10 Kerja Gaji Besar Tanpa SPM (Mudah & Santai, Tak Perlu Kelulusan)

Di Malaysia, SPM dijadikan sebagai penanda aras kelayakan pekerjaan seorang di masa hadapan. Bagi kebanyakan masyarakat tempatan, jika anda gagal dalam SPM maka anda gagal dalam hidup anda. Namun begitu, tak semua pemegang keputusan SPM yang cemerlang menjanjikan pekerjaan bergaji lumayan. Ada juga pekerjaan yang memberikan peluang kerja gaji besar tanpa SPM sekalipun.

Kerja gaji besar tanpa SPM

Dunia belum berakhir. Anda layak dan berhak untuk hidup senang. Oleh itu, berikut kami senaraikan kerja gaji besar, tinggi dan lumayan tanpa SPM.

1. Agen insuran

Zaman sekarang ramai yang berlumba-lumba untuk memohon sebagai seoarang agen insuran sebagai pekerjaan sampingan mereka. Malah, ada juga yang berhenti bekerja semata-mata untuk menjadi agen insuran.

Walaupun kita berasa tak senang dengan mereka, namun kebanyakan mereka yang menceburi pekerjaan ini berjaya memperoleh gaji yang tinggi malah ada juga yang bergelar sebagai jutawan. Anda bolehlah cuba memohon di cawangan insuran berdekatan untuk mengetahui lebih lanjut.

 

2. Agen hartanah

Sekiranya anda pernah dengar gelaran seperti Broker Rumah atau Broker Tanah, ianya satu gelaran yang sering diberikan kepada seorang agen hartanah.

Harga tanah dan rumah di Malaysia, setiap tahun semakin meningkat dan berikutan dengan itu, agen hartanah yang berjaya menjual atau mendapatkan pembeli hartanah, mampu memperoleh pulangan komisen yang sangat tinggi.

Lagi banyak hartanah yang anda uruskan, lagi banyak keuntungan yang anda dapat. Anda boleh lawati syarikat yang menguruskan jual beli hartanah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

 

3. Operator pelantar minyak

Bekerja sebagai operator pelantar minyak menjanjikan gaji yang sangat tinggi.

Namun begitu, perlu diingati bahawa anda perlu banyak berkorban untuk pekerjaan ini kerana ianya dianggap sebagai kerja yang agak bahaya, dan anda terpaksa berjauhan dengan keluarga dalam masa beberapa bulan kerana berada di atas pelantar minyak di tengah-tengah laut.

 

4. Artis, selebriti & influencer

Salah satu kerja gaji besar yang memberikan gaji yang cukup lumayan tanpa memerlukan SPM adalah menjadi seoarang artis. Ini juga kerja paling mudah dan santai.

Sekiranya anda mempunyai suara yang merdu atau wajah yang menawan, anda boleh memohon sebagai seorang penyanyi atau model. Tetapi perlu diingat bahawa anda perlu bersedia untuk berhadapan dengan kritikan dan komen daripada pasukan ‘netizen’ Malaysia.

Lihat sahaja, bagaimana kehidupan pelajar Akademi Fantasia dan Raja Lawak.

Yang paling trending sekarang, ramai sudah menjadi content creator untuk Tik Tok, YouTube, Instagram dan macam-macam lagi.

 

5. Ahli sukan atau pemain bola sepak

Jika anda mempunyai bakat dalam bermain bola sepak, anda bolehlah menghadiri pemilihan untuk menjadi pemain bola sepak profesional.

Pemain bola sepak telah diiktiraf sebagai salah satu penerima gaji tertinggi di Malaysia.

Malah, ada juga yang mencecah puluhan juta ringgit jika anda sudah lama bermain sebagai pemain bola sepak profesional.

 

6. Developer, buat mobile app

Pencipta aplikasi telefon bimbit yang berjaya mampu memperoleh jutaan ringgit melalui aplikasi mereka sendiri.

Anda tidak memerlukan SPM tetapi anda perlu ada kemahiran pengekodan atau ‘coding’ bagi menghasilkan satu aplikasi.

Jika anda berjaya hasilkan satu aplikasi yang dicari-cari oleh pengguna, anda sudah boleh berehat dan hanya terima keuntungan daripada aplikasi anda.

 

7. Jual barang online

Masyarakat sekarang sangat gemar membeli online daripada pergi ke pusat beli-belah itu sendiri. Oleh itu, anda boleh ambilkan kesempatan ini untuk menjual barangan onnline.

Anda tidak perlu membayar sewa tapak atau pekerja kerana anda sendiri yang menguruskan penjualan barangan anda hanya berada di rumah.

 

8. Pembangun website

Seperti penciptaan aplikasi, laman web juga mampu memberikan pulangan yang tinggi bagi yang mempunyai kemahiran dan kreativiti untuk mencipta sebuah laman web.

Kemahiran ini juga boleh dipelajari dengan mudah di YouTube, Google dan sebagainya.

 

9. Penjual produk kosmetik

Salah satu permintaan produk tertinggi di Malaysia adalah produk kosmetik. Jadi anda bolehlah ambil peluang ini dengan menjual barangan kosmetik buatan anda sendiri dalam Malaysia.

Sekiranya produk anda terkenal dan diminati ramai, anda boleh cuba meluaskan pasaran anda sehingga ke pasaran antarabangsa.

 

10. Kerja di Singapura

Ini kerja gaji besar yang popular bagi warga Johor dan juga anak rantau yang datang ke Johor Bahru. Kerja di Singapura, gaji lebih besar.

Walaupun Singapura berada bersebelahan dengan Malaysia, nilai mata wang mereka adalah lebih tinggi susulan daripada kemajuan ekonomi mereka.

Ramai rakyat Malaysia terutamanya yang tinggal di Johor mengambil peluang untuk bekerja di Singapura oleh kerana pulangan gajinya yang menjadi tinggi apabila ditukarkan kepada mata wang Malaysia. Anda bolehlah cuba memohon pekerjaan di Singapura sekiranya berminat.

Ramai tak tahu, ada banyak kerja kosong di Singapura. Cuma kerja agak penat sedikit, namun pasti berbaloi dengan tukaran wang yang lebih besar.

 

Akhir kalam

Perkongsian dari BusinessInsider mengatakan bahawa bidang IT, kejuruteraan dan kesihatan adalah antara yang menerima gaji lumayan. Tentunya mereka ini orang yang berpelajaran. Namun, rezeki untuk orang yang tidak berapa pandai bukan ditentukan oleh industri.

Apa yang ingin kami katakan, SPM tidaklah menentukan kerjaya seseorang individu pada masa hadapan.

Jangan ingat gaji tinggi itu hanya untuk orang yang berpelajaran tinggi sahaja.

Sekiranya anda telah berusaha, jangan putus asa kerana masih terdapat banyak alternatif pekerjaan yang tidak memerlukan SPM sekalipun bagi mendapatkan gaji yang tinggi.

Rezeki bukan dari syarikat, tetapi rezeki datang dari Allah.

Semoga bermanfaat.

21 thoughts on “10 Kerja Gaji Besar Tanpa SPM (Mudah & Santai, Tak Perlu Kelulusan)”

    • Asalammualaikum, sye arwen norsidin ingin mncari kerja tetap area melaka shja petronas melaka, sye akui xda sijil spm skolah smpai upsr sja, tpi klo pngalaman sye pernah kerja kontrak, klo ada kerja kosong ttp sye nak sgera?

      Reply
  1. Asalammualaikum, sye arwen norsidin ingin mncari kerja tetap area melaka shja petronas melaka, sye akui xda sijil spm skolah smpai upsr sja, tpi klo pngalaman sye pernah kerja kontrak, klo ada kerja kosong ttp sye nak sgera?

    Reply
  2. Asalamulaikum, saya alif ingin mencari kerja tetap di area johor baru, pelatah minyak di johor, saya akui saya tiada sijil pesekolahan saya hanya la orang pelajar oku tapi saya ada pngalaman kerja di kilang minyak tapi gaji hari kalau ada jawatan kosong saya nak mohon sgera?

    Reply
  3. Saya alif ingin mintak kerja pos malaysia di area kluang johor,saya akui saya tiada sijil SPM kalau ade kekosongan saya mintak dengan sgera

    Reply
  4. Assalamualaikum wbt..saya nazira binti abdullah ingin mencari kerja kosong..dan tiada sijil SPM.kalau ada kekosongsan sila beritahu saya secepat yang mungkin..

    Reply
  5. Saya ada cadangan beberapa company agen hartanah
    first, gs realty yang akan saya sertai selepas habis spm tak kira spm lulus ke taklah umur 17 ndah boleh mohon agen hartanah.

    second yang dekat johor paling banyak saya tengok lah ialah company df realty

    IQI realty pun ada kat kl lah

    note: kalau kerja broker rumah ni diaorang bukan gaji tapi comission
    comission ni maksudnya bila dpt jual rumah baru ada income so kena usahalah sebab sekarang banyak juga yang nak beli tempat tinggal. Contoh income kalau jadi broker hartanah:

    kalau dalam satu bulan dapat jual 5 buah rumah dengan harga RM1 million comissionnya 2% dari harga rumah so
    1million kali dengan 5(sebab 5 buah rumah kan)kali dengan 2% lagi sebulan dapat 100k mcm tu lah
    terpulang kepada harga rumah/ property yang dijual

    kalau saya saya tahun depan baru startlah sebab masih belajar form 5 tahun depan
    tunggu spm habis dulu

    Reply
  6. saya izzati ingin mencari kerja ,saya akui saya tiada sijil spm sekolah sampai tingkatan 3 saya ada upsr sahaja tapi kalau ada kerja sila bagi tahu secepat mungkin terima kasih

    Reply
  7. saya alia ingin mencari kerja ,saya akui saya tiada sijil spm .. saya tidak berkelayakan dapat sijil spm tapi kalau ada kerja sila bagi tahu secepat mungkin … saya memerlukan perkerjaan yang tetap terima kasih…

    Reply
  8. Ada tak area manjung gaji tinggi tapi tiada sijil ditetapkan yg penting rajin jika diberi peluang gaji tinggi,,waasap saya teringin nk gaji tinggi 0146352205

    Reply
  9. Sy syahadah,teringin nk kerja sbagai operator pelantar minyak,sy nk keja gaji besar utk bantu keluarga yg ssh,nk bukti kn pada family sy yg sy juga wlau xda spm boleh kerja bantu mereka…

    Reply

Leave a Comment