Doa Solat Hajat (Memohon Agar Hajat Tercapai & Makbul)

Jika tak tahu mahu doa apa, ini adalah contoh doa selepas solat hajat yang anda boleh ikuti. Boleh sahaja digunakan untuk apa-apa hajat seperti:

  • Hajat untuk sembuh dari sakit
  • Hajat untuk peperiksaan seperti UPSR, PT3, SPM dan lain-lain
  • Hajat untuk dapat anak
  • Hajat untuk dimudahkan jodoh
  • Dan lain-lain

Juga boleh dibaca oleh orang yang berhajat itu sendiri, atau yang berhajat kepada orang lain.

Seperkara lagi, doa di bawah ini mungkin seperti doa orang-orang lama, iaitu orang zaman dulu-dulu. Tapi apa yang boleh kita pelajari, banyakkan memuji Allah sebelum meminta apa-apa. Tunjunkkan yang kita ini hamba. Tunjukkan yang kita ini tidak ada apa-apa.

 

Doa selepas sembahyang hajat dalam Bahasa Arab

Doa sembahyang hajat Doa solat hajat Doa hajat makbul Doa agar hajat tercapai

Maksud doa hajat dalam Bahasa Melayu

Segala kepujian itu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam. Pujian yang menyempurnakan nikmat-nikmat-Nya dan membalas limpah kurnia-Nya. Wahai Tuhan kami, untuk-Mu segala jenis kepujian sebagaimana sayugianya sesuai dengan kebesaran zat dan kerajaan-Mu yang Maha Besar. Maha suci Engkau Ya Allah, tiada terhingga kami memuji-muji-Mu sebagaimana Dikau memuji-muji zat-Mu. Maka bagi-Mu kepercayaan hingga Engkau redha dan bagimu kepujian apabila Engkau telah redha dan bagi-Mu kepujian kekal sentiasa.

Ya Allah, wahai Tuhan kami. Cucurilah rahmat atas Nabi Muhammad s.a.w, hamba-Mu dan utusan-Mu Nabi yang tiada mengerti menulis dan membaca, dan atas keluarga Muhammad, isteri-isterinya dan zuriat ketuturannya sebagaimana yang engkau telah kurniakan rahmat atas Nabi Ibrahim dan keluarganya Ibrahim.

Kurniakan keberkatan atas Muhammad hamba-Mu dan Rasul-Mu, Nabi yang tiada mengerti menulis dan membaca, dan atas keluarga Muhammad, isteri-isteri Muhammad dan zuriat keturunan Muhammad sebagaimana Engkau telah kurniakan keberkatan atas Nabi Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim pada seluruh alam. Bahawa sesungguhnya Engkau amat terpuji lagi Maha Mulia.

Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benar-Nya melainkan Allah yang bersifat lemah lembut dan Maha Murah. Maha Suci Allah pemerintah kerajaan Yang Maha Besar. Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam.

Ya Allah, wahai TUhan kami. Kami mohon kepada-Mu akan segala sebab yang boleh mendorong mendapatkan rahmat-Mu dan segala kepastian keampunan-Mu, terselamat daripada dosa, beruntung mendapat pahala, berjaya mendapat syurga dan tersisih daripada neraka.

Tiada tinggal kepada kami walau satu dosa melainkan Dikau ampunkan. Tiada tertimpa walau satu kesusahan melainkan Dikau lepaskan. Tiada dihinggapi oleh sestu hutang melainkan Dikau jelaskan. Tiada timbut sesuatu hajat mengenai dunia dan akhirat melainkan Dikau tunaikan hajat itu, Ya Allah, Tuhan sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.

Ya Allah, wahai Tuhan kami. Bahawa sesungguhnya kami memohon dan berharap kepada-Mu dengan Nabi-Mu Muhammad, Nabi pembawa rahmat. Wahai junjungan kami, wahai Muhammad, segala rahmat dan sejahtera atas-Mu kami berharap denganmu kepada Tuhan kami semoga berhasil hajat kami (jika hajat orang lain, sebutkan nama dan bin orang yang berkenaan).

Ya Allah, syafaatkan Nabi-Mu Muhammad s.a.w dalam perkara yang tersebut. Ampunkan dosa besar dan dosa kecil kami. Dikau Tuhan segala yang baik-baik, Tuhan yang Maha Gagah. Tuhan yang Maha Mengetahui, Maha Perkasa lagi Maha Kurnia, Lembah Lembut lagi Maha Bijaksana.

Rahmat sejahtera, mudah-mudahan dicucuri ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta keluarganya dan sahabat-sahabat baginda.

Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

 

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian doa solat hajat ini membuatkan permintaan anda tercapai. Apa-pun hajat anda, semoga dimakbulkan oleh Allah.

Semoga dipermudahkan semua urusan. Semoga mustajab dan cepat dikabulkan atas apa sahaja yang dihajati. Yang penting, doa selepas solat fardhu juga jangan ditinggalkan.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Buku Wirid dan Doa oleh Haji Jamaluddin Hashim yang diterbitkan oleh Lembaga Penerbitan Jabatan Agama Johor

Leave a Comment