Senarai Kerja Rider (Delivery Makanan & Hantar Barang)


Kalau anda salah seorang pekerja yang kena buang kerja akibat wabak Coronavirus COVID-19, janganlah terlalu bersedih. Mungkin bukan rezeki kita untuk terus cari makan di situ. Cuma kalau anda ada motorsikal, anda boleh sahaja cuba kerja hantar makanan atau hantar barang. Kalau mahu, izinkan kami berkongsi senarai kerja rider delivery yang anda boleh mohon selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.

Senarai kerja rider di Malaysia (Delivery makanan)

Senarai kerja rider delivery makanan

Kerja rider GrabFood

Kelayakan

Untuk menjadi seorang rider Grabfood, ada beberapa perkara perlu dilakukan. Pertama sekali, anda perlu teliti kriteria yang anda perlu penuhi jika anda ingin bergelar seorang rider Grabfood.

  • Mempunyai telefon pintar (iOS atau Android) dengan plan data yang aktif
  • Sebaik-baiknya anda pakai line kerana waktu kerja anda akan menggunakan Internet secara kerap
  • Berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Warganegara Malaysia.
  • Mempunyai motosikal sendiri. Sekiranya anda mempunyai motosikal tetapi bukan milik anda, pastikan anda mempunyai insurance’s cover note yang merupakan cover jenis All Rider.
  • Pastikan cukai jalan anda aktif.
  • Mempunyai lesen menunggang motosikal yang sah
  • Penunggang yang masih mempunyai lesen dalam tempoh percubaan atau lesen P tidak boleh memohon menjadi rider

Kelebihan

  • Waktu bekerja adalah lebih bebas, di mana tiada jadual bekerja untuk dipilih atau disediakan untuk anda sebagai rider.
  • Tempoh bekerja adalah bergantung kepada anda sendiri
  • Gaji anda sebagai rider bergantung kepada jumlah pesanan yang anda dapat.
  • Anda sebagai rider perlu pastikan setiap pesanan tersebut masuk ke dalam aplikasi di telefon anda, supaya pesanan tersebut mendapat bayaran.

Gaji Grab Food

  • Setiap pesanan mampu mendapat bayaran dalam RM7-RM15
  • Walau bagaimanapun, ini bergantung kepada waktu pesanan dibuat dan jarak antara restoran/kedai dengan pelangagan.
  • Katakan sehari ada 10 pelanggan
  • Kita kira purata, satu pelanggan, kita dapat gaji RM10
  • Ini bermakna, satu hari sudah dapat income RM100
  • Kalau cuma kerja 20 hari sahaja pun, sudah boleh dapat gaji RM2000
  • Semakin jauh jarak kedai dengan pelanggan, dan apabila pesanan dibuat pada waktu peak hour, maka tinggilah bayaran yang anda dapat.
  • Ada juga insentif mingguan.

Jika sudah berminat dan sudah bersedia, boleh baca cara daftar GrabFood untuk menjadi rider.

 

Kerja rider foodpanda

Kelayakan

Antara kriteria yang anda perlu penuhi untuk menjadi rider foodpanda adalah seperti berikut:

  • Mesti berumur 18 tahun dan ke atas
  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai lesen motosikal yang sah
  • Hanya lesen P ke atas sahaja dibenarkan

Kelebihan

  • Fleksibiliti masa, di mana anda boleh memilih jadual bekerja anda untuk satu hari, sama ada mungkin syif tengah malam sahaja untuk satu hari.
  • Dapat banyak pengalaman baru (hantar makanan ke pelbagai jenis lokasi berbeza, dari kawasan flat sehinggalah ke pejabat dan kondo mewah)
  • Bonding yang kuat antara rider
  • Banyak program dianjur khas untuk rider
  • Wujud program khas bersama komuniti seperi Ride Amal

 

Gaji foodpanda

Gaji rider foodpanda dibayar secara mingguan, iaitu setiap hari Selasa.

Pada mulanya, gaji seorang rider adalah sebanyak RM5 sehingga RM6 sejam.

Cukup 3 bulan bekerja, gaji meningkat dari RM6 sehingga RM7 sejam. Apabila cukup 6 bulan bekerja, gaji akan meningkat dari RM 7.50 sehingga RM 8.50 sejam. Dalam setiap delivery, terdapat juga tips sebanyak RM3.

Income ini akan bertambah jika anda rajin untuk ambil order lebih.

Jika sudah bersedia, boleh baca cara daftar foodpanda untuk menjadi rider.

 

Kerja rider Dah Makan

Senarai kerja rider on-demand yang seterusnya ialah Dah Makan.

Bagi yang tinggal di kawasan Lembah Kelang, kerja rider Dah Makan mungkin sesuai untuk anda. Ini kerana Dah Makan belum ada banyak lokasi lagi di seluruh Malaysia.

Kelayakan

Untuk menjadi rider Dah Makan, kriterianya tidaklah terlalu ketat.

Anda hanya perlu mempunyai:

  • Motorsikal sendiri
  • Lesen motorsikal yang masih sah
  • Telefon bimbit

Selain itu, anda dikehendaki membayar yuran pendaftaran sebanyak  RM50 sahaja.

Kami berpendapat, yuran ini adalah untuk pihak Dah Makan mengetahui anda benar-benar serius untuk kerja ini atau tidak.

 

Gaji

Difahamkan bahawa gaji Dah Makan rider adalah dalam lingkungan RM15-RM20 sejam.

Rider berpeluang menjana pendapatan sehingga RM2,600 sebulan.

Bukan itu sahaja, baju dan welcome kit juga akan diberikan oleh pihak Dah Makan. Menurut laman pendaftaran Dah Makan, makan juga akan diberikan kepada rider Dah Makan secara percuma.

Ini sudah jimat! Tak perlu keluarkan duit untuk beli lunch.

Bukan itu sahaja, pihak Dah Makan juga kata ada peluang naik pangkat menjadi leader, admin atau trainer.

Jika sudah bersedia, boleh baca cara daftar Dah Makan untuk menjadi rider.

 

Senarai kerja rider di Malaysia (Hantar barang)

Kerja rider Lalamove

Senarai kerja rider on-demand untuk hantar barang pula iala Lalamove.

Anda sebenarnya boleh membina karier anda dengan menjadi salah seorang daripada krew Lalamove.

Walaupun ada sahaja servis hantar makanan dengan Lalamove, kami masukkan sahaja dalam kategori hantar barang.

Kelebihan

Antara kelebihan menjadi krew Lalamove:

  • Anda mampu pilih waktu untuk anda terima tugasan penghantaran anda dan tiada kuota minimum penghantaran yang diperlukan.
  • Anda mampu memperoleh insentif bonus bulanan setiap kali anda menyelesaikan tugasan penghantaran anda.
  • Anda mampu menjana pendapatan tambahan.
  • Anda hanya perlu mendaftar secara online, dan menjalankan latihan daripada rumah.
  • Pelbagai jenis barangan boleh dihantar.
  • Berpeluang memasuki program Lalamove Gold Rider iaitu program eksklusif untuk penghantar-penghantar Lalamove yang berprestasi tinggi.

 

Syarat dan kelayakan jadi Lalamove rider

Keperluan untuk menjadi pemandu/rider Lalamove:

  • Mempunyai lesen memandu yang sah (lesen P dibenarkan)
  • Warganegara Malaysia (pendatang asing dengan kad pengenalan Permanent Resident(PR) tidak dibenarkan)
  • Mempunyai motosikal sendiri.

 

Gaji Lalamove rider

Menurut Soyacincau, ada Lalamove rider yang meraih pendapatan lebih RM6,000 dalam masa sebulan semasa musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini.

Sapri bin Tajuddin adalah seorang rider Lalamove yang berusia 26-tahun. Beliau memegang status penunggang Lalamove Gold Rider sejak 12 bulan yang lalu. Beliau mendapat status itu selepas melengkapkan 1,500 tempahan sepanjang hayat.

Pada bulan April 2020 sahaja, iaitu dalam tempoh PKP, beliau telah berjaya menjana pendapatan melebihi RM6,000. Jumlah ini adalah sekali ganda dari purata yang diperolehinya sebelum PKP.

Sebelum PKP, gaji beliau adalah sekitar RM150 sehari.

Jika sudah bersedia, boleh baca cara daftar Lalamove rider untuk melengkapkan proses pendaftaran.

 

Kerja rider Shopee Express

Untuk mendaftar menjadi rider hantar barang Shopee Express, beberapa kriteria perlu dipenuhi:

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia
  • Jantina lelaki diberi kelebihan
  • Fasih dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
  • Mempunyai motorsikal sendiri
  • Mempunyai lesen kenderaan yang sah, insurans kenderaan
  • Mempunyai telefon pintar (sertakan dengan power bank)
  • Mempunyai pengalaman kerja minimum kurang daripada setahun
  • Terbuka bermula daripada peringkat lepasan SPM.
  • Bersikap positif dan ada friendly attitude

Gaji

  • Minimum gaji adalah RM2000 sebulan dan boleh mencecah sehingga RM4000 sebulan
  • Manfaat lain : Gaji pokok + EPF dan SOCSO + Insurans + Komisen

Jika sudah bersedia, boleh baca cara daftar Shopee Express untuk melengkapkan proses pendaftaran.

 

Kerja rider Lazada Express

Lazada menawarkan perkhidmatan penghantaran barang milik syarikat mereka melalui Lazada Express. Sebagai rider hantar barang Lazada Express, anda dikehendaki:

  • Menghantar sekurang-kurangnya 40 bungkusan sehari kepada pelanggan Lazada.
  • Bersikap mesra dan boleh berinteraksi dengan pelanggan.
  • Mempunyai pengalaman dengan syarikat kurier (sangat digalakkan)
  • Mempunyai motorsikal sendiri dan lesen yang sah.
  • Mempunyai kelayakan SPM dan ke atas.
  • Boleh bercakap dalam bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia.

Jika sudah bersedia, boleh baca cara daftar Lazada Express untuk melengkapkan proses pendaftaran.

 

Akhir kalam

Kerja kosong rider Malaysia

Diharapkan agar perkongsian senarai kerja rider delivery ini dapat memberikan satu harapan baru pada anda.

Lihatlah muka orang yang kita sayang. Kita perlu suap mulut mereka dengan makanan untuk kelangsungan hidup.

Kalau bukan kita, siapa lagi?

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment