Cara Logon RHB (Login & Register RHB Now Online Banking)

Apa link untuk logon RHB Now? Kalau dah Google pun masih tak jumpa, boleh terus klik direct link https://logon.rhb.com.my

Dan sekiranya anda sudah membuka akaun RHB, tapi belum lagi belum mempunyai online banking RHB Now lagi, sila register RHB online di logon.rhb.com.my.

Izinkan kami berkongsi.

1. Langkah pertama sebelum logon RHB Now, daftar nombor telefon

Anda diwajibkan membuat pendaftaran nombor telefon sebelum menggunakan RHB Internet Banking. PIN dan nombor telefon anda akan digunakan untuk pendaftaran dan pengaktifan di laman web logon.rhb.com.my nanti.

Minta bantuan untuk mendaftar nombor telefon ke mesin ATM daripada pegawai yang bertugas sekiranya anda menghadapi kesukaran melakukannya sendiri.

  1. Pergi ke mana-mana mesin ATM RHB Bank berhampiran dengan anda.
  2. Masukkan kad pada mesin ATM dan masukkan nombor PIN anda.
  3. Pilih menu Internet Banking.
  4. Masukkan PIN RHB Internet Banking sebagai proses pengesahan.
  5. Anda akan menerima resit yang mengandungi enam hingga lapan aksara kod permohonan RHB Internet Bankingyang digunakan untuk pengaktifan.
  6. Proses pendaftaran di mesin ATM selesai

 

2. Cara register RHB Now secara online di logon.rhb.com.my

Berikut ialah langkah-langkah untuk mendaftar RHB Now:

  1. Layari laman web rasmi https://logon.rhb.com.my
  2. Anda kini berada di laman utama RHB Now.
  3. Di bahagian kanan laman, di bawah I am a first-time user, klik I want to Register.
  4. Kemudian pada laman seterusnya, anda dibawa ke bahagian First Time User Registration. Pada bahagian Select your card type, pilih ATM/Debit Card.
  5. Abaikan pada satu lagi ruangan di bawah kerana ia hanya untuk staff RHB Bank sahaja.
  6. Tekan butang Next.
  7. Pada laman seterusnya, pada ruangan ATM/Debit Card No., masukkan nombor kad 16 digit yang berada pada kad ATM/Debit anda.
  8. Kemudian, pada ruangan ATM/Debit Card PIN, masukkan nombor pin akaun bank anda.
  9. Tekan butang Next.
  10. Kemudian, pada laman seterusnya, pada ruangan Username, cipta username yang anda ingin gunakan untuk akaun anda.
  11. Pada ruangan Password, masukkan password yang anda ingin gunakan.
  12. Pada ruangan Confirm Password, masukkan semula kata laluan yang anda ingin gunakan.
  13. Untuk Secret Word, cipta satu perkataan sebagai langkah keselamatan untuk akaun anda.
  14. Kemudian, baca terma dan syarat yang telah tersedia di bawah sebelum mendaftar. Selesai baca, tick pada kotak tersebut.
  15. Pada ruangan Newsletter/Promotion Alerts, tick sama ada anda mahu ataupun tidak sebarang promotion alertdaripada pihak RHB kepada anda.
  16. Kemudian, tekan butang Next.
  17. Pendaftaran anda berjaya.

 

3. Logon RHB Now online banking di logon.rhb.com.my

Selesai selesai pendaftaran, berikut pula ialah cara untuk login RHB Now:

  1. Layari laman web rasmi RHB Now di sini: https://logon.rhb.com.my
  2. Lihat di bahagian Hello. Please Login
  3. Di ruangan Username, masukkan username anda
  4. Tekan butang NEXT, GET SECRET WORD
  5. Lihat Secret Word yang terpapar
  6. Jika betul, tekang butang Yes
  7. Di ruangan Password, masukkan kata laluan anda
  8. Tekan butang LOGIN
  9. Jika tiada apa-apa masalah, anda akan berjaya login ke dalam sistem RHB Now
  10. Sila check no akaun RHB anda untuk rujukan jika diperlukan
  11. Selesai

 

4. Ada masalah untuk login RHB Now ?

Jika anda mengalami masalah dengan RHB Now, boleh hubungi customer service di nombor telefon  berikut:

  • 03-9206 8118

 

Akhir kalam

Sedikit pelik kerana RHB tidak menggunakan terma login seperti bank-bank yang lain untuk Log Masuk ke dalam sistem RHB Now. Mereka menggunakan terma logon RHB.

Ya, kami faham. Ramai yang keliru.

Bila sudah ada akaun RHB Now, lebih mudah untuk buat transaksi lain seperti semak baki akaun RHB dan juga semak baki pinjaman RHB.

Apa-apapun, diharapkan agar perkongsian ini akan memudahkan lagi urusan perbankan anda di RHB.

Jemput juga baca cara daftar dan login myBSN di mybsn.com.my

2 thoughts on “Cara Logon RHB (Login & Register RHB Now Online Banking)”

  1. YOUR SYSTEM IS TOO COMPLICATED COMPARED TO PREVIOUS STRAIGHT FORWARD, NEW THING DOES NOT MEANS TO BETTER YOUR OUTLOOK,BUT IT WILL MAKE CUSTOMERS FED UP WITH YOUR NEW LOG IN

    Reply

Leave a Comment