Cara Daftar Grab Driver Online (Kerja Jadi Pemandu)

Kenapa mesti malu kalau cari rezeki dengan jadi pemandu? Jangan pedulikan kata orang. Ikut sahaja panduan mudah kami, tentang cara daftar Grab driver secara online.

Jika anda cuma ada motosikal, langkau artikel ini untuk ketahui cara daftar Grabfood rider. Bukan hanya itu sahaja, jemput juga baca cara daftar Foodpanda rider.

Mudah-mudahan, boleh tambah pendapatan.

Sedikit mengenai syarikat Grab

Grab ataupun nama penuhnya GrabTaxi Holdings Pte. Ltd. merupakan sebuah syarikat pengangkutan yang berpengkalan di Singapura.

Pernah mempunyai ibu pejabat di Malaysia sekitar tahun 2012-2014, syarikat ini menawarkan perkhidmatan ini melalui aplikasi di Singapura dan negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Filipina, Vietnam, Thailand, Myanmar dan Kemboja.

Syarikat ini pernah mempunyai saingan yang menjalankan perkhidmatan yang sama iaitu Uber.

Tetapi, pada tahun 2018, Grab mengambil alih Uber untuk menjadi syarikat perkhidmatan secara perkongsian yang pertama di Asia Tenggara. Aplikasi Grab menghantar teksi dan kereta peribadi yang diupah kepada penumpang yang berdekatan menerusi sistem perkongsian lokasi.

Syarat pemandu Grab

Anda juga boleh mendaftar sebagai pemandu Grab sekiranya anda ingin mencuba sesuatu pengalaman yang baru dan menambah pendapatan anda.

Bagaimana?

Nanti dulu.

Sebelum anda baca cara daftar Grab driver, anda mesti tahu apa syarat dan kelayakan yang perlu dipenuhi.

Beberapa syarat perlu dipenuhi jika anda ingin menjadi pemandu Grab.

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 hingga 69 tahun sahaja.
  • Mempunyai lesen memandu kereta penuh yang sah. Lesen P tidak diterima.
  • Bagi anda yang berumur 50 tahun ke atas, anda wajib untuk membuat medical checkup.
  • Menggunakan kereta empat pintu sahaja.
  • Rekod saman had laju tidak melebihi tiga saman dalam masa tiga tahun, serta tidak mempunyai kes polis dan mahkamah.

Anda boleh mendaftar sebagai pemandu Grab car melalui dua cara, iaitu secara offline dan juga online.

Anda juga perlu memastikan bahawa anda mempunyai lesen PSV untuk bertugas sebagai pemandu Grab, di mana undang-undang ini telah mula dikuatkuasakan bermula 30 September 2019 yang lalu.

Walau bagaimanapun, kami hanya akan kongsikan cara daftar Grab driver secara online sahaja. Ini kerana ia lebih mudah.

 

Cara daftar Grab driver online

  • Menggunakan browser, layari laman web https://www.grab.com/my/.
  • Pada bahagian atas laman, klik butang Be Our Partner.
  • Sub-menu akan keluar. Kemudian, tekan butang Grab Driver.
  • Pada laman seterusnya, scroll ke bawah sehingga ke bahagian “Why Wait? Join Grab Today!”. Tekan butang SIGN UP AS A GRABCAR DRIVER.
  • Pada laman seterusnya, pada ruangan Sign up now! , isi butiran peribadi anda. Masukkan nama penuh anda, nombor telefon yang berdaftar dan aktif.
  • Di bahagian City, masukkan banda tempat anda mudah untuk menjalankan perkhidmatan Grab anda.
  • Masukkan nama rujukan (sekiranya ada), di bahagian (if any) Referral Name / Referral ID.
  • Tandakan pada kotak link I agree to the terms & conditions. Baca dahulu semua terma & syarat pada link ini sebelum anda ingin apply sebagai pemandu Grab.
  • Tandakan juga pada kotak I have read, understand and agree to Grab’s Privacy Policy.
  • Pada kotak Captcha di bahagian bawah, tandakan pada kotak Captcha
  • Tekan butang Sign Up Now.
  • Pada laman seterusnya, akan ada ruang untuk mengisi One Time PIN. Tunggu sehingga anda mendapat SMS yang mengandungi One Time PIN Masukkan PIN tersebut di ruang yang disediakan.
  • Tekan butang SUBMIT.
  • Kemudian, pada laman seterusnya, beberapa section perlu diisi.
  • Cara daftar Grab driver ini tidak lengkap sehingga anda isikan kesemuanya sekali.

 

Profile Picture

  • Tekan butang Profile Picture.
  • Pada laman seterusnya, tekan butang NEXT.
  • Pada laman seterusnya, tekan butang TAKE PHOTO.
  • Pilih gambar anda yang anda ingin gunakan. Gambar anda mestilah mempunyai wajah anda secara penuh, tidak memakai sebarang aksesori seperti topi dan cermin mata hitam, serta wajah anda kelihatan jelas.

 

NRIC

  • Tekan butang NRIC.
  • Upload gambar kad pengenalan anda, depan dan belakang.

 

Driving License

  • Tekan butang Driving License.
  • Pada ruang Driving License (front), upload gambar lesen memandu anda pada bahagian hadapan kad lesen memandu.
  • Pada ruang Driving License (back), upload gambar lesen memandu anda pada bahagian belakang kad lesen memandu. Gambar lesen anda tidak boleh jenis scan, sebaliknya mestilah gambar lesen yang ditangkap melalui kamera telefon anda.
  • Pada ruangan Driving License Expiry Date, masukkan tarikh tamat lesen memandu anda.
  • Pada ruangan Class of Driving License, masukkan kelas memandu anda.
  • Pada ruangan Vehicle Information, masukkan gambar geran kenderaan anda. Masukkan juga nombor plat kenderaan anda.
  • Kemudian, masukkan model kenderaan anda pada bahagian Vehicle Model dan juga tahun pembuatan kereta anda pada ruangan Vehicle Manufacture Year. Kereta yang berusia lebih daripada 10 tahun tidak layak untuk digunakan oleh pemandu Grab. Tekan butang NEXT.

 

Maklumat insurans dan road tax

Isikan juga pada butang-butang lain seperti Insurance, Vehicle Road Tax (cukai jalan kereta anda).

Ini penting kerana setiap pemandu Grab mestilah mempunyai insurans untuk melindungi diri sendiri dan juga pemandu.

Begitu juga dengan road tax. Semua pemandu Grab perlu ada cukai jalan yang sah.

 

Maklumat bank untuk duit masuk sebagai pendapatan

Anda juga perlu masukkan Banking Information iaitua maklumat akaun bank anda untuk menerima bayaran secara kad kredit atau kad debit sekiranya pelanggan menggunakan GrabPay.

Yang terkahir, jangan lupa masukkan Emergency Contact. Ia sebagai langkah terakhir untuk menghubungi orang terdekat dengan anda, sekiranya berlaku apa-apa yang tidak disangka.

 

Tunggu pengesahan untuk jadi pemandu Grab

Setelah semua maklumat diisi, tekan butang NEXT. Pendaftaran anda berjaya. Tunggu approval daripada pihak Grab dalam beberapa hari.

Mudah bukan? Daftarlah menjadi pemandu Grab sekarang dan jana pendapatan tambahan anda.

 

Akhir kalam

Buatlah kerja apa sahaja, janji halal. Janji tidak menyusahkan orang lain.

Daftar pemandu Grab jika anda mahu bantu menaikkan ekonomi keluarga.

Cara daftar Grab driver secara online pun sudah kami beri.

Kini, tepuk dada, tanya poket sendiri.

Semoga segala apa yang kita buat, mendapat keredhaan dan keberkatan Allah.

Semoga bermanfaat.

5 thoughts on “Cara Daftar Grab Driver Online (Kerja Jadi Pemandu)”

Leave a Comment