Kerja Sambilan di Rumah 2023 (Sesuai Untuk Pelajar)

Tahun 2023 (dan tahun 2024 yang mendatang) adalah tahun yang mencabar. Ekonomi semakin teruk. Belanja isi rumah semakin mahal. Rumah semakin menjadi tidak mampu milik. Bagi yang sudah berkeluarga, lebih terasa keperitannya. Ada yang mencuba nasib menjadi Grabfood rider dan Grab driver. Walaupun ramai yang kata berbaloi, ia memerlukan kita berada di luar kawasan rumah. Agak kurang sesuai untuk orang yang sudah berkeluarga. Mohon izin kami kongsikan contoh kerja sambilan di rumah yang diiktiraf?

Apa maksud diiktiraf?

Kami bukanlah badan kerajaan yang mengiktirafkan apa-apa kerja sambilan yang ada. Cuma kami rasa, kerja-kerja yang disenaraikan ini bukanlah scam.

Sangat sesuai untuk pelajar sekolah, pelajar lepasa SPM, malahan pelajar kolej dan IPT juga boleh cuba.

Sebab apa?

Sebab kerja sambilan di rumah ini memerlukan komputer. Lebih kurang sama jika mahu cari kerja kosong part time waktu malam.

Apa saya perlu tahu?

Kena ingat, kerja-kerja ini bukanlah sesuatu yang sesuai untuk semua golongan. Ia bukan menggunakan tulang empat kerat semata-mata, kerana kerja ini memerlukan otak yang kuat berfikir.

Secara tidak langsung, ia serba sedikit memerlukan skil atau kemahiran tertentu.

Contohnya:

  • Kemahiran menaip
  • Kemahiran menterjemah
  • Kemahiran menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  • Kemahiran melukis
  • Kemahiran mereka grafik atau graphic design
  • Kemahiran edit video atau video editing
  • Memerlukan kreativiti
  • Tahap kesabaran yang tinggi

Kerja sambilan di rumah. Wujudkah kerja tanpa modal?

Kerja online tanpa modal ini adalah dengan anggapan anda sudah mempunyai skil dan lesen software tertentu yang diperlukan.
Contohnya:

  • Untuk kerja-kerja admin: Microsoft Word dan lain-lain
  • Untuk kerja-kerja design: Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dan lain-lain
  • Untuk kerja-kerja video: Adobe Premier, Sony Vegas Pro dan lain-lain
  • Untuk kerja-kerja penulisan: Otak

Malas nak baca, beritahu saya apakah kerja online dari rumah yang ada.

Amboi, tak sabar nampaknya. Jangan tergesa-gesa, nanti rugi. Pelan-pelan kayuh, mesti menjadi.

Contoh kerja sambilan atau ‘part time’ yang berbaloi

Pertama sekali, pastikan anda belajar, dan mesti ada kemahiran ini:

A) Kategori: Kerja-kerja berkaitan admin

Terjemah bahasa
Menulis artikel
Memasukkan data (data entry)
Pembantu alam maya (virtual assistant)
Menterjemah bahasa

B) Kategori: Kerja-kerja berkaitan reka grafik

Logo design
Business card design

C) Kategori: Kerja-kerja berkaitan video

Animasi whiteboard
Speed drawing

D) Kategori: Kerja-kerja berkaitan penulisan

Menulis artikel
Menulis artikel dalam Bahasa Inggeris
Menulis artikel dalam Bahasa Melayu (jarang, tetapi tetap ada)
Copywriting
Menulis resume
Menghasilkan pelan perniagaan

E) Kategori: Kerja-kerja berkaitan laman web

Membina laman web

Di mana saya boleh dapatkan kerja part time ini?

Kami sarankan, dua tempat sahaja, iaitu:

  • Fiverr
  • UpWork

Kenapa dua laman freelancing ini antara yang paling popular. Cuma, perlu berusaha dan bersaing dengan orang-orang dari India dan Pakistan yang menawarkan harga lebih murah.
Namun, murah bukan bermakna berkualiti. Kita boleh buat kerja yang murah dan berkualiti. Lama-lama boleh naikkan harga. Yang penting, tunjukkan yang kita boleh buat kerja. Bina portfolio.
Setelah anda mempelajari serba-sedikit kemahiran yang diperlukan untuk menawarkan perkhidmatan, anda boleh mendaftar melalui platfom tambahan seperti berikut:

  • Elance
  • Toptal
  • Freelancer
  • Guru
  • Peopleperhour
  • 99designs
  • Freelance Writing Gigs
  • College Recruiter
  • Demand Media
  • GetACoder
  • Project4hire
  • iFreelance
  • SimplyHired

Ciri-ciri kerja online dari rumah yang boleh jana pendapatan

Sebelum itu, mari kita lihat apakah ciri-ciri kerja sambilan ini yang boleh dipercayai supaya tidak ditipu:

  • Pastikan tiada wang pendahuluan atau duit ‘advance‘ yang perlu dibayar terlebih dahulu
  • Pastikan ia boleh dilakukan pada waktu malam atau waktu senggang yang lain
  • Tidak mengganggu kerja sedia ada dengan melakukannya pada waktu pejabat
  • Tidak memerlukan kita berada di premis atau lokasi setiap masa

 

Akhir kalam

Yang paling penting, kerja sambilan dari rumah ini mestilah kerja yang dipercayai, bukan yang jenis ‘scam’ dan menipu. Berhati-hati dengan ‘scam‘ yang semakin berleluasa.
Sama-sama kita mencari rezeki yang halal.

Nak cari duit memang susah. Jika rasa down, bacalah kata kata semangat ini. Jika anda lebih selesa untuk kerja sepenuh masa, boleh lawati spa.gov.my.

Bagi sesiapa yang sudah habis sekolah, dan cari sambilan untuk pelajar lepasan SPM, pastikan buat resume cantik-cantik. Dan tidak perlu rasa rendah diri dengan kelulusan yang hanya cuma SPM. Ada banyak lagi kerja gaji besar tanpa SPM dan ijazah.

Walau bagaimanapun, kerja sambilan di rumah sebegini sebenarnya lebih menguntungkan, kerana tidak perlukan apa-apa modal. Yang diperlukan hanyalah komputer dan Internet.

Sila komen di bawah, jika ada cadangan, kerja sambilan di rumah apa yang sesuai untuk kita orang Malaysia.

Semoga bermanfaat.

41 thoughts on “Kerja Sambilan di Rumah 2023 (Sesuai Untuk Pelajar)”

  1. SAYA SEORANG BEKAS TENTERA
    BERKERJA BAHAGIAN PETA &
    PENGURUS PENTADBIRAN
    BAHAGIAN DOKUMENTASI

    BOLEH SAYA JOIN

    Reply

    Reply
  2. SAYA SEORANG PESARA TENTERA, YANG TIDAK MEMPUNYAI APA-APA KEMAHIRAN. CUMA YANG ADA ADA HANYALAH SUKA KEPADA CABARAN DAN BUAT APA YANG LEBIH BAIK DARI YANG TERBAIK. NAK MENCUBA……

    Reply

Leave a Comment