Cara Daftar SPA9 Online (Pemohon SPA8i, Perlu Register Baru)


Kepada anda yang masih belum tahu, baru-baru ini kerajaan Malaysia telah menaik taraf sistem Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kepada sistem baharu dan sudah siap sedia untuk anda gunakan. Sebelum ini sistem tersebut dikenali dengan nama SPA8i dan kini telah dinaik taraf kepada SPA9. Jadi topik kita pada hari ini adalah bagaimana cara daftar SPA9.

Cara daftar SPA9

Sekiranya anda ingin memohon pekerjaan dalam perkhidmatan awam, SPA9 adalah salah satu sumber untuk anda mendapatkan kekosongan pekerjaan dalam bidang perkhidmatan awam.

Untuk makluman, kepada pemohon yang akaun SPA8i mereka masih aktif, ataupun telah lama tamat tempoh, anda perlu membuat pendaftaran baharu kerana sistem mereka telah dinaik taraf.

Permohonan jawatan kosong boleh dilakukan pada laman web rasmi SPA9.

Bagaimana cara pendaftaran SPA9

Kepada mereka yang baru pertama kali ingin membuat pendaftaran, anda perlu membuat pendaftaran baru pada laman web SPA9 untuk membolehkan anda untuk memohon pekerjaan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Ikuti sahaja langkah yang akan dijelaskan di bawah:

  1. Anda perlu membuka laman web rasmi SPA9. Klik pada pautan spa9.spa.gov.my.
  2. Setelah anda membuka laman web tersebut anda perlu mencari Pendaftaran Pengguna.
  3. Klik pada Pendaftaran Pengguna untuk ke langkah berikutnya.
  4. Kemudian, anda akan diberi borang permohonan online dan apa yang anda perlu lakukan andalah anda perlu mengisi borang tersebut dengan maklumat peribadi anda yang sah dan betul.
  5. Perlu diberi perhatian sekiranya anda mengisi maklumat yang tidak betul atau anda berbohong tentang sebarang maklumat anda, sekiranya ditangkap anda akan dikenakan hukuman.
  6. Lengkapkan maklumat peribadi anda pada ruangan yang disediakan iaitu ruangan maklumat pemohon, soalan keselamatan, kata laluan dan persetujuan anda.
  7. Setelah anda selesai mengisi, tandakan pada kotak Setuju.
  8. Klik Daftar.

Setelah anda selesai mendaftar sekarang kita perlu pergi ke bahagian seterusnya iaitu cara login SPA9.

Panduan login SPA9

Berikut pula ialah cara untuk log masuk SPA9.

  1. Klik pada pautan spa9.spa.gov.my.
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan.
  3. Masukkan Kata Laluan anda.
  4. Klik Log Masuk.
  5. Kemaskini maklumat anda dan kini anda sudah boleh memulakan proses permohonan jawatan yang anda minat dan jawatan di perkhidmatan awam yang anda kehendaki.

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian pada hari ini akan memudahkan urusan anda untuk memohon pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment