Dropship Yang Menguntungkan (Barang Bagus, Laku & Tanpa Modal)

Sekarang ini dah semakin banyak produk-produk yang dipasarkan di pasaran, samada online mahupun offline. Selain daripada menjadi santapan mata, ianya juga telah berjaya mewujudkan peluang pekerjaan sambilan yang banyak. Mesti anda pernah dengar tentang dropship, ejen reseller dan stokis kan? Kalau anda memang mencari peluang untuk menceburkan diri dalam bidang dropshipping ini, fahami artikel tentang dropship yang menguntungkan ini sebagai langkah pertama anda.

Ini bukan sahaja sesuai untuk student. Malahan sesiapa sahaja yang teringin untuk menambah pendapatan semasa musim pandemik Covid-19, di alu-alukan untuk mencuba.

Laku atau tidak, itu perkara kedua. Cuba dahulu. Barulah kita tahu bisnes dropship apa yang paling untung.

Dropship yang menguntungkan

Definisi dropship?

Dropship merupakan satu kaedah perniagaan yang mudah, simple dan bagus untuk langkah permulaan ke dalam bidang perniagaan. Anda cuma perlu tahu dan work on minat anda, kebolehan anda, masa anda, disiplin anda, jenis/ brand perniagaan yang anda ingin ceburi dan kesungguhan yang berpanjangan.

YES, kebanyakkan dropship tidak memerlukan modal.

Kaedahnya mudah saja, setelah anda memilih produk yang ingin anda ceburi, anda cuma perlu work on your marketing strategy, ketahui target customers anda, platform-platform promosi dan promosikan produk tersebut. Anda tidak perlu simpan stok, atau membuat penghantaran.

All you have to do adalah mempromosikan produk, ambil orderdan serahkan kepada supplier dan akhir sekali pastikan pelanggan anda mendapat barangannya dalam keadaan yang baik. Mudah kan? Kemudian anda akan mendapat komisen seperti yang telah ditetapkan.

 

Kategori dropship yang menguntungkan

Anda perlu tahu minat anda, supaya anda boleh menjadi dropshipper dalam kategori yang anda minat dan juga menjadi dropship seller pada mana-mana laman seperti Shopee. Kami ada sediakan artikel tentang cara menjadi dropship di Shopee. Ianya dapat membantu untuk mengekalkan momentum dan kesungguhan anda apabila berniaga. Antara kategori yang membuka peluang dropshipping adalah:

 

1. Pakaian

Kategori pakaian terbahagi kepada pakaian wanita, pakaian lelaki, pakaian bayi dan kanak-kanak, pakaian muslimah dan lain-lain lagi. Anda boleh cuba approach supplier yang dipercayai; yakni brand yang well-known untuk keselamatan anda.

 

2. Telekung dan tudung

Ini adalah kategori yang paling popular, anda dinasihatkan untuk memilih supplier yang mempunyai gambar yang banyak dan review produk yang baik agar ianya lebih mudah untuk anda meyakinkan pelanggan anda nanti.

 

3. Beg tangan

Kepada penggemar beg tangan, kategori ini terbahagi kepada luxury handbag brands ataupun jenis beg tangan yang mampu milik; yang diperbuat daripada faux leather dan sebagainya samada untuk wanita mahupun lelaki. Anda boleh cuba menjadi dropshipper untuk kategori ini.

 

4. Kasut

Manakala kategori kasut pula, terbahagi kepada kasut wanita, kasut lelaki dan kasut kanak-kanak, samada luxury brands mahupun yang mampu milik.

 

5. Perfume

Kepada pecinta bau-bauan, ini adalah kategori yang paling sesuai untuk anda. Anda mesti excited nak kongsikan info tentang perkara yang anda sukai. Terdapat banyak perfume suppliers yang mencari dropshipper untuk anda consider.

 

6. Peralatan rumah (home deco)

Anda type yang suka menghias rumah atau apa-apa yang berkaitan dengan rumah seperti home appliancesdan sebagainya. Anda amat sesuai untuk kategori ini, sebab anda perlu buat research untuk info-info tambahan yang barangkali diperlukan oleh prospect/ pelanggan anda.

 

7. Telefon dan aksesori telefon

Tentunya kategori ini dicipta khas untuk si pecinta gadget, anda akan lebih bersungguh-sungguh untuk membuat comparison, review check dan sebagainya untuk menceritakan kembali kepada prospect/ pelanggan anda.

 

8. Jam tangan

Jam tangan terbahagi kepada pelbagai kategori iaitu jam tangan wanita, jam tangan lelaki dan jam tangan kanak-kanak. Ada pelbagai jenis jam tangan yang anda boleh ceburi antaranya jam tangan luxury brands, jam tangan custom-made, dan jam tangan yang standard (mampu milik).

 

9. Toys dan barangan mainan berkaitan hobi

Kepada penggemar Lego, Action Figures, RC, Vintage Toys, Plush Toys, Musical Instruments dan sebagainya, anda mesti excited nak jadi dropshipper untuk kategori ini kan? Ada beberapa sites dalam luar negara yang boleh dipercayai. Anda cubalah.

 

10. Sukan

Kepada sports junkie, ini adalah platform yang terbaik untuk anda. Anda boleh menjadi dropshipper sport brands yang eligible dan dipercayai. Hal ini kerana, anda lebih mengetahui details yang lebih baik untuk sesuatu sukan yang anda minat. Antaranya hiking, cycling, swimming dan sebagainya.

 

Beza Dropship vs Ejen/ Reseller vs Stokis?

Dropship Ejen/ Reseller Stokis
·       Tiada modal permulaan

·       Tidak perlu simpan stockatau membuat penghantaran

·       Gambar diperolehi daripada Ejen atau supplier

·       Mendapat tunjuk ajar daripada Ejen atau Stokis dan Supplier

·       Margin keuntungan yang rendah dalam 10%-20% sahaja

·       Perlu beli produk (sebagai modal)

·       Perlu buat stock dan penghantaran

·       Gambar diperolehi daripada supplier atau reka sendiri

·       Mendapat tunjuk ajar daripada Stokis atau Supplier

·       Margin keuntungan sederhana dalam lebih kurang 30%

·       Modal yang besar

·       Harus mengambil dropshipper dan ejen/ reseller untuk mempromosikan barang dan menguruskan penghantaran

·       Gambar diperolehi daripada supplier atau reka sendiri

·       Harus memberi tunjuk ajar kepada ejen dan dropshipper

·       Margin keuntungan yang tinggi dalam 40%-50%

 

5 Tips Menjadi Dropshipper Yang Berjaya

Sebagai dropshipper anda janganlah ambil mudah akan perkara ini, kesungguhan dan usaha yang tinggi haruslah dipegang untuk menjadi seorang dropshipper yang genuine dan berjaya. Antara tips yang anda boleh jadikan panduan adalah:

 

  1. Ikut minat anda dan cari supplier yang responsive!

Minat penting kerana apabila anda mempunyai minat yang sama dengan produk jualan, anda akan lebih berusaha mencari info-info yang tepat dan tidak jemu melayan persoalan prospect. Manakala, supplier yang responsive pula, akan memudahkan proses bekerjasama dari mempromosikan produk sehinggalah ke penghantaran produk. Supplier yang responsive juga membuat anda lebih mudah berinteraksi untuk bertanyakan soalan, pendapat dan tips dalam perniagaan.

 

  1. Buat perjanjian hitam putih dengan supplier.

Tak rugi jika anda mengambil masa sedikit untuk prepare agreement yang bertulis untuk simpanan anda dan supplier anda. Hal ini bagi mengelakkan dakwa-dakwi di kemudian hari. Antara perkara yang boleh dimasukkan adalah jumlah minimum order, jumlah komisen dan sebagainya.

 

  1. Cuba dulu produk yang ingin anda jualkan.

Tips dropship yang menguntungkan yang seterusnya adalah mencuba produk anda. Ini adalah sangat penting untuk memastikan anda tidak menipu customer anda. Anda haruslah mengalami sendiri proses pembelian online, merasakan sendiri pengalaman berkomunikasi dengan ejen/ seller atau supplier produk tersebut dan test sendiri keberkesanan produk ataupun kualiti produk yang anda perolehi samada baik atau tidak. Kemudian baru lah legit untuk anda mempromosikan produk tersebut kepada prospect anda.

 

  1. Mempunyai ilmu pengetahuan tentang produk.

Sebab itu lah anda harus mencuba produk itu terlebih dahulu untuk anda kaji dengan lebih mendalam lagi antara persoalan-persoalan yang mungkin bermain difikiran customer/ prospect sebelum mereka memutuskan keputusan untuk membeli produk jualan anda. Anda perlu tahu target pasaran produk tersebut, competitionyang sedia ada, dan kaji pattern pembelian customer anda sepanjang tempoh perniagaan. Hal ini dapat membantu anda untuk terus menambah baik perkhidmatan dan perniagaan anda.

 

  1. Be genuine, friendly dan down to earth!

Hal ini sangat penting bukan saja terhadap perniagaan malahan terhadap kehidupan seharian kita di muka bumi Allah ini. Anda haruslah mempraktikan sifat yang baik sewaktu berkerjasama dengan supplier, ejen/ reseller, stokis atau sesama dropshipper yang lain. Anda juga harus transparent dan jujur dengan customeranda, agar mereka lebih mudah selesa dengan anda dan insyaAllah rezeki will keep coming back. Jangan praktikan cemburu, iri hati atau dengki-mendengki kerana yakin lah portion rezeki adalah aturan Allah.

 

Akhir kalam

Selain daripada mendapat ilmu dalam bidang perniagaan, anda juga boleh jadikan aktiviti dropshipping ini sebagai side income anda.

Oleh sebab itu, kita harus maintain down to earth agar lebih banyak pengajaran yang dapat kita perolehi daripada kehidupan seharian kita, daripada sharing  pengalaman dropshipper yang lain dan juga dari customer atau prospect kita.

Semoga bermanfaat.

28 thoughts on “Dropship Yang Menguntungkan (Barang Bagus, Laku & Tanpa Modal)”

  1. Askum.. Saya nurul.. Saya baru sahaja jadi dropship..
    Saya nak bertanya.. Boleh ke kalau kita jadi dropship untuk produk yang sama.. Cthnya tudung
    Adakah, kita dah melanggar maksud dropship tu sendiri?

    Reply
  2. W’sallam nurul. Boleh je, tak ada masalah apa-apa pun. Contoh tudung itu sendiri. Tudungkan ada banyak brand, kan? So tak salah pun. Yang salah bila jual produk yang sama, brand yang sama tapi dari agent yang lain. So terdapat 2 harga berbeza disitu. Tapi still produk sama dan brand pun brand yang sama. Tu je. Harap Membantu. Terima Kaseh.

    Reply
    • Saya berminat join dropship,tapi kenapa tak semua dapat dropship member,kerana demand dan target margin sales yang tinggi dari stokis,bila tak dapat capai target sales yang diminta oleh stokis itu,setiap bulan secara konsisten ,kita sebagai dropship akan dipecat atau dikeluarkan dari group dropship stokis..?

      Reply
  3. Assalamualaikum sekarang saya dah jadi dropship kain cadar boleh tak saya jual produk lain dalam platform yang sama.

    Reply
  4. hai..yang berminat nak jadi dropship produk sgt laju dan senang dan bonus banyak sila wsp akak 0166371460 ,akak ajar dan bimbing sebaiknya…jom kita berusaha kuat ya!

    Reply

Leave a Comment