Cara Aktifkan ShopeePay Malaysia (Activate Dulu Sebelum Topup)

Cara Aktifkan ShopeePay Malaysia (Activate Dulu Sebelum Topup)


ShopeePay adalah dompet di dalam talian bagi penyimpanan wang daripada hasil pemulangan wang ataupun topup. Jumlah wang di ShopeePay anda boleh digunakan untuk pembayaran bagi pesanan anda yang seterusnya. Ikuti tiga cara aktifkan ShopeePay yang ringkas. Hanya selepas pengaktifan anda boleh meneruskan bagi proses topup ShopeePay.

Cara aktifkan ShopeePay

#1 Daftar akaun ShopeePay

  1. Muat turun aplikasi Shopee di telefon pintar anda. Klik pada pautan iOS atau Android
  2. Buka aplikasi Shopee ditelefon pintar anda.
  3. Di halaman utama, tekan kotak berlogo dompet yang mempunyai nilai Ringgit Malaysia (RM). Kotak ini terletak di bawah kotak pencarian utama.
  4. Sekiranya tiada butang ShopeePay di halaman utama anda, pastikan aplikasi Shopee anda telah di dikemaskini dengan versi terbaru.

#2 Isi maklumat peribadi

Seterusnya, cara untuk mengaktifkan ShopeePay memerlukan anda untuk mengisi maklumat peribadi seperti yang dipinta. Sila ikuti langkah-langkah di bawah.

  1. Di paparan skrin anda terlihat butang Activate ShopeePay.
  2. Klik pada butang tersebut dan anda akan dibawa ke halaman setersnya bagi pengisian maklumat peribadi.
  3. Maklumat yang perlu anda isikan adalah nama penuh berserta nombor kad pengenalan.
  4. Setiap pengguna hanya dibenarkan untuk menetapkan satu sahaja nombor kad pengenalan bagi setiap akaun.
  5. Sekiranya anda menggunakan akaun baru, akaun lama yang menggunakan nombor kad pengenalan yang sama haruslah dipadam.
  6. Terdapat terma dan syarat yang perlu anda baca, ini boleh boleh didapati melalui pautan biru yang disertakan di bawah pengisian maklumat peribadi.
  7. Setelah terma dan syarat yang dinyatakan difahami, anda perlu tick pada kotak yang disediakan di sebelah kiri pautan terma dan syarat.
  8. Klik butang Next setelah lengkap pengisian.
  9. Seterusnya anda perlu menetapkan PIN 6 digit peribadi bagi pengesahan sewaktu pembayaran.

#3 Pengaktifan ShopeePay

  1. Setelah selesai langkah di atas, akaun ShopeePay anda telah pun diaktifkan.
  2. Anda hanya perlu topup dan memilih kaedah pembayaran menggunakan ShopeePay sewaktu proses check out.

 

Cara aktifkan SPayLater (Shopee PayLater)

Cara pengaktifan SPayLater tidak sama seperti cara aktifkan ShopeePay.

Mohon izin untuk kami jelaskan apa itu SPayLater.

Untuk makluman, SPayLater merupakan servis pembayaran secara ansuran. Pilihan akan diberikan bagi pembayaran secara sekaligus di bulan seterusmya ataupun secara ansuran untuk tempoh dua atau tiga bulan mengikut keselesaan pengguna.

Setiap pesanan akan dicaj yuran pemproesan sebanyak 1.25% dari jumlah keseluruhan pesanan.

Langkah pengaktifan SPayLater

Berikut ialah cara aktifkan SPayLater, sedikit berlainan dari ShopeePay.

  1. Di halaman utama, klik pada butang Me yang tertera di kanan paparan skrin di bahagian bawah.
  2. Di paparan skrin seterusnya, klik pada butang SPayLater bagi penetapan pengaktifan.
  3. Siapa yang layak untuk mengaktifkan SPayLater?
    • Warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas.
    • Mempunya kad pengenalan yang sah.
  1. Seterusnya, klik butang Activate Now.
  2. Anda akan menerima kod pengesahan One-Time Password (OTP) melalui SMS.
  3. Isikan kod pengesahan tersebut di ruang pengesahan yang tertera.
  4. Muatnaik gambar kad pengenalan anda bersama maklumat tambahan yang dipinta.
  5. Sistem akan membuat pengecaman wajah bagi pengesahan maklumat yang diberikan.
  6. Akhirnya, SPayLater telah diaktifkan dan sedia untuk digunakan.

 

Pengaktifan ShopeePay dan SPayLater gagal?

Sekiranya proses pengaktifan anda gagal, pihak Shopee sedia membantu. Anda boleh menghubungi pihak Shopee di sini atau bercakap dengan khidmat pelanggan Shopee di talian 03-27779222.

 

Akhir Kalam

Pihak kami berharap agak informasi yang dikongsikan dapat membantu sedikit sebanyak dalam menjawab persoalan  anda bagi penggunaan ShopeePay dan SPayLater.

Diharapkan agar perkongsian cara aktifkan ShopeePay ini memudahkan lagi urusan anda untuk berbelanja secara online.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment