Semak Baki Pinjaman RHB Bank (Check di rhb.com.my & app RHB Now)

Semak Baki Pinjaman RHB Bank (Check di rhb.com.my & app RHB Now)

RHB bank menawarkan perkhidmatan pinjaman kepada pelanggan yang berminat untuk membeli aset seperti kereta dengan membayar kadar bulanan secara ansuran. Di sini kami ingin kongsikan cara semak baki pinjaman RHB Bank online yang mudah dan tepat. Semakan boleh dilakukan secara online mahupun di kaunter.

Bagi pelanggan yang ingin membuat semakan secara online, anda boleh daftar dan semak melalui aplikasi RHB Now ataupun menerusi emel. Ikuti langkah di bawah untuk maklumat lanjut.

1. Semak baki pinjaman RHB Bank melalui aplikasi RHB Now

RHB Bank telah melancarkan perkidmatan internet banking menerusi aplikasi RHB Now. Klik pada pautan ini bagi pelanggan yang ingin mengetahui cara untuk daftar akaun RHB online banking. Berikut merupakan langkah untuk semak baki pinjaman.

  1. Muat turun dan dapatkan aplikasi RHB Now di telefon pintar anda.
  2. Pilih pada pautan iOS atau Android
  3. Buka aplikasi RHB Now ditelefon pintar anda.
  4. Di halaman utama, klik pada butang Account.
  5. Seterusnya, setiap akaun yang anda miliki di bawah RHB bank akan tersenarai.
  6. Klik pada Loans untuk megetahui dengan lebih lanjut maklumat baki pinjaman anda.

 


2. Check baki loan RHB melalui emel

Anda juga boleh menghubungi pihak RHB bank menerusi emel untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan baki pinjaman anda. Berikut merupakan details untuk menghubungi pihak RHB bank.

  • Email : [email protected]
  • No Telefon : 03-92068118
  • Facebook : https://www.facebook.com/RHBGroup
  • Twitter : https://twitter.com/RHBGroup

 

3. Semak baki pinjaman di kaunter RHB bank.

Bagi pelanggan yang tidak mempunyai akaun RHB Now untuk membuat semakan secara online, anda juga boleh membuat semakan di kaunter RHB bank.

  1. Pergi ke kaunter RHB bank berhampiran anda.
  2. Ambil nombor giliran.
  3. Paparkan kad pengenalan anda.
  4. Penjawat di kaunter akan bantu untuk check baki dengan terperinci.
  5. Anda juga boleh membuat pembayaran terus di kaunter.

 

4. Buat bayaran pinjaman RHB secara online

Dengan menggunakan aplikasi RHB Now pelanggan bukan sahaja dapat menyemak baki pinjaman secara online, pelanggan juga boleh membuat pembayaran secara atas talian.


  1. Muat turun dan dapatkan aplikasi RHB Now di telefon pintar anda.
  2. Pilih pada pautan iOS atau Android
  3. Buka aplikasi RHB Now ditelefon pintar anda.
  4. Di halaman utama, klik pada butang Menu.
  5. Pilih pada option Pay.
  6. Seterusnya, klik pada butang Make New Payment.
  7. Halaman seterusnya memerlukan anda untuk memilih pembayaran ke jenis akaun yang anda mahu.
  8. Klik pada butang pilihan Bills.
  9. Isikan maklumat peribadi yang diperlukan.
  10. Setelah selesai, klik pada butang Next.
  11. Anda akan diminta untuk menyemak semua maklumat yang diisi sebelum klik Pay.
  12. Sebagai langkah keselamatan, kod TAC akan dihantar melalui SMS.
  13. Isikan nombor TAC di ruangan tersedia dan tekan butang Submit.
  14. Anda akan menerima SMS menyatakan pembayaran anda telah berjaya.

 

5. Ada masalah untuk check balance loan RHB?

Sekiranya cara semak baki pinjaman RHB bank anda gagal, anda boleh menghubungi pihak khidmat pelanggan mereka di 03 9206 8118 atau klik di sini.

 

Akhir kalam

Pihak kami berharap agar cara semak baki pinjaman RHB secara online ini dapat memudahkan lagi urusan anda dalam melaksanakan komitmen bulanan anda.


Jika ingin buat semakan baki akaun pula, boleh rujuk cara semak baki akaun RHB yang juga boleh dibuat secara online melalui aplikasi RHB Now.

Semoga bermanfaat.


Artikel Berkaitan

Semak Baki Pinjaman RHB Bank (Check di rhb.com.my & app RHB Now)

Leave a Comment