membaca surah al-Fatihah, hendaklah dia membaca sekadar yang dia ingat walaupun satu ayat sahaja
  5. Rukuk serta tuma’ninah
    • Rukuk itu hendaklah kedua tapak tangan diletakkan ke lututnya sementara kepada dan belakang selari dengan punggung iaitu 90 darjah
  6. Iktidak serta tuma’ninah
  7. Sujud dua kali serta tuma’ninah
    • Sujud itu hendaklah dilakukan dengan tujuh anggota iaitu:
      • Dahi
      • Dua tapak tangan
      • Dua lutut
      • Perut jari kanan dan kiri
    • Keadaan sujud itu hendaklah punggung itu lebih tinggi daripada kepada
  8. Duduk di antara dua sujud serta tuma’ninah
  9. Duduk bagi tasyahhud akhir (tahiyat akhir)
  10. Membaca tasyahhud akhir (tahiyat akhir)
  11. Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w di dalam tasyahhud akhir (tahiyat akhir)
  12. Memberi salam yang pertama
  13. Tertib

Sumber: Buku Kem Bestari Smart Solat, Bahagian Pengurusan Dakwan Jabatan Agama Islam Selangor

Leave a Comment