Daftar eBelia IYRES (Cari Kerja Kosong di ebelia.iyres.gov.my)

Baru-baru ini, ramai yang sibuk untuk mencari maklumat tentang cara daftar eBelia IYRES. Selain daripada bantuan belia RM1000 dalam inisiatif PenjanaKerjaya dan eBelia eWallet 2021, pernah dengar tak tentang eBelia IYRES ini?

eBelia IYRES

Dalam usaha membantu golongan belia menghadapi pasca pandemic COVID-19, Kementerian Belia dan Sukan atau KBS berperanan menyediakan satu platform kepada belia untuk mendapatkan maklumat berhubung inisiatif yang disediakan dan dilaksanakan oleh agensi Kerajaan dan bukan Kerajaan seperti peluang pekerjaan dan penciptaan pekerjaan.

Platform ini digerakan melalui sinergi dan koordinasi multi sektor agensi Kerajaan dan bukan Kerajaan dalam aspek pembangunan sosioekonomi golongan belia terutama menjelang pasca COVID-19.

Jika anda salah seorang yang mendapat impak, ini adalah untuk anda.

Daftar eBelia dan rebut peluang pekerjaan

Secara asasnya ada tiga program iaitu:

myGIG

Bertujuan meningkatkan keterlibatan belia dalam ekonomi gig sebagai pekerjaan menjana pendapatan sama ada secara sambilan atau kekal sekaligus membantu belia yang terkesan akibak penularan wabak COVID-19.

Selain itu, dapat membantu dalam mencipta peluang pekerjaan dan seterusnya membantu menjana pendapatan dan meransang peningkatan ekonomi negara

 

MyFutureJobs

eBelia IYRES bukan setakat myGIG sahaja.

PERKESO melalui Sistem Insurans Pekerjaan menyediakan kemudahan Perkhidmatan Pekerjaan kepada rakyat Malaysia melalui Portal Pekerjaan MYFutureJobs. Kepada semua pencari kerja khususnya golongan belia dan graduan perlu memanfaatkan kemudahan ini.

Portal Pekerjaan MYFutureJobs PERKESO ini amat unik kerana ia dibangunkan dengan aplikasi pintar berasaskan teknologi Artificial Intelligence dari Eropah yang disesuaikan dengan konteks Malaysia.

Para pencari kerja boleh membuat carian pekerjaan yang lebih tepat dan bersesuaian mengikut kelayakan akademik, kemahiran dan kompetensi diri yang diperlukan oleh majikan yang menawarkan pekerjaan.

 

PENJANA

PENJANA – Pelan Jana Semula Ekonomi Negara berjumlah RM 35 Billion bertujuan untuk memulihkan ekonomi negara.

 

Cara daftar eBelia IYRES

Untuk makluman, hanya yang berusia 15 tahun ke atas sahaja dibenarkan untuk mendaftar eBelia IYRES. Jika anda berusia lebih dari 15 tahun, sila baca cara untuk register IYRES seperti di bawah.

  1. Layari laman web atau portal rasmi IYRES di sini: https://ebelia.iyres.gov.my
  2. Klik butang Daftar yang berwarna merah jambu
  3. Anda kini berada di bahagian Maklumat Pendaftaran Profil Belia
  4. Masukkan Nama Penuh seperti dalam Kad Pengenalan
  5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan.
  6. Tidak perlu masukkan ‘dash’ atau tanda sempang. Jika nombor MyKad anda ialah 950505-05-5555, sila masukkan 950505055555 sahaja.
  7. Masukkan Kata Laluan.
  8. Sila pastikan bahawa kata laluan anda lebih dari 8 aksara. Kata laluan anda juga messtilah mengandungi sekurang-kurangnya 1 huruf dan 1 nombor
  9. Sila Sahkan Kata Laluan. Ini adalah penting supaya kata laluan yang dimasukkan tadi adalah sama.
  10. Sila masukkan Alamat Emel yang sah. Jika belum ada email, kami sarankan anda daftar akaun Gmail terlebih dahulu.
  11. Sila masukkan Captcha seperti yang tertera
  12. Tekan butang Daftar Pengguna
  13. Sila semak email anda untuk klik butang pengesahan

 

Login selepas register eBelia

Sebelum Log Masuk, sila baca cara daftar eBelia IYRES di atas.

Anda hanya boleh login selepas selesai proses pendaftaran eBelia IYRES. Satu lagi, sila pastikan anda klik butang pengesahan yang dihantar melalui email yang didaftarkan.

  1. Layari laman web atau portal rasmi IYRES di sini: https://ebelia.iyres.gov.my
  2. Klik butang Log Masuk
  3. Masukkan Alamat Emel yang sah
  4. Masukkan Kata Laluan seperti yang didaftarkan tadi
  5. Jika tidak ada apa-apa masalah, anda akan berjaya login ke dalam sistem IYRES
  6. Klik MyDashboard
  7. Klik Kemaskini Profil untuk mengemaskini maklumat terbaru anda
  8. Sila kemaskini pengalaman pekerjaan dan juga muat-naik dokumen sokongan juga

 

Maklumat lanjut mengenai IYRES

Jika anda ada pertanyaan tentang IYRES dan peluang pekerjaan yang ditawarkan, sila hubungi Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan di:

Nombor telefon:

  • 603-8871 3344
  • 603-8871 3389

Email:

 

Akhir kalam

Kami menyambut baik usaha kerajaan dan secara khususnya kepada Kementerian Belia dan Sukan yang sudi mengambil berat tentang keadaan belia masakini.

Benar, ramai yang tidak mempunyai pekerjaan.

Jadi, diharapkan dengan program dan bantuan sebegini, ia dapat lagi meringankan beban belia-belia di Malaysia.

Selain itu, anda juga boleh daftar IYRES Community Enumerator (ICE). Ini adalah kumpulan belia yang bertindak sebagai Crew ICE yang membantu menjalankan aktiviti penyelidikan di pelbagai peringkat

Semoga perkongsian cara daftar eBelia IYRES ini juga dapat memberikan anda satu semangat baru.

Semoga bermanfaat.

5 thoughts on “Daftar eBelia IYRES (Cari Kerja Kosong di ebelia.iyres.gov.my)”

  1. Saya tiada Kerja, kalau saya daftar Boleh dapat Kerja ke Encik. Boleh tolong saya dapat salah satu Kerja dari ebelia Eyre’s ni.

    Reply

Leave a Comment