Orang Malas Yang Suka Bertangguh, Ialah Orang Yang Berjaya

Pernah dengar kata-kata dari Bill Gates? Dia kata, dia akan memilih orang malas untuk melakukan pekerjaan yang susah dan kompleks.

Kenapa?

Sebab, pada dia orang malas akan sentiasa mencari jalan yang paling mudah untuk menyiapkan kerja dia.

TUNGGU DULU!

Jadi, adakah malas itu sesuatu yang bagus?

Janganlah serius sangat sampai ambil kenyataan ini seratus peratus.

Ini tidak bermakna orang malas boleh sesuka hati menganiaya rakan yang lain semata-mata malas mahu buat kerja.

Ada sedikit kelainan pada perangai orang malas yang boleh membuatkan dia lebih berjaya.

Kenapa orang malas ialah orang yang berjaya?

Walaupun banyak peribahasa zaman dahulu yang mengatakan malas itu sesuatu yang merugikan, mari kita telusuri dari sudut yang lain.

Izinkan kami berkongsi pendapat yang thought-provoking ini, inspirasi dari Lifehack.

 

Orang malas tidak pura-pura sibuk

Buat apa ingin berpura-pura? Kalau sibuk, katakan sibuk. Tidaklah dia ke sana dan ke sini hanyan untuk menunjukkan dia sibuk. Bukanlah spesis yang fake.

Orang yang malas adalah jenis yang lebih suka menerima tugasan yang telah ditetapkan dan melakukannya sebaik mungkin.

Dia akan buat dengan cepat dan melakukannya dengan betul, mengikut prosedur, tanpa cacat cela. Semuanya sempurna.

Sehinggakan orang lain rasa marah kenapa dia berehat. Sedangkan kerja dia sudah siap. Dia memang seorang yang cekap.

Benda boleh lambat-lambat, buat apa siapkan cepat?

 

Orang malas pandai delegate kerja

Pernah tak nampak, orang yang dahulunya malas, tapi sekarang sudah jadi boss?

Ramai.

Banyak berlaku di semua tempat.

Satu persamaan antara mereka ialah mereka dahulu jenis yang pandai tai-chi, pass atau wakilkan kerja dia pada orang lain. Bukan dia tak tahu, cuma dia rasa orang lain perlu tahu buat kerja itu.

Walaupun bersikap sedemikian, orang jenis ini adalah jenis boss yang bagus. Dia deliver kerja dia.

Mereka ini tahu bagaimana untuk menurunkan kuasa dengan memberi tugas-tugas tertentu berdasarkan kemahiran mereka sehingga kerja dapat dilakukan dengan cepat dan efisien.

Tidak masuk akal untuk mempunyai satu orang melakukan segala-galanya atau mempunyai semua orang berfokus pada satu perkara pada satu masa.

Orang yang malas biasanya mempunyai bakat terpendam ini.

 

Sikap bertangguh itu itu bagus

Bertangguh dalam Bahasa Inggeris ialah procrastinate. Kadang-kadang kita panggil bertanguh itu melewat-lewatkan, melengah-lengahkan dan melambat-lambatkan. Tentu sekali ia berkaitan dengan masa.

Jadi, benarkah bertangguh itu pencuri masa?

Itu hanya untuk orang biasa.

Bagi orang malas, dia sedia maklum bahawa kerja dan tugasan boleh siap awal. Tapi dia tetap akan pilih untuk buat kerja last minute.

Walau bagaimanapun, kerja dia siap juga. Tip top!

Pelik bukan?

Macam mana boleh jadi macam ini?

Biasanya orang yang suka bertangguh, dia sudah menggambarkan apa yang dia mahu buat. Dia tahu apa dalam kepala dia. Dia jenis tahu apa yang dia nak. Ini satu kelebihan di mana jenis orang begini jenis lebih faham konsep. Bukan jenis yang menghafal dan ikut secara membuta tuli.

Tidak perlu ikut orang untuk siapkan awal-awal, sedangkan dia tahu ia tidak menepati citarasa.

 

Orang yang malas memang pandai

Tidak dapat disangkal lagi. Dia malas sebab dia tahu dia seorang yang bijak.

Bukan nak kata orang lain tak pandai, tapi dia tahu sesuatu perkara itu boleh diselesaikan dengan mudah. Jadi, tidak perlu bersusah payah untuk berhempas pulas menyiapkan kerja.

Oleh kerana orang jenis ini jenis yang mudah tangkap, kebijaksanaan dia selalu disalah erti.

 

Lebih fokus pada tujuan dan matlamat

Dia lebih fokus pada perkara yang penting. Membawang itu bukan dalam DNA dia.

Apabila diberikan tugasan untuk dilakukan, orang yang malas cenderung hanya memberi tumpuan dan lebih fokus kepada apa yang penting-penting sahaja. Bukannya perkara-perkara kecil dan butiran tambahan untuk menyiapkan kerja itu.

Bila perkara-perkara kecil itu menjadi fokus, kadang-kadang ia boleh menjadi terlalu banyak dan akhirnya menjadi satu usaha yang sia-sia.

Orang yang malas mempunyai bakat dan keupayaan untuk mengetahui bila masa yang terbaik untuk melakukannya.

 

Akhir kalam

Kalau anda sedang dilanda kemalasan, dan kebetulan membaca artikel ini, tentu anda tersenyum-senyum dan tidak sabar-sabar untuk kongsi dengan geng malas yang lain.

Silakan dan teruskan, jika malas anda itu pernah membuahkan kejayaan. Jika bermalas-malasan selalu dan tidak pernah ada rekod kejayaan langsung, lupakanlah.

Orang-orang dulu kata, orang malas kerja selalu rugi dan jenis yang banyak alasan. Tetapkan hati, kuatkan diri. Jalan terus.

Janganlah terus hidup dengan kemalasan anda. Sama-sama kita perbaiki diri kita untuk agama, bangsa dan negara. Semoga kita semua berjaya dan cemerlang dunia akhirat.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment